1 minit yang bermakna buat diriku

301 15 17
                                    

Sila dengar lagu sambil baca! Terima kasih dan selamat membaca.

Dengan masa yang singkat itulah, Tengku Zayden mampu melafazkan ikatan yang sah antara dia dan Tengku Aisyah.

"Alhamdulillah, tahniah Aisyah." menangis Tengku Sofia.

"Alhamdulillah. Terima kasih Sofia.. cukup indah perancanganmu  ya Allah." kata Tengku Aisyah sambil memeluk Tengku Sofia dengan erat.

"Alhamdulillah Zayden, sekarang kau dah sah bergelar suami kepada Aisyah. Kau kena cepat sihat supaya dapat jalan-jalan dengan Aisyah lepasni. Tahniah Zayden!" kata Tengku Sofia.

"Alhamdulillah, isteriku.. Aisyah." kata Tengku Zayden sambil tersenyum.

"Zayden? Zayden! Bangun Zayden bangun! Pembantu! Panggil doktor sekarang! Tengku Raja Zayden dah tak bernafas ni!" kata Tengku Sofia.

"Nampaknya.. Tengku Raja Zayden sudah mangkat. Masa kematian, 3:18 petang." kata doktor diraja.

"Zayden! Bangun! Apa yang kau bergurau ni. Nafas lah balik Zayden! Aisyah kau tengok Zayden ni!" kata Tengku Sofia sambil menangis dan meraung.

"Innalillahiwainnailaihirojiun, Sofia.. Sabar Sofia.. Biarkan. Jangan kacau dia. Biarkan.. Dia dah lama sengsara. Zayden suamiku, tenanglah kau disana. Kami berdua berjumpa buat kali pertama pun pukul 3:18 petang. Saya sebagai isteri awak, saya bersyukur sangat saya dapat berpeluang untuk menjadi isteri awak yang sah walaupun untuk 1 minit. Pernantian kita berdua selama ini berhasil juga. Awak tunggu saya disana ya?Jangan risau..saya akan jaga diri saya disini dengan baik. Awak janganlah risau dah, Awak dah boleh rehat sekarang ya? Rehatlah sayangku." menangis Tengku Aisyah dengan kuat.

"Aisyah! Beratnya dugaan kau Aisyah. Kau kuat Aisyah kau kuat!" kata Tengku Sofia sambil memeluk Tengku Aisyah.

"Aku redha Sofia. Aku redha. Aku redha dengan ketentuan ilahi. Subhanallah. Kalau ini yang terbaik buat dirinya, aku terima. Aku terima Sofia." menangis Tengku Aisyah.

"Bangunlah Tengku, bangunlah Tengku." kata semua pembantu istana dan tengku-tengku di istana itu.

Semua orang mula menangis termasuklah Tengku Aisyah. Pemergian Tengku Zayden cukuplah indah dan pemakamannya berjalan dengan baik.

"Takziah ya Tengku Aisyah." kata semua pembantu-pembantu di Istana Tengku Raja Zayden.

"Terima kasih.. Saya pasti. Tidak lama lepasni, saya juga akan pergi menghadap ilahi.." kata Tengku Aisyah.

"Ish Tengku ni.. Janganlah cakap macam tu! Tak baik lah" kata pembantu utama Almarhum Tengku Zayden.

"Tah kau ni Aisyah, janganlah sampai ke situ." kata Tengku Sofia.

"Alhamdulillah, aku pasti yang Zayden aman disana. Terukir senyuman di bibirnya, aku pasti dia gembira." kata Tengku Aisyah.

"Betul tu Aisyah. Kau kena kuat." kata Tengku Sofia.

Tidak lama selepas itu..

"Dengan ini. Saya, Tengku Aisyah Mutiara, akan memberikan semua kuasa penuh saya sebagai permaisuri Kerajaan Asiah dan sekali gus meletakkan diri saya sebagai bukan kerabat diraja lagi. Disebabkan ini salah satu daripada hasrat Tengku Zayden, saya juga akan mendermakan semua harta kepada orang-orang yang memerlukan." kata Tengku Aisyah Mutiara dalam berita utama.

Semua harta Tengku Zayden telah pun didermakan kepada semua anak yatim dan kepada orang yang memerlukan. "Highschool Diraja" pula telah dijadikan sebagai sekolah harian. Tiada lagi sistem beraja di Kerajaan Asiah.

"Nampaknya, istana Tengku Raja Zayden akan dijadikan sebagai muzium.. Kau dah bersedia ke Aisyah untuk berpindah keluar?" kata Tengku Sofia.

"Banyak kenangan aku kat sini. Ya aku dah bersedia." kata Tengku Aisyah.

Selepas peristiwa itu berlaku, Tengku Aisyah telah menghilangkan diri dan ramai orang tidak nampak Tengku Aisyah selepas peristiwa itu berlaku. Pada suatu hari, wartawan mula menanyakan soalan kepada Tengku Sofia.

"Tengku.. Tengku rasa, dimana Tengku Aisyah sekarang berada?" kata salah satu wartawan.

"Hmm, saya pun tidak pasti. Biarlah rahsia." kata Tengku Sofia sambil tersenyum.

"Biarlah rahsia"

-Tamat-

Kisah ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan semua orang yang hidup mahupun yang sudah mati. Nama watak pun dipilih secara bebas dan tidak bermaksud untuk sesiapa.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang sanggup membaca novel "Highschool Diraja" saya ini. Saya sedar bahawa novel ini banyak kurangnya daripada segi penulisan mahupun idea. Ini merupakan hasil karya saya yang pertama dan Insyallah saya akan cuba untuk memperbaiki setiap aspek yang berkaitan dengan dunia novel. Saya ingin mengatakan dengan jelas bahawa karya saya ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Saya juga ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa dan jika terdapat penggunaan bahasa yang tidak patut digunakan. Saya juga ingin memohon maaf jika terdapat penggunaan bahasa agama yang membuatkan pembaca bukan Islam tidak selesa. Sesungguhnya saya banyak kurangnya. Akhir kalam, terima kasih kerana membaca karya pertama saya. Saya amat bersyukur dan gembira. Bintang timur terbit pagi, ada umur ketemu lagi. Sekian, terima kasih.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 13, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[COMPLETED] Highschool Diraja Where stories live. Discover now