|Family JUNG House|Puan Jung duduk atas sofa sambil menyilangkan kaki ditangannya pulak ada rotan.
Diruang tamu itu hanya kedengaran bunyi jam saja...
"Ada nampak eomma happy?"soal Puan Jung dengan muka mendatar sambil memandang kedua anaknya si Yoorin dan si Hoseok.
Dua adik beradik itu tengah berdiri berhadapan dengan meja yang berada diruang tamu tersebut.
"Eomma taknak kamu berdua tunduk bawah tengok lantai tu... cantik sangat ke lantai tu ha?! Now LOOK MY FACEU!"
Terkejut dua adik beradik itu kerana effect suara Puan Jung terus dua ekor tu pandang muka eomma mereka berdua.
"Ni semua siapa punya angkara? Bagitahu eomma sekarang siapa yang buat pasu kegemaran eomma ni terbelah dua?"soalan Puan Jung biarkan tergantung sepi dan itu membuatkan dia memukul permukaan meja guna rotan yang dia pegang.
Pap! Pap!
"Adik yang buat pasu eomma terbelah dua"kata Hoseok tangannya menunjuk adiknya yang tengah berdiri sebelahnya.
Yoorin terkejut dan muka yang berkerut.
"Nooo mana ada! Abang yang salah! Jangan nak salahkan adik pulak!" Yoorin mempertahankan dirinya.
Maka bermulalah perang bibir antara dua adik beradik itu membuatkan Puan Jung hilang sabar.
Puan Jung memerhatikan dua anaknya itu yang masih lagi perang bibir menyalahkan antara satu sama lain.
Perang punya perang tiba tiba......
PAP!!
Kali ini Puan Jung memukul permukaan meja tadi dengan kuat boleh didengar dari luar rumah sampai terbelah rotan tadi.
Ha baguslah tadi pasu terbelah sekarang rotan pulak yang terbelah.
Puan Jung terus letak bangkai rotan tadi disebelahnya dan pandang balik muka kedua dua anaknya.
"Kamu berdua tahu tak siapa yang beli pasu ni hm...harga dia mahal dan eomma--hiks hiks" Puan Jung menekup mukanya guna tangan.
Yoorin dan Hoseok melihat ibu mereka menangis terus ada rasa serba salah.
Memang mereka yang buat pasu kegeraman Puan Jung terbelah tapi bila ditanya siapa yang buat masih taknak mengaku.
"Eomma mianhae~ adik yang buat pasu favourite eomma terbelah...tapi adik tak ada niat langsung nak buat macam tu. Abang....abang yang buat" kata Yoorin.
Hoseok mengorek telinganya acah acah buat tak tahu apa yang dikatakan oleh adiknya.
Puan Jung memandang tempat lain dia...dia rasa sedih sebab pasu yang terbelah itu adalah pemberian dari arwah suaminya.
Bagi dia pasu itu amatlah berharga sebab arwah suaminya beli dekat Itali dan harganya terlalu mahal.
Yoorin menerpa kearah ibunya itu dan melutut sambil memegang tangan ibunya.
"Eomma janganlah macam ni. Rin nak minta maaf...Rin akan buat apa saja supaya eomma maafkan Rin" dia memegang tangan ibunya dengan erat sambil kucup kucup tangan wanita tua itu.
"Sudahlah...lebih baik eomma mati dari hidup macam ni" Puan Jung menepis tangan anak perempuannya itu.
"EOMMA!" serentak Yoorin dengan Hoseok.
"Batu belah batu bertangkup. Tang---"belum habis ayat Puan Jung tiba tiba Hoseok menutup muka ibunya itu guna kyusen dekat atas sofa tersebut.
Setelah itu dia mengalihkan kyusen tadi dan pandang muka ibunya sambil tersengih terus dia mencampakkan kyusen tadi ketepi.