Memang sudah menjadi kebiasaan mereka dua beradik untuk eommanya yang menghantar mereka ke sekolah kerana Junhui perlu menghantar kuih ketayap dan karipap ke gerai-gerai.
Pada waktu malam Junhui perlu membancuh adunan kuih ketayap dan karipap untuk dihantar ke gerai pada keesokkan paginya manakala pada waktu petang dia perlu berada di studio untuk memulakan kelas pianonya.
Jadi tidak hairanlah jika Yeon Seo merangkap isteri kepada Junhui itu perlu menghantar dan mengambil anak-anak mereka di sekolah.
Yeon Seo dan Han Byeol sudah berada di dalam kereta. Dal Nim masih berada di dalam rumah. Entah apa yang dilakukan oleh anak perempuannya itu.
Tidak dapat bersabar untuk menunggu lagi, Yeon Seo mula menurukan cermin tingkap keretanya dan mula melaungkan suara dari tempat duduk pemandu.
"MOON DAL NIM! KELUAR RUMAH TU CEPAT! KUNCI PINTU! SUDAH SUDAH LA TENUNG CERMIN TU! JANGAN PERCAYA SANGAT CAKAP APPA KAMU! SAMPAI KAMU MASUK KUBUR PUN CERMIN TAKKAN JAWAB SOALAN MEREPEK KAMU TU!"
Dal Nim berdecit. Dia terus menggalas beg sekolah miliknya. Tidak lupa juga kunci rumah.
" oppa. "
" hm. "
"kenapa oppa tak hensem macam Jackson?"
Soalan yang disoal oleh Dal Nim menyebabkan mereka terkedu termasuk eommanya.
" sebab oppa hensem macam appa. " Han Byeol yang malas melayan adiknya itu hanya menjawab ringkas.
Ini kalau Jun dengar anaknya puji dia hensem ni, mau dia bawak anak dia pergi bercuti dekat bulan.
Tiba di perkarangan sekolah, mereka berdua memeluk eomma mereka dengan erat sebelum masuk ke dalam kawasan sekolah.
" dengar pesan eomma, belajar rajin-rajin. Dengar cakap cikgu."
" arasseo eomma. "
" Dal Nim. " terkejut Dal Nim dibuatnya apabila namanya disebut.
" eomma ada letak bekal makanan dalam beg, boleh kongsi dengan kawan-kawan waktu rehat nanti. "
" kalau kongsi dengan Jackson boleh tak eomma? "
Han Byeol menggulingkan matanya. Apa yang diminat sangat dengan rakannya itu.
" tak payah nanti Jackson boleh makan dengan oppa. "
" hm yelah. "
Dua beradik itupun keluar dari perut kereta.
" BYE EOMMA JANGAN BERGADUH DENGAN KIM AHJUMMA SEBELAH RUMAH PULAK! "
Dal Nim berkata dari depan pintu masuk sekolah. Murid yang lalu-lalang hanya memandangnya pelik. Eh budak ni pagi-pagi dah terpekik dia taktau ke pagi-pagi ni orang takde mood ?
🌻 🌻 🌻
" EVERYBADEHH DAL NIM IN THE HOUSEE !"
Boo Hyunki yang merupakan mc tidak berbayar itu terus meluru ke dalam kelas dan memberitahu rakan-rakannya yang lain tentang kehadiran Dal Nim.
" hm tanak tau pun. " Kata Haneul yang sedang mewarna buku Power Rangers.
Dal Nim mula mendecit. Dia terus mengeluarkan bekal makanan yang disediakan eommanya dari beg sekolah.
" KAWAN KAWAN HARINI JELITA ADA BAWAK MAKANAN TAU NANTI KITA MAKAN SAMA SAMA OKAY! "
" WAHHH NI SERONOK NI!! " kata Lee Kyung yang sedang melompat girang.
" Haneul, nak dengar teka teki tak? " soal Hyunki yang baru habis membuat marathon di koridor sekolah.
" ta- "
" dalam banyak banyak haiwan dalam buku binatang, binatang apa yang biadap ? "
Haneul mengeluh. Baru nak jawab taknak dia dah tanya soalan. Dahla bagi teka teki pelik!
" hm taktau. "
" Alah pikirlah dulu. "
" taknak. "
" dasar otak lembab! "
Terbeliak biji mata Haneul apabila mendengar Hyunki berkata sedemikian.
tapi tak apa, disebabkan dia anak kepada Vernon Hansol Chwe jadi dia cool je.
" haa mesti Haneul tertanya tanyakan apa jawapan dia? "
" tak tak pernah nak ambil tahu pun. "
Hyunki mencebik. Haneul langsung tidak mahu melayan dirinya.
" jawapan dia kutu la sebab dia pijak kepala orang HAHAHAHAHA KELAKAR SIOT AKU NI "
" hm okay. "
Hyunki yang merasakan dirinya dikhianati terus bergerak ke arah meja Seunghee dan mengajak kanak kanak perempuan itu bermain tepuk amai-amai. Malangnya terdapat orang ketiga disitu, Lee Kyung.
" ish noob la main tepuk amai-amai ni ! jomla kita buat pertandingan melukis. siapa lukis paling cantik nanti Kyung belanja photocard Michael Jackson. "
" ishh taknakkk! Jomla main tepuk amai-amai! Kyung ni sibuk je Hyunki nak main dengan Seunghee."
Seunghee mula bosan dengan pergaduhan dua rakan sebayanya itu.
" Hyunki, Kyung apa kata kita tunggu je cikgu masuk. Sambil tu boleh selak buku baca. "
Kyung dan Hyunki mengeluh mereka berdua mengalah sebelum berdiri di tepi koridor kelas mengira semut yang lalu di hadapan mereka.
T O B E C O N T I N U E 💎
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
urm , hi ?
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE] SEVENTEEN JUNIOR
Fanfiction"hai nama saya Boo Hyun Ki. Saya paling hensem dan popular dalam sekolah ni. lagi satu jangan lupa follow appa saya @pledis_boos. terima kasih." "hai nama saya Moon Dal Nim. Boleh panggil saya jelita." "kenapa kau bawak pengepit baju ni? " "kau inga...