Aku meneliti kad kekunci yang diberikan Fika tadi. Kunci kad tersebut kelihatan berlainan sekali dengan kad yang biasa diberikan kepada pelanggan lodge. Kerana kad itu ada tertera lodge owner. Ika memberi aku kad kekunci bilik milik lodge owner? Ya, aku masih ingat lagi, bilik itu yang digunakan Shah semasa merawat kakiku.
Baik sungguh hati pemilik lodge membenarkan pekerjanya mengunakan bilik itu bila benar-benar perlu. Aku melintasi bilik yang hampir seminggu aku berada di dalamnya tanpa mama mengetahuinya selama ini aku tidur di bilik itu. Sebaik sahaja aku membuka pintu sekali lagi aku terpegun akan keindahan bilik lodge owner walaupun ini bukanlah pertama kali aku kemari.
"Cantik dan besarnya Suite ni, tak sama macam bilik Suite mama," ujar Datin Manisah sebaik sahaja menjejakkan kakinya ke dalam bilik Suite sementara. Dia terpesona dengan keindahan bilik ini.
Aku hanya menganggukkan kepala mengiyakan kebenarannya.
"Tapi kita boleh tumpang sekejap aje, lepas ini kita ke bilik mama pulak," ujarku ringkas.
"Bilik mama, kenapa tak ke bilik Maya?," ujar Datin Manisah keliru. Kenapa anaknya itu beriya-iya mahu ke biliknya.
"Mama, Maya tak dapat nak terangkan pada mama sekarang, nanti bila kita balik Maya akan ceritakan semuanya kepada mama, buat masa sekarang ini kita tumpukan pada tunang Maya dan bakal ibu mertua Maya," ujarku cuba menukar topic dan tak hendak memanjang-manjangkan cerita nanti lain pulak jadinya. Aku tahu mama pasti terperanjat bila aku tiba-tiba berminat dengan tunangku sedangkan selama ini aku tidak ambil peduli tentang perkara itu.
"Ok, tapi Maya janji akan beritahu mama apa sebenarnya yang terjadi,"
Aku hanya menganggukkan kepala tanda setuju.
"Maya dah jumpa Shahril?," soalan pertama yang keluar dari mama.
"Ma, pertama Maya belum berjumpa dengan Shahril dan kedua Shahril mana ada kat sini?," ujarku agak rimas dengan soalan mama yang berulang itu. Dah macam radio rosak pulak.
"Maksud Maya, Shahril belum bertemu dengan Maya lagi??," ujar Datin Manisah seakan terperanjat mendengar jawapan dari anaknya. Bukankah Shahril ada memberitahunya bahawa dia akan menjaga Maya sepanjang Maya bercuti di sini. Dan Shahril juga yang mengatakan Maya dalam keadaan baik.
Mana mungkin Shahril berbohong dengannya. Bakal menantunya seorang lelaki yang berhemah tinggi kerana dia seorang anak muda yang hormat pada orang tua. Tapi kenapa Maya kata dia belum pernah bertemu dengan Shahril. Datin Manisah merasa bingung sendiri. Apa mereka berdua bermain sembunyi-sembunyi selama ini? Dia tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku kerana Maya kelihatan tidak punya clue langsung akan plannya untuk menemukan Shahril di resort ini.
YOU ARE READING
Saiful? Shahril? Mr. Shah? (Short Story)
RomanceMaya Maisara wanita serba modern tidak pernah mempersetujui akan konsep berkahwin mengikut pilihan keluarga kerana padanya itu adalah pandangan kolot bagi sesetengah masyarakat melayu yang mengatakan bahawa berkahwin di atas pilihan keluarga akan me...