Part 9

48 5 1
                                    




PERUTKU mula berbunyi kuat. Aku baru menyedari bahawa seharian aku tidak menjamah makanan. Boleh dikatakan satu hari ni aku hanya duduk berperap di dalam bilik kecilku dengan laptop, membaca email dan juga membantu papa menyediakan draft agreement untuk project terbarunya. Tiada mood untuk melakukan aktiviti apa-apa. Terasa malas aku hendak ke restaurant, selera makanku hilang kerana aku tidak mahu terserempak dengan Saiful sedangkan aku makan sendirian. 




Aku tidak mahu di ketawakan oleh mereka. Hendak tak hendak aku terpaksa memesan makanan melalui Afikah dan terpaksa bertemu dengannya di reception kerana bilikku tidak di bekalkan telefon untuk menghubungkan aku kepada reception. Aku berjalan menuju kearah lobby melalui beberapa barisan suite Orkid, Rose dan Daisy. Aku melintasi bilik 273. Langkahku terhenti dan aku berdiri betul-betul di hadapan pintu bilik 272. Bilik yang sepatutnya aku diami. 




Aku menoleh kiri dan kanan untuk memastikan tiada sesiapa. Mataku melilau mencari jika ada cctv di koridor ini. Awal tadi aku ternampak cctv di lif lobby. Setelah yakin dan pasti tiada cctv. Dan juga pasti tiada kedengaran orang melalui koridor Suite. Aku menekapkan telinga ku ke daun pintu bilik 272. Tiada bunyi sebarang pergerakkan mahupun suara yang kedengaran dari dalam, ini bermakna Saiful dan isterinya tidak berada di dalam bilik. Aku tersenyum nakal. Otakku sudah mula memikirkan perkara nakal.


Tangan kananku cuba menekan handle pintu walaupun aku tahu pintu tidak akan terbuka tanpa kad elektronik yang digunakan sebagai kunci. Tiba-tiba aku teringat bahawa kad eletronik yang diberikan Afikah semalam masih belum aku kembalikan kepadanya. Aku segera menyeluk saku kalau-kalau kad elektronik itu masih ada. Aku mengeluarkan semua kandungan yang terdapat di dalam saku seluarku. Kad kredit, beberapa helai note dan duit syiling. 




Aku tersenyum puas bila dapati kad elektronik itu terselit di antara kad kredit ku. Yes!!! Aku menoleh ke kiri dan kanan lagak seperti seorang pencuri cuba menceroboh masuk. Sekali lagi aku menoleh ke kiri dan kanan untuk memastikan tiada camera mahupun seorang umat pun yang melintas, aku mengunakan kad elektronik tersebut untuk membuka pintu. Lampu hijau menyala sebaik sahaja kad tersebut aku sentuhkan di electronic device yang terdapat di pintu tersebut. 




OMG!!! Aku merasa excited kerana pihak resort tidak membatalkan kad kekunci. Satu kesilapan yang besar, senyumku. Aku menolak daun pintu perlahan dan terhendap-hendap untuk memastikan tiada sesiapa yang berada di dalam bilik. Bilik kelihatan sunyi hanya air cond yang dihidupkan dan lampu kecil dinyalakan. Aku memeluk tubuh menahan sejuk. Bilikku tidak berhawa dingin hanya di temani kipas angin. Senang lenang dia suami isteri bermalam di Suite indah ini sedangkan aku bermalam di dalam staff room. Tak guna! 



Aku menuju ke arah almari lalu menyelongkar almari baju. Mencari barang kepunyaan isteri Saiful yang aku fikir berbaloi untuk aku sabotage. Aku tersenyum puas bila ternampak beg make-up terdapat di antara barang-barang peribadi milik isteri Saiful. 




Tanpa berlengah lagi aku menutup pintu almari lalu menuju kearah pintu bila aku terdengar suara wanita dan lelaki sedang ketawa riang di hadapan pintu bilik Suite. Oh sharks!!! Cemuhku dalam hati. Aku panik tiba-tiba. Bila menyedari suara itu adalah milik Saiful. Aku kenal benar suaranya. Oh gosh!! Macamana ni? Aku menoleh kiri kanan kemana harus aku bersembunyi sebelum pasangan suami itu masuk ke biliknya. Aduh!! Come on Maya...Think!!  Aku tidak mahu diketahui Saiful bahawa aku telah memecah masuk ke dalam biliknya dan apa yang lebih membimbangkan aku jika Shah mengetahui kerja bodoh yang aku lakukan. Pasti Shah tidak akan memberi aku peluang untuk meneruskan percutiaanku. 




Aku menoleh ke arah balcony. Yes balcony. Aku berlari menuju kearah balcony menolak pintu agar aku dapat meloloskan diri dan menutup pintu balcony semula, itu sahaja cara untuk aku sembunyikan diri kerana tiada jalan lain yang dapat aku fikirkan dalam masa yang singkat. Nasib baiklah bilik Saiful tingkat dua. Sekurang-kurangnya aku dapat bersembunyi buat seketika sebelum aku cuba terjun dari balconynya. Dan itu adalah pilihan yang terakhir. Harap-harap aku tidak terpaksa buat kerja gila dan bodoh begitu.




"Sayang, thanks for this vacation, I really appreciate it," aku terdengar suara rengekan manja milik isteri Saiful. Aku mencebikkan bibir bukan mahu menangis tapi meluat mendengar suaranya.




"Thanks to Maya, kalau tidak kerana Maya, kita tak dapat bercuti secara percuma, I can't believe Maya really falls for me!!," jawab Saiful seraya ketawa. Dia benar-benar tidak percaya bahawa anak tunggal majikannya terpedaya dengannya.




Aku mengetap bibir menahan marah kalau ikutkan hati hendak sahaja aku menyerang masuk dan memberi satu penumbuk kemuka Saiful kerana semalam aku tidak dapat memberinya kerana Shah menghalang aku berbuat demikian. Jika tidak lebam biji matanya. Selama ini Saiful memang niat hendak mempermainkan perasaanku. Kenapa aku tidak terhidu rancangan Saiful, kenapa aku buta dan tidak dapat melihat ini semua. Aku buta kerana aku benar-benar cintakan Saiful dan menyangka Saiful turut begitu. Aku menyedari tiada gunanya aku menyalahkan nasib kerana inilah balasan yang aku terima kerana aku telah menduakan Shahril. Mungkin tunangku Shahril sepuluh kali ganda baik dari Saiful. 



Aku rasa kesal sendiri. Lebih lama lagi aku berada di balcony lebih sakit hati aku mendengar ejekan dari Saiful mahupun isterinya. Aku harus beredar sebelum isteri Saiful menyedari beg make-upnya hilang. 



Perlahan-lahan aku memanjat pagar yang diperbuat dari kayu itu berhati-hati dan memaut kepada tiang agar aku tidak terjatuh. Aku memandang ke arah bawah mencari tempat yang sesuai untuk aku landing bila aku lompat ke bawah nanti. Kalau terkena pada tempat yang keras tak pasal-pasal sahaja aku masuk hospital. Issk tak de maknanya aku hendak cederakan diri aku tak berbaloi. Habis tak kan aku hendak tidur kat balcony sini. Tak boleh jadi aku mesti terjun dari balcony ni sebelum mereka tahu bilik mereka di pecah masuk. 



Aku memejamkan mata membaca bismillah sebelum memberanikan diri untuk terjun. Satu. Dua. Tiga. Aku melepaskan tangan dari terus memaut tiang tadi. Nasibku tidak berapa baik kerana aku tidak terjatuh di atas rumput sebaliknya terjatuh di atas lantai konkrik. Bedebuk!!! Tak ubah seperti nangka busuk. 

Saiful? Shahril? Mr. Shah? (Short Story)Where stories live. Discover now