Bab 19 : Cari

501 20 0
                                    

"Auntie Mai ada?" tanya Kath kepada penjaga kaunter.

"Ya, saya," tegur moksu Mai dari belakang. Kath memusingkan badan dan mengalihkan pandangannya kepada moksu Mai.

"Eh, Kath? Buat apa dekat sini? Sem break, kan?" tanya moksu Mai terkejut.

"Haah, tapi moksu tahu tak..."

"Eh, duduk lah dulu. Order lah apa-apa. Moksu ada kerja sikit dekat belakang," moksu Mai memotong ayat Kath lalu berlalu pergi ke dapur kafe.

Melihat moksu Mai yang kalut kesibukan kerja, Kath mengambil tempat duduk dan memesan Hazelnut Latte Ais. Dia menunggu di situ hingga moksu Mai muncul semula di depan.

"Eh, Kath tak balik lagi?" tegur moksu Mai apabila melihat Kath masih ada lagi di ruang kafenya walaupun sudah beberapa jam berlalu.

"Kath datang nak jumpa moksu."

"Huh? Kenapa ya? Kenapa tak cakap tadi?"

"Kath tengok moksu macam sibuk. Saja Kath tak nak kacau."

"Erm, ada apa Kath nak jumpa moksu?"

"Kath tak dapat contact Kai. Call tak dapat, social media pun tak active. Moksu ada contact Kai tak masa kitorang cuti sem ni?"

Moksu Mai mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket. Skrin telefon diskrol atas bawah. "Bila last Kath contact Kai?"

"Last exam paper hari tu."

"Oh, patutlah. Kai tak bagitau ke yang dia tukar phone number?" Kath laju menggeleng. Nombor baru Kai yang disimpan sebagai "Kai Baby" di ruang 'kenalan' moksu Mai hubungi.

"Kai! Buat apa tu?" tanya moksu Mai sejurus panggilannya diangkat.

"Oh, kamu ke? Buat apa kat Muar? Kai mana?" Kath memandang sahaja moksu Mai membuat panggilan.

"Haaa yelah... nanti dah settle, cakap kat Kai kawan dia cari dia ni dekat kafe moksu. Kath. Kamu kenal?" Muka Kath dengan penuh harapan berharap Kai akan menghubunginya.

"Kai busy sekarang. Dia tengah lawan online game. Apatah nama game kawan dia sebut tadi. Moksu dah pesan dekat kawan dia suruh telefon Kath kalau dia dah selesai," kata moksu Mai apabila panggilan dimatikan.

"Kenapa cari Kai? Rindu ey?" moksu Mai mengecilkan matanya mengusik Kath.

"Kak Mai, barang semua settle dah kat belakang. Man balik dulu lah," tegur seorang lelaki dari belakang mereka.

"Haaa, terima kasih lah Man tolong hantarkan barang-barang tu. Lepas tu tolong susunkan sekali pulak. Nanti dah sampai sana kirim salam abang Wan dengan Kai ya."

Mendengar nama Kai disebut, Kath menoleh ke belakang melihat gerangan empunya badan. Lelaki itu seperti dia pernah lihat. Kath cuba memerah otaknya mengingat.

"Eh, jumpa lagi kita," senyum lelaki itu.

"Man kenal?" tanya moksu Mai.

"Hari tu Man hantar barang Kai kat kolej dia. Man dengan Chong terserempak dengan dia ni."

"Oh! Abang yang datang dengan Hilux hitam tu, ey?" Ingatan Kath kembali teringat situasi di mana Hadi cuba mengorat dua orang lelaki itu.

"Abang nak balik Muar ke?" tanya Kath.

"Haah. Nak balik dah ni. Takut sampai malam pulak nanti," kata abang Leman.

"Kath nak ikut, boleh?" Kath berdiri menunggu jawapan abang Leman. Abang Leman dan moksu Mai saling berpandangan.

"Minggu depan kan dah naik sem baru. Jumpa Kai dekat universiti je lah nanti," moksu Mai melarang Kath mengikut abang Leman.

"Err... tapi alang-alang abang ni nak ke Muar, Kath nak tumpang sekali. Ada benda nak diskas dengan Kai. Urgent," Kath memberi alasan.

Mungkin KeliruWhere stories live. Discover now