Kasut Adidas Superstar ditanggalkan sebelum masuk ke dalam bilik. Kotak yang penuh berisi alat tulis, buku, fail, dan nota belajarnya itu diletakkan di atas katil. Itu merupakan barang terakhir yang berjaya dibawa naik dari aras bawah. Fuhhh, berlecak ketiak!
Tidak sabar menunggu kedatangan roommate baru sebentar lagi, Kath mengambil sehelai A4 dan sebatang marker hitam dari dalam kotak yang dia baru bawa naik tadi. Kath menulis 'NICE TO MEET YOU' atas kertas putih A4 tersebut siap dengan beberapa dekorasi doodle dan kartun. Dia menampal nota comel itu pada papan notis foam biru di hadapan meja belajar roommate barunya.
Sementara menunggu roommate barunya tiba, dia berhajat untuk membersihkan diri dahulu. Orang kata first impression itu penting, jadi dia mahu mandi dan mewangikan diri sebelum berkenalan dengan roommate baru sekejap lagi. Bagasi 28 inci merah jambu yang berada di atas lantai itu dibuka lalu Kath mengambil sehelai tuala mandi. Barangan mandi yang lengkap disusun di dalam bekas kecil dicapai dari dalam baldi di bawah katil.
Pakaiannya ditanggal dan Kath hanya berkemban dengan tuala mandi. Kath melangkah keluar dan pergi ke bilik mandi yang berada di tengah-tengah aras tiga. Bilik sengaja ditinggalkan tidak berkunci kerana malas membawa kunci ke dalam bilik mandi. Dia langsung tidak risau kerana sepanjang dua tahun dia tinggal di kolej kediaman itu, masih belum ada lagi laporan kes kecurian yang berlaku. Jadi dia yakin harta dan barangannya dalam bilik itu selamat.
Kai melepaskan nafas lelah. Penat mendaki anak tangga hingga ke aras tiga dengan membawa dua bagasi dan segalas beg belakang di bahu. Dia membawa barang-barangnya sekaligus kerana dia malas untuk turun naik dua tiga kali. Nasib baik itu sahaja barang yang dibawanya dari kampung. Dia memasukkan anak kunci silver yang dia dapat dari pejabat kolej tadi ke dalam tombol pintu. Anak kunci itu dipusing ke arah kanan. Eh, tak kunci?!
Kasut Stan Smith hijaunya dibuka dan disusun cantik di atas rak kasut yang telah tersedia. Dia perasan ada sepasang kasut Adidas Superstar putih atas lantai di tepi pintu. Dia mengambil kasut tersebut dan menyusunnya di sebelah kasutnya.
Mata melilau melihat keadaan sekeliling. Lantai bersepah dengan bagasi dan kotak-kotak coklat. Tetapi dalam bilik tiada orang. Dia mengeluh kecil. Mujur bilik itu tidak terlalu kotor. Mungkin cleaner kolej telah membersihkan segala sawang dan habuk sebelum semester baru ini dibuka.
Kai menutup bagasi yang terbuka itu. Dia menolak barang-barang tersebut dan mengalihkannya ke tepi, di bahagian katil sebelah. Kai meletakkan dua bagasinya di tepi almari. Beg besar yang tergalas pada bahu dibawa turun dan diletakkan di atas katil.
A4 putih yang penuh dengan contengan pada papan notis foam biru di hadapan meja menarik perhatian Kai. Dia cuba melihatnya dengan lebih dekat.
NICE TO MEET YOU.
Dia tersenyum kecil melihat welcoming note itu. Kebetulan ada marker hitam atas mejanya. Mungkin pemilik marker itu terlupa untuk menyimpannya semula. Kai membuka penutup marker itu dan membalas mesej pada kertas itu di bahagian tepi.
OKAY (smiley face).
Pintu bilik terbuka tanpa diketuk. Kath masuk berkemban dengan tuala mandi. Bekas mandian di tangan terjatuh kerana terkejut melihat belakang sosok tubuh orang yang tak dikenali ada di dalam bilik.
Kai memusingkan badannya menghadap Kath. Dia memberikan senyuman mesra sebagai permulaan perkenalan kerana dia menganggap rakan sebiliknya itu telah menyambutnya baik dengan menyediakan nota comel pada papan notisnya.
Kath terkedu. Bibirnya kelu untuk memulakan perkenalan walaupun dengan hanya sebaris kata 'hai'. Dia mengambil bekas mandian yang terjatuh atas lantai tadi.
YOU ARE READING
Mungkin Keliru
Storie d'amoreKatherine terkejut ketika dia mengetahui bahawa roommate barunya, Kyla (Kai), mempunyai karakter seperti tomboy. Semakin dia mengenali Kai, Dia merasakan Kai punyai daya atraktif tersendiri. Katherine mula tertanya-tanya apakah dia sudah menyulam pe...