Part 2

60 4 3
                                    



HARI ini aku bangun lebih awal dari biasa kerana aku mahu bertemu dengan mama. Cuba memujuk mama agar mama merubah fikirannya dan aku tidak perlu berkahwin dengan Shahril anak teman rapat mama. Aku sudah nekad, sekiranya tidak berjaya barulah aku mulakan misi aku untuk bertemu dengan Shahril hendak berterus terang padanya bahawa aku tidak bersetuju berkahwin dengannya. Semalaman aku tidak dapat tidur lenyak kerana mahu memikirkan pelbagai plan bagaimana hendak membuatkan Shahril tidak bersetuju dikahwinkan dengan aku.



"Selamat pagi, nek Ani," ujarku seraya memeluk nek Ani mesra dari belakang.



Nek Ani yang sedang duduk menuang kopi tersentak bila secara tiba-tiba cucu kesayangannya bangkit awal hari ini. Cucunya yang seorang ini jarang sekali bangun awal. Selalunya dia hanya turun ke bawah bila dia sedang sibuk membantu ifa menyediakan makan tengahari. Apa pula mimpi cucunya untuk turun awal bersarapan bersama.



"Pagi, Maya hendak ke pejabat ke hari ini?," ujar Nek Ani hairan bila Maya kelihatan sudah bersiap-siap untuk keluar awal pagi hendak keluar rumah.



"Maya hendak jumpa mama, mama ada Nek Ani,"ujarku lalu menoleh mencari kelibat mama setelah menyedari mama tidak kelihatan bersarapan bersama seperti selalu.



"Mama kamu..dah dah keluar ke pejabat, katanya papa kamu tertinggal dokumen penting untuk di bawa ke pejabat tadi," terang Nek Ani seraya menyenduk nasi goreng kampung yang masih berwap ke atas pinggan Maya. Anak lelakinya tergesa-gesa keluar pagi tadi tanpa sempat menjamah makanan hinggakan dokumen penting tertinggal di bilik studynya. 



"Sikit aje nek, Maya tengah diet ni," ujarku bila Nek Ani mahu menyenduk nasi untuk kali kedua. Aku sebenarnya jarang bersarapan pagi. Kopi sahaja sudah mencukupinya namun kerana tidak mahu menghampakan Nek Ani aku jamah nasi goreng yang di hidangkan.



"Huh diet?? Kamu dah kurus macam tu mahu diet lagi, apalah nak jadi dengan budak-budak sekarang ni," Nenek Ani mengelengkan kepalanya seraya menjeling kearah Tok Fuad yang sedari tadi sibuk membaca surat khabar konsentrasinya sedikitpun tidak terganggu bila dia membebelkan Maya kerana matanya tidak berganjak dari terus membaca petikan akhbar sedari tadi.



"Tok Fuad baca apa??," soalku bila Tok Fuad tidak bersuara sedari tadi. Apa yang menarik sangat sehingga Tok Fuad tidak menegurnya tadi. 



"F1," jawabnya ringkas sambil menyelak helaian akhbar ke ruangan sukan lain.



"Fuh! Tok Fuad suka F1 ke? Siapa tok Fuad minat?," ujarku ceria tidak menyangka Tok Fuad boleh meminati F1. Kalau bola sepak aku tak terkejut sangat. Boleh tahan juga atok aku ni. Pasti di usia mudanya suka racing. Aku tersenyum sendiri membayangkan Tok Fuad racing di usia mudanya. Racing apa ye?? Nak tahu juga.

Saiful? Shahril? Mr. Shah? (Short Story)Where stories live. Discover now