"Ma, kita tukar restaurant lain boleh?," bisikku ke telinga mamanya bila aku dapat merasakan bahawa Shah dan pasangannya akan makan malam bersama di restaurant kami tuju. Aku tidak tahu mengapa aku merasa tidak selesa begitu.
"Kenapa??," soal Datin Manisah ingin tahu.
"Pasal Maya dah selalu sangat makan kat restaurant ni dah naik jemu dibuatnya," jawabku memberi alasan. Mataku melirik ke arah Shah. Shah turut memandang ke arahku, pandangan mata kami bertaut. Shah memberikan aku senyuman. Aku segera mengalihkan pandangan ke tempat lain kerana merasa tidak selesa.
Aku lebih rela makan di bilik mama. Panggil room service order sahaja makanan. Tapi tak begitu sesuai pulak. Aku tidak mahu mama mengesyaki apa-apa. Aku hanya tidak mahu berada dia restaurant yang sama dengan Shah sebab aku tak boleh hendak fokus.
"Maya jangan nak macam-macam, menurut Datin Faridah ini restaurant terbaik di lodge ini," ujar Datin Manisah memberi arahan. Dia tidak mahu Maya memberi seribu alasan cuba untuk mengagalkan makan malam mereka malam ini.
Aku mengeluh kecil. Mataku liar memerhati sekeliling restaurant. Aku ingin tahu dimana pasangan ideal itu ditempatkan. Pastinya makan malam yang istimewa. Candlelight dinner. Wow sungguh romantic. Kalaulah wanita itu adalah aku, pasti aku merasa bangga bergandingan dengan jejaka sehebat dan setampan Shah. Pasti ramai wanita akan merasa cemburu melihatku bersama dengan Shah. Tapi wanita itu bukanlah aku. Dan Shah tidak pernah sukakan aku. Malah Shah mungkin merasa jengkel sejak mendengar masalah yang aku cari sendiri. Mama dan Ibu Shahril sibuk berbual-bual sesama mereka. Aku pula tidak banyak berbicara semasa di kenalkan kepada bakal mertuaku. Kononnya malu. Hah itu hanya alasan aku.
"Kenapa Maya, Maya tak sihat ke?," tegur Datin Faridah bila di lihatnya bakal menantunya itu tidak seceria seperti sewaktu mereka bertemu tadi. Maya tiba-tiba tidak peramah bila mereka berada di dalam restaurant.
"Tak adalah auntie, Maya cuma letih sedikit sebab siang tadi Maya pergi mendaki bukit, first time cuba itu yang penat sikit!," jawabku spontan bila tidak menyangka bakal ibu mertua ku itu perasan akan perubahan di wajahku dan moodku.
Datin Faridah hanya tersenyum mendengarnya. Bakal menantunya itu akan diberi pangkat CEO setelah bapanya bersara. Tapi dia masih mempunyai ciri-ciri kesopanan wanita melayu. Datin Faridah berkenan sungguh dengan Maya. Maya seorang wanita yang cantik dan pandai menghormati orang tua. Memang sesuailah Shahril dipadankan dengan Maya. Bagai pinang di belah dua.
*****
"Alhamdullilah!! Thanks Sarah youlah teman baik I dunia dan akhirat," ujar Shah sebaik sahaja suapan terakhir seafood marinara spaggeti yang dimasak oleh Sarah selamat berada di dalam perutnya.
YOU ARE READING
Saiful? Shahril? Mr. Shah? (Short Story)
RomanceMaya Maisara wanita serba modern tidak pernah mempersetujui akan konsep berkahwin mengikut pilihan keluarga kerana padanya itu adalah pandangan kolot bagi sesetengah masyarakat melayu yang mengatakan bahawa berkahwin di atas pilihan keluarga akan me...