AKU menutup daun pintu lalu menguncikan diri sebaik sahaja berada di dalam bilikku. Aku tidak mahu mendengar lebih lanjut akan perbualan di antara mama dan nek Ani. Perasaan geram dan benci bercampur aduk. Geram pada mama, papa, nek Ani dan tok Fuad. Manakala aku teramat benci sekali kepada lelaki yang menjadi punca masalah ini semua. Kalau tidak kerana aku teringinkan minum milo ais tadi, aku tidak akan terdengar akan perbincangan mereka. Mama dan nek Ani tidak menyedari aku bersembunyi di belakang pintu dapur. Hilang dahagaku, terbantut keinginan ku untuk membancuh ais milo. Aku tidak sama sekali percaya bahawa mama dan papa sanggup berbuat begitu terhadap diriku.
Selama ini, aku tidak pernah menganggap serius bila mama seringkali mengertakku agar berubah perangai. Jika aku tidak berubah mereka akan jodohkan aku dengan lelaki pilihan mereka dan kononnya lagi aku sememangnya sudah bertunang sejak kecil dengan anak kenalan rapat mereka. Yeah right! Bertunang sejak kecil. Ini zaman millenium bukan zaman purba. Aku tahu mereka hanya bergurau denganku. Bertunang sejak kecil? Really? Oh come on! Mama dan papa nak match made aku dengan lelaki pilihan mereka. Mama tahu bahawa aku lebih suka mencari pasangan hidupku sendiri. Tetapi kedatangan nenek Ani dan Tok Fuad dan perbincangan rahsia mama dengan Nek Ani tadi mensahihkan lagi kenyataan bahawa aku sememangnya sudah bertunang. Malah mereka menyebut nama lelaki yang kononnya tunangan aku. Malah mereka sibuk membincangkan hari pernikahan aku pula. What the heck! They can't be serious! Siapa yang tidak bingit. Apa ni aku tak suka di paksa-paksa.
"Shahril..," aku mengetap bibir menahan geram. Ya, nama lelaki atau lebih dikenali tunang aku itu yang disebut nek Ani berulang-ulang tadi. Apa kena dengan mama dan papa hingga sanggup mengorbankan kebahagian anak tunggalnya. Mana hendak aku campakkan buah hatiku, Saiful. Wajah tampan Saiful bermain di ruang mataku. Saiful pemuda yang berjaya hatinya ku rebut. Tanpa berfikir panjang pantas sahaja tanganku mendial nombor buah hatiku. Sakit hati bila memikirkannya.
"Yes, sayang," ujar Saiful sebaik sahaja menyambut panggilan dariku.
Terubat sedikit hatiku bila Saiful memanggilku sayang. Saiful tampan dan romantis orangnya. Saiful Sales Executive di syarikat papa. Aku berkenalan dengannya pun secara kebetulan papa membawaku ke pejabat untuk berkenalan dengan beberapa pekerjanya, papa mahu aku mengendalikan syarikat kerana dia hendak bersara dan menunaikan ibadah haji bersama mama dan mereka mahu bercadang mahu bercuti di Istanbul. Papa mahu aku menjinakkan diri dengan selok belok perniagaannya agar aku dapat menyandang jawatan terpenting dalam syarikat. Aku mula tertarik dengan Saiful bila kami mula-mula berkenalan. Saiful pandai mengambil hati dan charming. Walaupun Saiful hanya executive ini tidak bermakna aku tidak boleh bercinta dengan orang bawahan papa.
"You kat mana, dear?," ujarku ingin tahu kerana latar belakangnya agak bising.
"I tengah makan dinner, baru balik dari office," ujar Saiful ringkas. Dia berjalan jauh dari kebisingan agar dia dapat mendengar suara Maya dengan jelas.
Baru balik office. Kesian Saiful. Saiful hardworking. Aku tidak mengerti mengapa papa tidak pernah mahu menyenaraikan Saiful dalam senarai pekerja yang harus di naikkan pangkat. Pernah aku utarakan cadangan tersebut kepada papa. Namun papa tidak berapa setuju dengan cadanganku kerana ahli lembaga pengarah mengatakan Saiful belum layak memegang jawatan tersebut. Pelik. Namun aku tidak berani menentang keputusan papa.
"Ok then, we can talk tomorrow..," ujarku tidak sampai hati hendak menganggu Saiful. Biarlah aku menyampaikan berita itu besok. Lagipun ia bukan berita yang mengembirakan. Aku tidak tahu bagaimana reaksi Saiful tatkala aku memberitahunya nanti. Marahkah dia? Sedihkah dia? Entahlah. Aku sendiri tidak tahu akan perasaanku ketika ini. Walaupun papa dan mama masih belum memyampaikan berita tersebut kepadaku secara rasmi. Aku tahu mama dan papa benar-benar serius mahu menjodohkan aku dengan Shahril. Hanya masa sahaja yang akan menentukannya.
"Are you sure, dear, I can still talk if you want too," ujar Saiful lagi. Dia percaya Maya mahu berbual dengannya dari nada suara Maya yang kedengaran agar suram. Pasti Maya mahu mengadu padanya tentang sesuatu.
"Yeah it can wait, see you tomorrow," ujarku dengan nada lemah. Sedih. Hendak sahaja aku luahkan perasaan sedih aku kepada Saiful. Namun aku tahankan diri kerana aku tidak mahu membebankan fikiran Saiful buat ketika ini. Lagipun aku akan bertemu dengannya esok.
"Are sure?? Ok if you said so, good night dear,"
"Good night," jawabku seraya mematikan telefon.
Aku memalingkan badanku ke arah meja sisi di mana terdapatnya potret Saiful. Potret itu ku renung dengan rasa sebak. Aku benar-benar cintakan Saiful. Aku tidak tahu bagaimana aku harus hidup tanpa dirinya. Aku tidak mengerti mengapa mama dan papa tidak faham bahawa hatiku hanya milik Saiful. Papa sama sekali tidak bersetuju aku memilih Saiful untuk dijadikan calon menantunya. Apa kurangnya Saiful? Bukankah papa sendiri akui bahawa dia senang dan sukakan Saiful. Tapi kenapa papa tiba-tiba tidak suka bila aku mengatakan aku mencintai Saiful. Adakah mungkin kerana Saiful bukan dari keluarga yang berada. Dan harta menjadi isu utama dalam senarai papa untuk calon-calon menantunya. Aku tidak menyangka papa sebegitu. Aku mengeluh kecil.
Sama sekali tidak mengerti akan keputusan mereka. Aku tidak akan membiarkan perkara ini berlarutan apatah lagi mendirikan rumahtangga bersama orang yang tidak aku sukai. I'm not going to let it happen. Aku harus lakukan sesuatu agar rancangan mereka tidak berjaya. Aku mengerutkan dahi memikirkan cara-cara untuk melaksanakan rancanganku untuk memastikan bahawa misi mereka untuk menyatukan aku dengan Shahril tidak akan berhasil.
Pertama sekali aku harus bertemu dengan Shahril dan bersemuka dengannya. Aku akan berusaha sedaya upaya agar dia membenciku. Aku percaya papa, mama, nek Ani dan juga Tok Fuad tidak akan dapat melakukan apa-apa sekiranya Shahril sendiri tidak berkenan akan diriku. Dengan itu misi aku berjaya. Papa dan mama tidak dapat menghalangku untuk bersuamikan Saiful. Aku tersenyum puas.
YOU ARE READING
Saiful? Shahril? Mr. Shah? (Short Story)
RomanceMaya Maisara wanita serba modern tidak pernah mempersetujui akan konsep berkahwin mengikut pilihan keluarga kerana padanya itu adalah pandangan kolot bagi sesetengah masyarakat melayu yang mengatakan bahawa berkahwin di atas pilihan keluarga akan me...