Kantin dipenuhi dengan para pelajar. Riuh rendah jadinya kantin itu dengan suara para pelajar yang sedang rancak berbual.
"AHJUMMA SAYA NAK NASI AYAM GORENG BUKAN NASI AYAM!"
"AHJUMMA NAK AIR MILO!"
"AHJUMMA ROTI SAYA MANA?! 10 TAHUN DAH TUNGGU"
"AHJUMMA SAYA TAK DAPAT SUDUU! SAYA BUKAN ORANG MELAYU MAKAN PAKAI TANGAN NI HAA!"
Ahjumma yang sedang sibuk melayan karenah para pelajar itu memandang Dal Nim pelik.
"Kamu beli nasi tu dekat ahjumma ke?"
"tak eomma dia masak." jawab Seunghee bagi pihak Dal Nim.
"Dah tu jangan mintak sudu dengan ahjumma. Pergi mintak dekat eomma kamu."
" HUKALOH AHJUMMA NI SUDU PUN BERKIRA DAHLA MASAK TAK SEDAP!"
Chae Yeon yang baru mengambil sebungkus sandwich itu perlahan-lahan cuba untuk keluar dari kerumunan manusia berura untuk meninggalkan ruang membeli makanan itu.
"HEI KAMU TU DAHLA HUTANG AHJUMMA NAK DEKAT 10 000 WON! BILA NAK BAYAR?!"
" sabar lah ahjumma esok saya bayarlah. Appa lupa bagi duit dekat saya. ahjumma dengan budak budak pun berkira kalau dengan cikgu hensem bukan main lagi bagi extra."
"DAH SEMINGGU APPA KAMU LUPA MANA AKU TAK MENGAMUK"
Chae Yeon terus berlalu pergi sebelum dia perlu mendengar mak cik kantinnya membebel kerana tidak membayar makanan.
Bukan dia sengaja tidak mahu bayar, tapi Hoshi selalu lupa memberikan dirinya wang saku kerana Hoshi lebih suka membayar menggunakan kad berbanding wang tunai. takkan nak bagi kad kredit dekat Chae Yeon pulak. Kang dengan bangunan sekolah dia beli.
" Ha Eun kau taknak beli makanan ke?" Soal Jackson hairan. Selalunya Ha Eun orang pertama yang akan membeli dari kantin.
" taknaklah. Harini aku bawa bekal dari rumah."
" bekal? uncle Han yang masak ke aunty Areum?" Soal Seunghyun pula dengan riak wajah yang risau.
Bukannya dia tak tahu yang uncle Jeonghan ni memang fail bab memasak.
"Jangan risau eomma yang masak. Kalau appa masak aku pun taknak makan." kata Ha Eun sebelum mengeluarkan bekal makanannya.
"XU XIYEON! MAKANAN PELIK APA KAU BAWAK NI?!"
Xiyeon terpaksa menutup mulut Hye Rin menggunakan tangannya . semua pelajar yang berada di kantin itu memandang mereka. tak adalah pelik mana dia punya makanan. Cuma dia bawa chinese food. Hye Rin yang noob tak pernah jumpa chinese food .
Yujin dan Aera yang merasakan mereka diperhatikan oleh orang lain terus bertindak apabila ada pelajar yang mula berbisik tentang dua rakannya itu.
"MAKANLAH TENGOK ORANG BUAT APA?!" marah Yujin sambil menjegilkan matanya.
Minjun yang disebelah hanya mampu menyabarkan rakannya yang sedang marah itu.
"Korang nak tak share bekal dengan aku sekali? Aku ada dua bekal." Kata Minjun sambil menunjukkan bekal makanan miliknya.
"Aik dah kenapa sampai dua? Kau bela saka ke?" Soal Ae Ra pelik.
" ish mana ada. tadi appa dengan eomma aku berebut suruh aku bawa bekal yang diorang sediakan jadi sebab aku taknak diorang bergaduh aku bawa la dua dua." Terang Minjun kepada rakan rakannya.
" aaa macam tu. Baiklah kau ni Minjun."
Yujin memuji Minjun sambil tersenyum ke arahnya.
" Aku tahu aku anak yang baik. Pujilah aku semua pujilah aku, aku memang layak dipuji ."
"dah dah tak payah bising . sekarang ni baik kita makan cepat kang tak pasal pasal rehat habis." Tegur Xiyeon yang sudah tidak sabar ingin makan.
"betul tu jom kita makan !!"
Udang masak tempura yang menarik minat Hye Rin itu diambil.
Belum sempat udang itu mendarat di dalam mulutnya, loceng yang menandakan waktu rehat telah tamat berbunyi.
"ALAAA BARU NAK MAKANN !" Kata mereka semua serentak.
Chae Yeon yang sudah selesai makan hanya mampu ketawa melihat rakan rakan sekelasnya tidak sempat menghabiskan makanan mereka.
Chae Yeon tidak rehat bersama-sama dengan rakannya yang lain. Dia pergi makan dengan budak-budak darjah 1. nak pergi beramah mesra dengan budak katanya. Habis milo ais Kyung dikebasnya.
"Kau ni Chae Yeon nanti Kyung bagitau uncle Chan padan muka kau." Ae Ra cuba memberi amaran.
" eleh tak takut uncle Chan tak garang pun aunty Hyunie pun tak garang."
" ayam goreng siapa pulak yang kau rembat tu ?"
" ayam goreng Hyunki. sedap betul ayam ni ."
" ceh kau ni dia bagitau eomma dengan appa dia baru tau. Nanti aunty Neulhyun kejar kau dengan lesung batu dia. Barang antik tu sekali dia pukul kau pakai benda alah tu bodoh sejuta tahun."
"Okay yang tu aku takut ."
" hei yang dekat hujung tu masuklah kelas cepat! Tak pasal-pasal kitorang kena marah sebab korang."
Dihujung sudut kantin itu terlihat kelibat Jackson dan Seunghyun yang sedang berdiri sambil memandang mereka yang masih belum masuk ke kelas.
"AHAHAHAHAHA HYUNKI JATUH LONGKANG AHAHAHAHAHA"
Seunghyun melihat gelagat Hyunki dan Kevin di depan tangga sekolah itu.
Seronok betul melihat rakannya jatuh longkang, bukan ingin ditolong malah Kevin seronok ketawa terbahak-bahak.
Nasib merekalah jadi pengawas sekolah itu. terpaksa melayan karenah pelajar lain yang pelik .
T O B E C O N T I N U E 💎
_ _ _ 🌻_ _ _
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE] SEVENTEEN JUNIOR
Fanfic"hai nama saya Boo Hyun Ki. Saya paling hensem dan popular dalam sekolah ni. lagi satu jangan lupa follow appa saya @pledis_boos. terima kasih." "hai nama saya Moon Dal Nim. Boleh panggil saya jelita." "kenapa kau bawak pengepit baju ni? " "kau inga...