"Thank you Kai sebab kenalkan kitorang dengan moksu you," kata Esther selepas mereka turun dari kereta. Pemandu Grab drop off mereka di ruang legar depan lobi. Esther memeluk lengan Kai sambil berjalan pulang ke blok D.
Seperti yang pernah Kai janjikan, petang Jumaat itu dia membawa Esther, Hadi, dan Zara ke Mai Kafe. Kath tidak dapat mengikut mereka sekali kerana awal pagi lagi dia sudah keluar dengan Steve. Tidak tahu pergi mana. Semasa Kath keluar, Kai masih lagi lena tidur.
Esther, Hadi, dan Zara juga telah rasmi memanggil Kai dengan panggilan 'Kai'. Panggilan 'Kyla' tidak lagi mereka gunakan sejak Esther mendengar Kath memanggil Kai, 'Kai'. Pada mulanya Kai tidak selesa kerana mereka tidaklah serapat mana tetapi selepas Kath meyakinkan bahawa mereka akan menjadi kawan, bukan sekadar kenalan, Kai dengan berat hati bersetuju.
"Sedap kau nyanyi Kai. Dah lah tu lagu favourite aku!" kata Zara teruja. Suara Kai yang menyanyikan lagu Cinta Luar Biasa nyanyian asal Andmesh tadi, masih terngiang-ngiang di telinganya.
"Hmm, patutnya I request Kai nyanyi lagu favourite I tadi," kata Hadi dalam nada cemburu.
"Followers Instagram I semua komen IG story yang I buat tadi. Semua kata you nyanyi sedap. Kath pun reply cakap menyesal dia tak join kita hari ni." Pujian dari Esther itu membuatkan Kai tersenyum.
Di Mai Kafe tadi, Kai dipaksa untuk approve follow request mereka di Instagram. Dia juga dipaksa untuk follow back Instagram masing-masing. Mereka juga saling bertukar nombor telefon. Jadi secara rasmi, Esther, Hadi, dan Zara bukan sekadar kenalan, mereka juga telah menjadi rakan Kai.
"Ini dia dah datang dah!" kata Ah Peng sambil menghalang jalan. Langkah Kai dan yang lain terhenti.
"Adoi, mata aku pedih!" Ajib menutup kedua-dua belah matanya. Dia membuat suara pura-pura mengerang kesakitan.
"Kenapa ni kawan?" Aman pura-pura prihatin terhadap Ajib.
"Kuasa cinta masuk dalam mata!" usik Ajib. Esther yang masih memeluk lengan Kai, menoleh kepalanya memandang Kai. Jelas terpancar kemarahan diwajahnya.
"Tapi mata aku nampak something annoying," kata Aman pula.
"Apa dia?" tanya Ah Peng ingin tahu.
"Kita hilang macho dan kalah dengan tomboy...." Aman pura-pura menangis.
"Ish, jangan la mengusik dia," Ajib pura-pura menyebelahi Kai.
Geng 3A memang dikenali dengan kenakalan mereka. Kali ini Kai pula yang menjadi mangsa 'kacau' mereka. Jika usikan mereka hanya dengan kata-kata dan bukan melibatkan sentuhan fizikal, adakah ia juga dianggap sebagai buli?
Kai mara ke depan, "Korang jangan melampau ey!" Pelukan Esther pada lengannya terlepas. Kai memandang Aman face-to-face.
"Kau sepatutnya preserve natural order kat dalam dunia ni. Sebab orang macam kau lah ekosistem kita rosak," kata Aman tegas dengan wajah yang serius.
"If I preserve the natural order and end up with you, I'd rather be scissoring. Lagi bagus kot. Way more fun!" Kath tiba-tiba muncul dengan bergaya dari belakang. Dia berdiri di sebelah Kai.
Scissoring adalah bahasa urban yang digunakan dalam kalangan lesbian. Terma asalnya adalah tribadisme, iaitu stimulasi seksual yang melibatkan faraj.
"Wah, daring siot! Abang takut." Kata-kata Ajib membuatkan Aman dan Ah Peng gelak.
"Ni datang dari mana pulak ni?" Aman memandang Kath.
"Jom, Kai. Buang masa je layan diorang ni." Kath memeluk lengan Kai dan menariknya beransur pergi.
"Eh, sabar kejap." Langkah Kai terhenti apabila Ajib memanggilnya semula. "Aku nak tanya last question." Ajib dan Kai bertentang mata.
YOU ARE READING
Mungkin Keliru
RomanceKatherine terkejut ketika dia mengetahui bahawa roommate barunya, Kyla (Kai), mempunyai karakter seperti tomboy. Semakin dia mengenali Kai, Dia merasakan Kai punyai daya atraktif tersendiri. Katherine mula tertanya-tanya apakah dia sudah menyulam pe...