Rumah keluarga Seungkwan sudah riuh rendah sejak pagi lagi . Kelam kabut untuk ke sekolah baharu apabila anak tunggal mereka, Hyun Ki telah masuk darjah 1 dan akan menjadi pelajar sekolah rendah .
" Hyun Ki beg sekolah kamu lempar mana ?" Seungkwan kelam-kabut mencari beg sekolah Hyun Ki. Nak pergi sekolah kejap lagi tapi beg pun taktau dekat mana diletaknya .
"Hyun Ki rasa dalam bilik kut appa. Kejap lagi la Hyun Ki cari. Hyun Ki nak makan koko crunch dulu ni ."
Hyun Ki baru mengangkat sudu ingin menyuapkan koko crunch di dalam mulutnya tetapi eommanya terlebih dahulu menarik sudu tersebut dari tangan Hyun Ki .
" Pergi naik atas tolong appa cari beg sekolah Hyun Ki "
" Alaa tapi appa tengah tolong carikan, apa kata Hyun Ki makan sementara tunggu appa cari?" Hyun Ki mula membuat mimik muka comel kepada Neulhyun.
Maaf tak berkesan anakku .
" Sekarang ni appa yang nak sekolah ke Hyun Ki? "
Pertanyaan dari Neulhyun menyebabkan Hyun Ki mengalah dan terus naik ke atas untuk mencari beg sekolahnya manakala eommanya tolong menghabiskan koko crunch yang ditinggal oleh anaknya itu .
🌻 🌻 🌻
" Yoon Ha Eun ! Stop main game tu , eprgi pakai baju sekolah cepat." Marah Jeonghan melihat anak perempuannya yang sibuk bermain telefon sebaik sahaja selesai mandi .
" alaa , kejap lagi la appa . lambat lagi nak pergi sekolah." Ha Eun cuba memberi alasan .
"APADIA HANG KATA HA EUN?! "
Akhirnya Jeonghan meletus apabila melihat anak perempuannya masih belum berganjak setelah ditegur.
Ha Eun yang nampak riak wajah appanya yang menakutkan itu terus berlari ke bilik dan memakai baju sekolah .
" Apa kena dengan Ha Eun tu ? pagi-pagi dah berlari." Soal Areum apabila anaknya itu melanggar kakinya sebelum masuk ke dalam bilik untuk memakai baju sekolah .
" Anak awak tulah. tak habis-habis dengan telefon dia."
Jeonghan mengeluh sebelum mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar sambil menunggu Ha Eun .
" TADI MARAH ANAK AKU SEKARANG NI ENGKO PULAK YANG MAIN TELEFON! " hambur Areum menyebabkan Jeonghan terus menyimpan kembali telefonnya di dalam kocek seluar .
" pfft- HAHAHAHAHA YOON JEONGHAN"
Areum tiba-tiba ketawa setelah melihat reaksi Jeonghan .
Jeonghan memandang Areum pelik . dah kenapa tiba-tiba gelak ? tadi marah . psycho ke apa ?
" tak adalah saya saja nak tengok reaction awak kena marah . tak tahu pulak awak takut ."
🌻🌻🌻
Guru-guru semua kelihatan sibuk pada hari ini . perlu menguruskan pendaftaran pelajar darjah 1 dan guru kelas pula perlu menguruskan pelajar-pelajar di dalam kelas yang telah diamanahkan .
" semua pelajar darjah 1 diminta untuk berkumpul di dewan bersama ibu bapa masing-masing untuk mengetahui kelas anak anda . "
Sebaik sahaja pengumuman itu dibuat , semua ibu bapa terus bergerak menuju ke dewan. Begitu juga dengan keluarga Seungcheol, Jun, Seungkwan, Hansol dan Chan .
Anak sulung Seungcheol dan Jun telah masuk ke kelas mereka terlebih dahulu kerana mereka sudah berumur 9 tahun.
Alangkah seronoknya mereka apabila mengetahui anak-anak mereka sekelas . Rasa lega kerana mereka sudah kenal dari kecil. tak adalah sunyi ketika belajar nanti.
" eomma Jekchen tak sekelas dengan Dal Nim ke? "
Dal Nim memandang eommanya yang sedang memimpin tangannya ke kelas .
" Jangan nak merepek. Dah kenapa pulak dia nak sekelas dengan Dal Nim? " Soal Yeon So pelik.
" sebab Dal Nim kan cantik. Keluarga Moon semua cantik."
" BETUL TU INI BARU ANAK KESAYANGAN APPA " Jun yang tolong mengalas beg sekolah Dal Nim tiba-tiba bersuara dari belakang.
Seung Hee dibelakang hanya mampu memandang Dal Nim dengan pandangan yang pelik.
" peliklah family diorang tu. Kuat perasan betul." Kata Seung Hee yang sedang didukung oleh Seungcheol .
Alasannya sakit kaki dan suruh Seungcheol mendukungnya hingga ke kelas .
" tak ada yang pelik kalau tu keluarga Jun. " Jihyun memberitahu.
Jihyun yang melihat gelagat anaknya turut berasa geli hati. Bercakap macam orang tua ! tapi diri sendiri suruh appa dukung .
" Hyung." Panggil Chan.
Seungcheol memusingkan kepalanya memandang Chan.
" Dekat mana kelas anak kita? "
Tanya Chan yang sedang mengangkat beg sekolah anaknya .
" Dekat depan sana. eh kejap mana anak korang? "
Seungcheol mula menyoal selepas melihat Seungkwan, Hansol dan Chan hanya membawa beg sekolah anak mereka tetapi anak mereka dah lesap .
" Diorang dah ada dekat kelas dengan eomma diorang." Balas Vernon acuh tak acuh.
" habistu Mihae buat apa dekat sini? tak pergi temankan Haneul ke? " Soal Jihyun apabila melihat Mihae elok sedang berjalan sebelah Hansol .
" Haneul tu bila dah jumpa kawan, eomma sendiri pun dia dah tak kenal. Ditinggalnya eomma dia dekat belakang. Boleh pulak dia pergi berlari dengan eomma orang lain. "
Mereka yang lain hanya mampu menggelengkan kepala mendengar luahan Mihae .
Riuh rendah keadaan kelas 1 Crystallize . Ada yang berlari keliling kelas. Ada yang masih menangis. Mungkin takut dengan suasana baharu .
" Baiklah ibu bapa boleh pulang sekarang. Sesi pembelajaran akan bermula sebentar lagi." Kata seorang guru wanita sambil tersenyum manis ke arah waris anak-anak muridnya .
Pelbagai reaksi yang diperolehnya. Ada anak-anak kecil yang menangis tidak mahu melepaskan ibu bapa mereka. Salah satunya Lee Kyung.
" Appa tsk ja-jangan la tinggal Kyung." Kyung menangis di dalam dakapan Chan.
" Appa nak kena balik dah ni. Kyung duduk la sini. sekolah ni seronok tau . Tltengok tu boleh kawan dengan Hyun Ki, dengan Haneul." Pujuk Chan.
" TAKNAK DIORANG TU PELIK! "
" HEI KUTUK ANAK AKU! " Seungkwan tiba-tiba meluru ke arah dua beranak itu.
Neulhyun hanya mampu bersabar melihat perangai suaminya itu. dah kenapa nak bergaduh dengan budak .
" alaa Kyung janganlah sedih . Sekolah seronok tau. Nanti Kyung boleh jumpa kawan cantik, noona cantik, cikgu cantik." Hyunie pula cuba memujuk anaknya itu.
Mendengar apa yang dikatakan eommanya Kyung terus mengesat air matanya dan tersenyum ke arah eomma dan appanya .
" Betul ke sekolah ni ramai orang cantik? " Kyung mula bertanya kepada appanya .
" Betul! Macam Dal Nim! " Dal Nim yang sudah duduk bersebelahan dengan Seunghee mula bersuara .
" hm macam tak betul ja ayat tu eomma. "
" Kyung kan nak jadi budak pandai . Orang pandai kenalah pergi sekolah . Okay sayang ? " Pujuk Hyunie sekali lagi.
" Kalau macam tu Kyung naklah sekolah sini. Haa appa pergilah balik cepat. "
Kyung mula menolak appa dan eommanya ke pintu kelas dan mula melambaikan tangannya ke arah mereka sebelum terus pergi ke arah meja Dal Nim dan Seunghee .
" tadi beria sangat menangis bagai , ni sekarang kena halau pulak."
TO BE CONTINUE 💎
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE] SEVENTEEN JUNIOR
Fanfic"hai nama saya Boo Hyun Ki. Saya paling hensem dan popular dalam sekolah ni. lagi satu jangan lupa follow appa saya @pledis_boos. terima kasih." "hai nama saya Moon Dal Nim. Boleh panggil saya jelita." "kenapa kau bawak pengepit baju ni? " "kau inga...