Part 6

44 5 4
                                    



AKU kembali ke tempat reception. Gadis penyambut tetamu yang awalnya tadi berada disitu tidak kelihatan di belakang kaunter. Hanya seorang pemuda yang mengantikan tempatnya. Bila aku meminta kad kekunci nombor bilik, pemuda itu tidak banyak bertanya lanjut lalu menyerahkan kad kekunci sebaik sahaja aku menyerahkannya slip confirmation booking kepadanya. 



At last! I can't wait to see my room. Aku mengeluh lega kerana bilik aku sudah siap dan dapatlah aku berehat dan menegangkan otot dan sendi-sendi yang berbisa. Pandai aku juga ke Resort begini memakai kasut tumit tinggi. Aku terlupa bahawa ini bukan SPA hotel. Aku teringin sekali ingin mencuba package Spa yang terdapat di Nature Lodge ini. Menurut mama SPAnya bagus. Sedar tak sedar aku berdiri di hadapan pintu bilik Suite 272. Tanpa berlengah lagi aku menyentuh scanner yang terdapat di pintu bilik dengan kad kekunci yang di berikan kepadaku. 



Wah!! Terpegun aku seketika bila menyedari betapa besar dan indahnya bilik Orkid Suite di Nature Lodge. Ternyata usaha mama tidak sia-sia. Aku benar-benar suka dan jatuh cinta pada keindahan bilik Orkid Suite. Hiasan dalamannya sungguh indah, membuatkan aku rasa seolah-olah aku berada di dalam gua. Dinding biliknya di perbuat dari batu yang kelihatan seperti batu gua. 



Di verandahku di hiasi dengan air terjun buatan manusia. Aku merebahkan badan di atas katil. Nikmat rasanya dapat berbaring di atas katil yang empuk setelah hampir setengah hari tidak dapat berehat. Tak sabar rasanya hendak beradu. Baru mataku layu hendak terpejam, aku tersentak terperanjat bila pintu bilik air dibuka dari dalam. Terkejut bila seorang lelaki memakai bathrobe nature lodge keluar dari kamar mandi dari Suiteku. Hampir sahaja aku hendak menjerit bila lelaki yang baru keluar dari kamar mandi itu memandang ke arahku. Wajahnya kelihatan benar-benar terkejut.



"Saiful, apa you buat kat sini??," ujarku terperanjat bila menyedari lelaki yang baru keluar dari kamar mandi itu adalah kekasih hatiku Saiful dan dia berada di sini. Bukankah dia kata dia balik ke kampung bertemu dengan ibunya yang sakit.



"Maaaya!!," ujar Saiful dengan kehadiran Maya wajahnya berubah pucat. Wajahnya kelihatan serba salah dan khuatir.



"You nak surprisekan I ke sayang, I know you tak akan kecewakan I, you know I tak cancel trip ni, thanks sayang!!!," ujarku dengan nada gembira lalu bangkit dari katil dan meluru ke arahnya ingin memeluk Saiful. Aku tidak menyangka Saiful sengaja memberi alasan bahawa ibunya sakit padahal dia mahu membuat kejutan kepadaku. Aku tahu Saiful tidak pernah mengecewakan aku. Dia seorang pemuda yang romantic suka membuat kejutan sebegitu. Sebab itu aku sayangkannya.



Saiful yang masih kelihatan terkejut dengan apa yang berlaku spontan sahaja membalas pelukanku. Jantungnya berdegup kencang hingga aku dapat mendengarnya dengan jelas.



"Kenapa sayang??? You sakit ke, why your heart beat so fast??," ujarku hairan lalu memandang wajahnya. Saiful tidak menjawab.

Saiful? Shahril? Mr. Shah? (Short Story)Where stories live. Discover now