Bahagian pakaian sekolah di dalam kedai itu penuh dengan orang ramai yang ingin membeli keperluan sekolah untuk anak masing-masing . Begitu juga dengan Seventeen dan anak-anak mereka .
" Okay semua beratur dalam barisan! " Seungcheol mula memberi arahan.
" nae! "
Tapi bukan seperti yang dia mahukan. Sepatutnya anak-anak mereka yang beratur dalam barisan. yang appa semua ni tak perlulah. dah besar kan .
" bukan korang, anak korang . Seventeen Junior! Beratur satu barisan depan uncle cepat. Ikut nombor yang uncle Jeonghan bagitahu dalam kereta tadi. "
Dengan itu anak-anak kecil mula beratur di hadapan Seungcheol.
Harini hanya Seventeen dan anak-anak mereka sahaja yang keluar untuk membeli barang . Seventeen taknak bawak wife diorang sekali . nanti daripada nak beli barang sekolah, lain yang dibelinya .
" kejap lagi masuk dalam sana jangan berlari-lari. lagisatu selalu jalan dalam satu kumpulan tak pun berdua, jangan jalan sorang okay? "
Joshua memberikan penerangan kepada semua anak-anak buahnya itu .
" okay sekarang jom masuk, buat dua barisan." Jeonghan menggosok kepala Seunghyun dan Ha Eun yang sudah mula membentuk dua barisan .
Hanya Seungcheol, Jeonghan dan Joshua sahaja yang menjaga anak-anak kecil itu. Selebihnya sedang bermain dengan troli yang ditinggalkan di parking lot tersebut. Hoshi dengan Seungkwan pulak tengah bergaduh dengan orang tukang kutip troli .
"Jun hyung, tengok dua ekor beruk tu. Tak malu betul gaduh depan budak-budak. " Kata Seokmin sambil menjeling dua orang rakannnya itu .
Jun hanya memandang Hoshi dan Seungkwan sekilas sebelum kembali menatap telefon bimbitnya .
"MOON JUNHUI SIMPAN TELEFON TU! KAU DAH NYARIS NAK MATI KENA LANGGAR DAH TADI!"
Marah Jeonghan . kereta tadi nasib sempat break kalau tak, innalillah si Jun ni . Hilang sorang kawan dia di hari yang mulia ni .
" appa nak Han Byeol bagitau eomma ke appa cuba nak bunuh diri dekat mall? " Soal Han Byeol sambil menatap ayahnya tajam .
selepas mendengar anak lelakinya berkata begitu Jun terus menyimpan telefonnya ke dalam poket .
" wahh feeling macam rombongan sekolah." Jackson mula tersenyum .
Akhirnya dapat jugak dia keluar rumah dan berjumpa dengan rakan-rakannya yang lain. Selalunya dia terpaksa terperap di dalam rumah kerana ibu bapanya sibuk bekerja .
" Kau tak bosan ke setiap hari terperap dalam rumah? Kita dah besar kut. Dah darjah 3. Still kena terperap dalam rumah serious bosan." Kata Seunghyun sambil membuat mimik muka kesian dengan nasib kawannya itu .
" wah kau, sembang macam dah masuk sekolah menengah. " tegur Jeonghan sambil menggelengkan kepalanya dengan perangai anak Seungcheol .
" ramai betul orang harini." Minghao memerhati sekeliling dan nampak semua tempat sesak .
" hyung apa kata kita berpecah dulu . Kalau serbu ramai-ramai pun susah jugak." cadang Jihoon kepada Seungcheol .
"haah hyung kita pecah tiga." Beritahu Mingyu pula .
" okay semua tengok uncle kejap."
Seungcheol menepuk tangan cuba mengambil perhatian anak-anak buanhya .
" sekarang ni uncle nak kamu pecah 3 kumpulan. Satu kumpulan 5 orang. "
Semua anak-anak kecil itupun berebut memilih ahli kumpulan yang mereka mahukan.
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE] SEVENTEEN JUNIOR
Fanfiction"hai nama saya Boo Hyun Ki. Saya paling hensem dan popular dalam sekolah ni. lagi satu jangan lupa follow appa saya @pledis_boos. terima kasih." "hai nama saya Moon Dal Nim. Boleh panggil saya jelita." "kenapa kau bawak pengepit baju ni? " "kau inga...