Pada minggu mengulang kaji pelajaran atau study week, Kath lebih gemar berada di perpustakaan. Dia mengajak Kai untuk mengikutnya sekali tetapi Kai menolak. Perpustakaan, tempat yang sunyi, di mana tempat yang jelas Kai tidak suka. Jadi, sudah tentu dia tidak mahu ikut.
"Hoi! Sorang je ke?" sergah Sarah dari belakang. Mujur Kath tidak terkejut atau melatah.
"Hey! Buat apa kat sini?" tanya Kath.
"I datang sini teman Jane study," Sarah menguis gadis di sebelahnya dengan siku.
"Jane?" tanya Kath keliru.
"Oh, you guys tak kenal each other lagi kan?" Sarah ketawa kecil. "Jane, this is Kath, Kai's roommate. Kath, this is Jane, my girlfriend."
"What?!" suara Kath yang sedikit tinggi itu membuatkan orang di sekelilingnya memberi amaran 'shhh' atau senyap.
"Terkejut sangat tu," Sarah ketawa mengusik.
"Both of you sembang dulu. I nak cari some books first," kata Jane lalu berlalu pergi. Sarah mengambil tempat duduk di hadapan Kath.
"Kalau tak silap I, hari tu Bad introduced you as her girlfriend, kan?" tanya Kath meminta kepastian.
"Oh, masa kat studio tu ke?" laju Kath mengangguk.
"Actually dah banyak kali dia gunakan I cakap I ni girlfriend dia. Sampaikan I dengan Kai pun dah muak dah dengan joke dia."
"Joke?" tanya Kath lagi.
"Wait, jangan cakap you tak tahu?" tanya Sarah.
"Tahu apa?"
"Bad has crush on Kai!"
"What?!" Sekali lagi Kath mendapat amaran supaya memperlahankan suaranya.
"I think same goes to Kai tapi dua-dua tak nak reveal," jelas Sarah.
Fikiran Kath mula mengimbau kembali apa yang Bad katakan kepadanya tika itu.
"Ke kau nampak Kai as lelaki?"
Adakah Bad sebenarnya sedang menguji reaksi wajah Kath pada masa itu? Atau adakah Bad sudah dapat mengesan perasaan Kath terhadap Kai terlebih dahulu?
"Kai masa long hair dulu cantik gila kot! I pun crush kat dia," Sarah mematikan ayatnya dengan tawa.
"Kai pernah rambut panjang?"
"You tak tahu?" Sarah mengeluarkan telefon bimbitnya. "Tak pernah stalk Instagram dia ke?"
"I think she archived the old photos sebab yang I stalk pun semua yang latest punya."
Sarah membuka Instagram Kai untuk mendapat kepastian. "Oh, haah lah dah takde. Jap I bukak Facebook dia. Banyak old photos yang kawan-kawan dia tag."
Gambar-gambar Kai berambut panjang dari laman Facebook itu Sarah tunjukkan kepada Kath. Ternyata Kai nampak begitu cantik walaupun dalam berpakaian seperti lelaki.
"Kenapa Kai tak simpan je rambut panjang? Bila dia potong?" tanya Kath.
"Rasanya... after accident motor dulu kot. Sebab dia pernah jahit kepala masa tu," jawab Sarah. "Kai tak pernah tunjuk parut tu ke?"
"Tak," geleng Kath. "So, Kai bukan tomboy lah?" mata Kath masih melihat gambar-gambar lama Kai pada skrin telefon Sarah.
"Of course, she's not! Kai tu boyish je tapi dalam hati girly jugak. Kalau tak, takkan lah dia suka Bad, kan?"
Tiba-tiba Kath teringat perbualannya dengan Kai pada suatu malam.
"Aku tak yakin he's the one or aku yang bertepuk sebelah tangan."
YOU ARE READING
Mungkin Keliru
RomanceKatherine terkejut ketika dia mengetahui bahawa roommate barunya, Kyla (Kai), mempunyai karakter seperti tomboy. Semakin dia mengenali Kai, Dia merasakan Kai punyai daya atraktif tersendiri. Katherine mula tertanya-tanya apakah dia sudah menyulam pe...