Sabtu malam adalah rutin mingguan Kai menghabiskan masanya dengan bermain permainan video. Dia adalah seorang gamer tetapi tidak tegar dan masih mampu untuk dikawal lagi. Pada asalnya, Kai hanya bermain sesetengah permainan sahaja. Dia tidak suka bermain permainan video yang mempunyai unsur keganasan seperti tembak-menembak ataupun tumbuk-menumbuk. Sepatutnya, dia menggemari permainan yang chill and relax tetapi sejak permainan Playerunknown's Battlegrounds (PUBG) wujud, Bad yang mengajarnya untuk bermain genre game seperti itu. Kadang-kala Kai menjadi leka terus-terusan menghadap skrin kerana permainan itu membuatnya ketagih.
"Tup!" Kath datang ke meja Kai dan menutup komputer ribanya.
"Excuse me, sorry. I cannot concentrate."
Headset Kotion Each G2000 berwarna biru itu ditanggalkan dari kepala. "What?!" tanya Kai sambil mengekspresikan muka bengangnya. "Aku tak kacau kau pun. Buat bising pun tak."
"Errr..." Kath gagap cuba mencari alasan. "Bunyi mouse dengan keyboard you tu mengganggu! Like ketik ketuk ketak..." sambil buat gaya menekan keyboard dengan jari-jemarinya.
"It's still noisy! You sembang dengan siapa entah tu. Tak boleh ke kalau main tu mute je," tambah Kath lagi.
"Aku tengah main game live tau tadi!" kata Kai perlahan tapi dalam nada yang tegas. Dia bangun dari duduknya. Dia hemandang mata Kath tajam.
"Kau ni memang takde adab ey? Kalau kau rasa aku mengganggu kau study sekalipun, boleh je kan kalau cakap baik-baik, minta aku main slow-slow. Kalau tak puas hati, cakap dulu, baru attack."
"Eh, patutnya I yang kena sound you! Kenapa you sound I balik?!" getus Kath bengang.
Pintu bilik terbuka. "Kath, you ada benda nak mengunyah tak? I lapar." Esther menerjah masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dulu.
Tiba-tiba Esther keras kejung di depan pintu apabila melihat hero tisunya ada di dalam bilik Kath. Dia jalan mengundur ke belakang dan menutup semula pintu bilik Kath.
"Arghhhh!" Esther menjerit kegembiran dalam nada kegedikan yang perlahan.
"Kawan kau pun pelik macam kau jugak ke?" tanya Kai.
"Asal you nak libatkan kawan I pulak ni?" marah Kath. Kai mencebik sambil roll eyes dan mengangkat bahu.
Esther membuka pintu dan berjalan masuk semula ke dalam bilik mereka. "Sini kejap." Esther menggenggam tangan Kath dan menariknya keluar sebentar. Kai membuka laptop dan memakai semula headset-nya. Dia menyambung permainan yang terhenti tadi.
"Kath! Siapa tu?! Roommate kau ke?" gedik Esther.
"Wait! Jangan cakap..." Tak sempat Kath menghabiskan ayat, Esther laju memotong.
"Ya, ya! Dia lah! She's the one that I told you about." Kath menepuk dahi. "Kau rasa dia macam mana? Dia handsome kan? Kan?" tanya Esther dalam nada teruja.
"Euwww! Yuck!" respon Kath.
"Eh, kenapa?!"
"It just I don't like that bitch."
"Erm, kalau macam tu... apa kata kita tukar bilik? Nak tak? Haaa, Zara! Dia senyap. Dia pendiam. Dia tak kacau orang." Esther cuba meyakinkan.
Tiba-tiba Zara keluar dari bilik sebelah sambil matanya tertutup. Dia mengetuk bilik jiran depan.
"Hoi, Zara!" jerkah Kath.
Mata Zara terbuka luas. Dia tersengih dan berlari anak masuk ke dalam bilik. Dia mengigau tidur berjalan weh!
"Dia guna bateri apa? So lifeless," tanya Kath.
"Ah, lupakan pasal Zara. Apa nama budak tu? Dia asal mana? Jurusan apa?" Soalan bertubi-tubi ditanyakan kepada Kath.
YOU ARE READING
Mungkin Keliru
RomanceKatherine terkejut ketika dia mengetahui bahawa roommate barunya, Kyla (Kai), mempunyai karakter seperti tomboy. Semakin dia mengenali Kai, Dia merasakan Kai punyai daya atraktif tersendiri. Katherine mula tertanya-tanya apakah dia sudah menyulam pe...