Part 8

54 6 2
                                    



SHAH menanggalkan uniformnya lalu di campakkannya ke dalam bakul laundry. Dia masih memikirkan samada perlu memberitahu auntie Manisah mengenai Maya atau membiarkan sahaja Maya mengadu sendiri pada mamanya. Shah berjalan menuju kearah kamar mandi. Dia memutar tap di whirlpool tubnya. Air menderu keluar dari tap. Shah membiarkan tapnya dibuka agar air memenuhi tub tersebut.



Dia berjalan keluar dari kamar mandi lalu menuju kearah ruang tamu. Biliknya sama cantik seperti bilik Orkid Suite. Apa yang membezanya dari bilik Orkid Suite. Biliknya lebih besar dan mempunyai ruang tamu, ruang makan dan dapur yang bahan mentahnya ditempah khas dari italy. Semuanya diubahsuai mengikut citarasa Shah sendiri. Dia juga yang memilih dan berusaha mendapatkan barangan mentah dari Italy untuk menghasilkan hiasan dalaman yang posh dan cantik. Shah is a neat freak. Dia suka rumahnya kelihatan kemas dan teratur. Rumah adalah tempat untuknya berehat dan menghabiskan masa sekira jadual pekerjaannya tidak ketat.



Shah memutar tap sebaik sahaja bathtubnya itu sudah separuh dipenuhi air panas suhu yang dikehendaki. Dia melangkah masuk ke dalam tub yang sudah dipenuhi buih-buih sabun untuk berehat dan untuk menghilangkan sengal-sengal di badannya. Setelah menelan pil penahan sakit. Giginya tidak berbisa dan pipinya tidak bengkak seperti awal tadi. Shah menyandarkan bandanya lalu memejamkan matanya. Fikirannya menerawang jauh. Dia merasa kasihan pada Maya. Ikutkan hati mahu sahaja dia berdepan dengan Saiful dan membela Maya. Namun dibatalkan niatnya kerana dia mahu Maya menyelesaikan masalahnya sendiri.




Pada awalnya dia tidak mahu masuk campur urusan Maya kerana dia merasa sakit hati bila Maya mengambil mudah sahaja dan tidak endah bahawa dirinya sudah bertunang. Setelah di fikirkan semula Maya turut seperti dirinya mereka tersepit di atas permintaan keluarga. Seperti dirinya Maya juga memprotes akan ikatan pertunangan ini. Hanya Maya bertindak tanpa memikirkan perasaan ibu bapanya. Manakala dia, sungguhpun tidak bersetuju namun begitu dia tidak membuat apa-apa atau cuba menghalang dari terjadinya perkahwinan ini, dia hanya membiarkan sahaja. Dia hanya serahkan pada Allah dan tidak mahu membebankan fikirannya mengenai jodoh. 


 

Halang dan protes bagaimana pun kalau sudah tertulis jodohnya bersama Maya dia tidak dapat lari. Maya pula percaya bahawa Saiful adalah penyelamatnya dan dia dapat memutuskan dengan pertunangan yang buat tanpa kerelaannya. Awalnya dia juga begitu, dia berharap Maya turut tidak bersetuju dengan pendapat kedua-dua belah keluarga menyatukan mereka.


 

Walaupun Shahril membantah akan kehendak ibu dan ayahnya namun dia tidak sanggup mengatakan tidak pada kehendak mereka. Sebenarnya dia masih belum bersedia untuk berumahtangga mahupun menerima Maya sebagai isteri. Dia tidak mahu kerana rasa simpati dia mengawini Maya. Dia tidak mahu berlakon di depan keluarga bahawa mereka bahagia sedangkan mereka tidak. Kalau sudah jodohnya dengan Maya, dia mahu mengenali Maya secara peribadi dan cuba mencintai wanita itu.



                                                                                *****




AKU keluar dari bilik setelah menyedari telefon bimbitku tidak mempunyai resepsi yang baik. Seharian terperap di dalam bilik tanpa berbuat apa-apa terasa bosan amat. Aku sedar tiada gunanya aku menangis mengenangi nasibku kerana Saiful bukanlah lelaki yang baik. Aku sedih-sedih bagai nak rak begini manakala dia bersuka-suka dengan isterinya. Maya bukan wanita yang lemah. Maya wanita yang keras hati. Aku percaya aku dapat melupakan Saiful. Maya boleh!

Saiful? Shahril? Mr. Shah? (Short Story)Where stories live. Discover now