bab 7

9.6K 368 96
                                    

Make sure bace balik tau,huhu. Sbb yg ni sis dh edit bgi pnjang sikit 😊😊😊

😉😉😉😉😉😉😉😉😉😉😉😊😉😊

Mataku dibuka perlahan. Merenung seketika siling bilikku itu. Fikiran ku mula teringat akan kisah semalam. Kisah yang agak menggerunkan bagiku. Siapa saja yang gemar jika dikurung di tempat yang sunyi sepi tanpa orang. Dah la tempat tu gelap.

Semalam, setibanya di rumahku. Adam hanya berdiam diri dan hanya menayangkan muka tak bersalahnya. Membuatkan aku sedikit sebanyak kesal dengannya. Apa yang ku inginkan hanyalah perkataan maaf . Namun, agak sukar kuperolehi jika berurusan dengan lelaki ini.

"Careful dear. I dont want this silly thing happend again. Understand?" Ucapnya sinis.

Sempat telingaku menangkap amaran keras darinya sewaktu aku mahu keluar dari keretanya. Aku hanya mengangguk mengiakan.

Dia tidak mahu aku mengulangi perkara seperti semalam. Salahkah jika aku cuma ingin berseronok tanpanya buat seketika? Salahkah?

"Kau buat apa apa pun tetap salah dimata adam. Dasar hitler" gumamku perlahan.

Aku menutup mata sejenak. Mahu melupakan kisah semalam. Jam loceng berbunyi tepat pada pukul 6. Tiba masanya untuk aku bersiap untuk ke sekolah.

..............................................................

Keadaan di sekolah tetap sama. Belajar belajar belajar, dan masa rehat aku masih dihabiskan bersama adam. Walaupun perasaan geram masih bertapak di hati aku, tapi aku tetap tidak berani mahu mengingkari arahannya.

Aku hanya melayan adam acuh tak acuh sahaja. Menandakan aku terasa hati padanya. Jadi rehatku habis begitu sahaja. Tanpa ada apa apa yang menyeronokkan berlaku seperti hari-hari lainnya.

Aku hanya termenung di meja ku. Tidak melayan hiruk piruk kelasku ini. Marisa seperti biasa, sentiasa bergosip dengan rakan kelasku yang lain. Harini aku tidak mempunyai mood untuk bergosip. Sakit hati masih terasa.

"Sofeaaaaa!!!!" Dari jauh kedengaran suara bella menjerit memanggil namaku. Entah apa yang dia mahu agaknya. Dengan keadaan tiada mood ini, sungguh aku malas mahu bercakap dengan sesiapa.

"Sofeaaa kau kene tolong aku!" Jerit bella apabila sampai ke mejaku. Kelas menjadi sunyi buat seketika.

"Kau dah kenapa bella? Aku tengah takde mood ni. Jangan lah kacau," kataku malas melayan.

"Sofeaaa!pakwe aku sofea. Adam belasah pakwe aku. Tolong aku!" Rayu bella.

"Apa?" Baru lima minit yang lepas aku berehat dengannya tadi. Hishh, kaki gaduhlaa adam ni.

"Sofea tolong laa aku. Aku tak tau nak buat apa lagi ni. Kau boleh tenangkan dia kan? Pleaseeee sofeaaaa, tolonglaaa aku," rayu bella lagi.

"Dia ada kat mana sekarang?" Tanyaku cemas. Bukan apa, adam tu kalau dah belasah orang, dia takkan berhenti selagi tak puas. Haihhh.

"Belakang makmal komputer," jawab bella.

Aku segera menarik tangan marisa serta bella. Kaki melangkah laju ke arah yang dinyatakan bella sebentar tadi.

Kelihatan ramai pelajar yang berkerumun melihat perbalahan tersebut. Ramai lelaki, tapi semua penakut. Tiada yang berani mahu melaporkan perbalahan ini kepada guru hatta pengawas sekolah sekalipun. Kadang kadang aku dapat lihat, cikgu pun buat buat tak nampak walaupun perkara itu terjadi didepan mata. Hurmm.

"Adam!" Jeritku memanggilnya. Adam yang sedang leka memukul hadi segera menoleh. Senyuman sinis dihadiahkan padaku sebelum kembali memukul hadi.

Aku segera berlari ke arahnya. Belakangnya aku peluk erat. Mahu menghentikan adam daripada memukul hadi.

King Control Boy (Dibukukan)Where stories live. Discover now