SHAH duduk di bangku kaunter island menikmati latte yang dibancuhnya perlahan sambil merenung ke arah benda putih yang jatuh tergolek tidak jauh dari lodgenya kerana lodgenya berdekatan dengan beberapa block Suite. Dia dapat melihat dengan jelas dari tingkap dapurnya. Shah tidak pernah menganggap apa yang dilihatnya tadi sebagai mahluk ghaib. Kalau benarlah ia mahluk ghaib ia tidak akan jatuh seperti nangka busuk. Sekurang-kurangnya ia akan terbang melayang. Namun begitu Shah tidak segera keluar pergi menyiasat apakah benda yang dia nampak awal tadi, namun sebaliknya dia masih memerhatikan makluk itu sambil meneguk lattenya perlahan-lahan.
Dari samar-samar cahaya lampu yang menerangi laluan pejalan kaki, Shah dapat melihat mahluk itu cuba bangun dari tempat dia terjatuh tadi. Belum sempat dia berdiri sepenuhnya mahluk itu terjelepuk jatuh ke lantai semula. Shah mengerutkan dahinya merasa hairan. What is that?? Shah bangun dari tempat duduknya lalu membasuh mug yang digunakan tadi. Dia mengelap tangannya bersih lalu menuju ke arah pintu dapur. Dia mengambil keputusan untuk pergi menyiasat.
*****
"Aduh!!!! Sakitnya!!," aku mengurut punggungku perlahan kerana merasa sakit. Punggungku terasa kebas akibat terhentak kuat tadi. Apa patah ke tulang punggung aku?? Bila aku cuba hendak bangun kakiku pula terasa perit kerana aku tidak menyedari kakiku terseliur akibat tersalah landing di atas kaki sebelum punggungku terhentak di lantai tadi. Inilah padahnya membuat perkara yang tidak berfaedah. Aku juga yang susah.
Hendak mengenakan isteri Saiful sebaliknya aku yang terkena balik. Tidak semena-mena aku yang mendapat sakit. Adui..bagaimana aku hendak balik ke bilik dengan keadaan sakit begini. Mataku melilau mencari beg make-up yang aku curi tadi, beg make up itu tidak kelihatan berdekatan dengan aku. Well done Maya!!
"Great!!! What a loser!," keluhku sudahlah aku tidak membawa telefon bimbit. Memang padanlah dengan muka aku. Misiku tidak berjaya malah aku menerima padahnya. Masalahnya sekarang? Tak kan aku hendak tidur disini sampai esok pagi. Hilang akal ke? Eii tak nak aku sudahlah resort ni di keliling hutan...seram aku hendak tidur di sini. Aduh!! Macamana ni hendak bangun pun aku tidak mampu, inikan pula berjalan. Tak kan aku hendak mengesot sampai ke bilik. Silap hari bulan orang menyangka aku suster ngesot pulak dah lah rambut aku panjang, pulak tu pakai baju putih tak pasal jadi cerita Horror! Aku menoleh ke kiri dan kanan berharap agar adalah staff Nature Lodge atau security lalu disini dan dapat membantuku. Kalau tiada sesiapa yang lalu nampaknya aku terpaksa tidur di sini.
Shah berjalan perlahan menuju ke arah sesusuk tubuh yang masih lagi berada di tempat yang dia nampak awal tadi. Semakin dia hampir ke makluk itu semakin jelas dipenglihatannya bahawa makluk itu adalah manusia biasa dan Shah seakan dapat mengagak gerangan makluk itu. Shah tidak merasa terperanjat bila menyedari makluk berupa manusia itu, tidak lain dan tidak bukan adalah tunangnya sendiri Maya.
"Well..well..well!!! What are doing here? Are you trying to make a stunt!," sindir Shah duduk menyangkung di hadapan Maya. Dia mendongak ke atas cuba mengagak dari mana Maya terjatuh tadi.
YOU ARE READING
Saiful? Shahril? Mr. Shah? (Short Story)
RomanceMaya Maisara wanita serba modern tidak pernah mempersetujui akan konsep berkahwin mengikut pilihan keluarga kerana padanya itu adalah pandangan kolot bagi sesetengah masyarakat melayu yang mengatakan bahawa berkahwin di atas pilihan keluarga akan me...