KOLAM mataku mula di takungki air. Bila-bila masa sahaja air mataku akan merembis keluar. Puas aku fikirkan dimana silapnya sehingga aku terpaksa menerima balasan sebegini. Semuanya serba tidak kena. Sudahlah aku hampir ketinggalan coach ke pusat peranginan pilihan mama. Kini luggage aku pula tidak kelihatan. Puas aku memaksa pemandu bas cuba memeriksa tempat meletak beg di bawah. Namun dia memberi alasan yang sama, bahawa tiada lagi beg yang tertinggal di dalam bas. Dan kini van yang sepatutnya membawa aku ke pusat peranginan tersebut sudah meninggalkan aku kerana menunggu lebih dari setengah jam.
Aku membuka tas tangan mula mencari sesuatu. Print-out pusat peranginan tersebut ku capai. No! No way! Aku tidak akan berpatah balik setelah hampir enam jam aku terpaksa berada di dalam bas dan sudah merantau sejauh beratus-ratus batu. Aku memilih untuk menaiki coach kerana aku malas hendak memandu seorang diri. Aku tidak kira aku akan pergi ke resort yang di tempah mama.
Pada awalnya aku tidak berminat, tapi oleh kerana mama mengatakan tempat peranginan tersebut sangat cantik. Dan setelah aku lihat brochure dan ke lelaman resort tersebut, aku merubah fikiran. Aku bersetuju untuk ke sana. Aku menyuruh setiausaha papa membuat tempahan untukku. Plan yang sebenar aku menempah mahu bercuti bersama Saiful. Namun plan aku tidak menjadi bila Saiful mengatakan dia terpaksa pulang ke kampung di saat terakhir. Bila Saiful mengatakan dia tidak dapat pergi, akumengambil keputusan untuk membatalkan tempahan bilik resort. Jika aku pergi, bermakna aku bercuti seorang sahaja ke pusat peranginan tersebut. Tapi bila aku kenangkan semula ada baiknya aku teruskan sahaja niat bercuti kerana aku akan merasa bosan duduk di rumah kerana selalunya Saiful ada menemaniku untuk keluar bersama. Jika aku ke tempat percuatiaan itu. Sekurang-kurangnya aku dapat menikmati keindahan pusat peranginan tersebut dan dalam masa yang sama dapat juga aku merehatkan minda dan menenangkan fikiran ku yang berserabut sejak akhir-akhir ini dengan masalah peribadi. Aku mula mendial nombor pusat peranginan tersebut.
"Selamat Petang, Nature Lodge,"
"Selamat Petang, saya Maya salah seorang pengunjung Nature Lodge, van yang sepatutnya jemput saya ke sana sudah tinggalkan saya, boleh tak awak aturkan seseorang untuk menjemput saya di Stesen Bas,"
"Cik Maya, boleh tunggu sekejap saya cuba periksa senarai pelanggan,"
"Baiklah," ujarku seraya menarik nafas lega.
"Maaf cik Maya, nama Cik Maya tiada tersenarai dalam list kami,"
"Tak ada??? That's impossible..I didn't cancel my booking," ujarku tidak berpuas hati bila front desk Nature Lodge mengatakan nama aku tidak terdapat di senarai pelanggan, masakan namaku tidak berada di senarai kerana setiausaha papa sudah mengesahkan bahawa tempahan aku confirmed dan semuanya sudah ditempat seperti yang dia minta.
YOU ARE READING
Saiful? Shahril? Mr. Shah? (Short Story)
RomanceMaya Maisara wanita serba modern tidak pernah mempersetujui akan konsep berkahwin mengikut pilihan keluarga kerana padanya itu adalah pandangan kolot bagi sesetengah masyarakat melayu yang mengatakan bahawa berkahwin di atas pilihan keluarga akan me...