Part 18

49 5 2
                                    



Shahril duduk di laman sambil menikmati kopi sementara menanti kepulangan Maya. Dia tahu Maya check-out hari ini dari bakal ibu mertuanya. Shahril memberitahu bakal ibu mertuanya dia hendak bertemu Maya di rumah mereka. Sengaja dia berangkat awal agar dia tiba terlebih dahulu dari mereka. 



Hari ini adalah hari kemuncaknya. Dia akan memperkenalkan dirinya kepada Maya. Malah dia sudah bersedia dengan segala apa kemungkinan yang bakal dia terima. Dia terima apa pun keputusan dari Maya. Samada Maya akan menerimanya atau sebaliknya. Dia tidak mahu memanjangkan usia pertunangan mereka. Sekiranya Maya setuju menjadi isterinya. Dia menyuruh ibunya menetapkan hari pernikahan mereka secepat mungkin. Kalau Maya tidak setuju dia tidak akan memaksa.



Shahril tersentak bila terdengar seperti pintu kereta di hempas. Dia menuju ke dalam ruang tamu. Dari jendela dia dapat melihat Maya dan Datin Manisah sedang sibuk mengeluarkan beg pakaian dari boot kereta. Shahril tersenyum orang yang dinanti sudahpun tiba. Dia menuju kearah pintu untuk menyambut kepulangan mereka. Ibunya Puan Faridah berada di dapur. Dia tahu Shahril mahu bersendirian dengan Maya. Datin Manisah tidak masuk melalui pintu hadapan kerana dia sudah berpakat dengan Shahril.



Aku memaksa diri untuk terus melangkah ke pintu. Aku tidak tahu kenapa aku tidak merasa gembira bila pulang ke rumah kali ini. Selalunya bila balik bercuti aku tidak sabar hendak menuju ke bilik ku. Aku rindukan bantal kesayanganku. Tapi tidak kali ini. Aku seperti orang baru di tinggalkan kekasih. Bukan kerana Saiful. Aku tidak sama sekali merasa begitu walaupun aku teramat marah padanya. Aku dapat melupakannya dalam jangka masa yang singkat. Itupun di atas pertolongan Shah. 



Ya, Shah. Kenapa aku seperti orang gila bayang. Sana sini wajah tampannya selalu bermain di ruang mataku walaupun aku sudah cuba sedaya upaya untuk tidak memikirkannya atau mengingatkannya. Ternyata sukar untukku mengusir bayangan Shah. Sebaik sahaja aku berada betul-betul di depan pintu. Pintu di buka dari dalam oleh seseorang.



Aku terpegun bila melihat orang yang membuka pintu rumahku.



"Oh please, Maya stop your day dream, Shah is not here, Shah is history," gerutuku seraya masuk ke rumah tanpa memperdulikan jejaka yang membuka pintu untukku tadi.



Shahril tersenyum gelihati bila Maya menyangka dia hanya bermimpi.



"Maya, heh it's me Shah," ujar Shahril seraya memegang bahu Maya.



"Not possible, I must be hallucinating you are not real," ujarku penat rasanya aku berperang dengan khayalan ku. Ini semua khayalan mungkin kerana aku terlalu rindukan Shah sebab itu aku selalu terpandang wajahnya di sana sini.



"Suit yourself," jawab Shah seraya duduk di sofa berdekatan dengan wajah selamba.

Saiful? Shahril? Mr. Shah? (Short Story)Where stories live. Discover now