Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Qeef dah tidur , Qeem mana ?
Jam 12 tengah malam , aku buat tour jelajah rumah mencari Jimin . Takde siot , mana suami aku ?
Cari punya cari , tetiba aku terdengar suara dari dalam bilik solat .
" Ya Allah , engkau berikanlah aku kekuatan untuk berhadapan dengan fitnah ini Ya Allah . Berikanlah aku kepercayaan dalam diri bahawa semua yang berlaku ini ada hikmahnya ya Allah . Aku bimbang sekiranya aku tumbang , isteri dan anakku akan terikut sama sedangkan aku yang perlu memimpin mereka untuk berusaha masuk ke dalam Syurgamu ya Allah . Hanya daripadamu sahajalah tempatku memohon pertolongan dan perlindungan ya Allah "
Suara serak basah Jimin membuatkan aku ditebak rasa sebak yang amat .
Aku nangis do aku nangis serius aku nangis .
Seusai Jimin menghabiskan bacaan doanya , aku terus meluru ke arahnya lalu memeluknya erat .