T E N 🌻

153 25 62
                                    

Satu rumah dicari namun masih belum jumpa.

Xiyeon sudah penat mencari buku latihan matematiknya sehari suntuk.

Hampir sahaja dia menangis tetapi dia telah dipujuk oleh appanya.

"meh sini sayang, ala buku tu ada je dalam rumah ni takpun Xiyeon dah hantar bagi kat cikgu?"

Minghao cuba menenangkan anak perempuannya itu yang berada di dalam pelukannya.

" tapi Xiyeon tak hantar pun buku dekat cikgu lagi. Cikgu tak mintak pun buku tu." terang Xiyeon yang masih melingkarkan tangan di leher Minghao.

"sayang kenapa muka masam ni?" tegur Ji Ae yang baru selesai mencuci pinggan mangkuk.

" eomma~" panggil Xiyeon meleret sambil berlari ke arah dakapan eommanya.

" buku dia hilang. itu yang sedih sangat tu." minghao memberitahu isterinya.

" lahh tak payah risau la sayang. Esok pergi je sekolah macam biasa . Kalau cikgu tanya mana buku cakap je tinggal dekat rumah eomma saya nak baca . pastu cakap eomma kata KENAPA NAK GADUH KE MEH AH!"

"Nanti kalau cikgu tak percaya cakap Xiyeon macam mana?" soal anak kecil itu sambil memandang wajah eommanya.

" Suruh je cikgu tu call eomma nanti eomma settle dengan cikgu. Sayang eomma jangan risau okay?"

Xiyeon kembali tersenyum riang dan memeluk kembali tubuh eommanya.

"Benda kecil pun tak boleh settle. hmph lemah ! " kata Ji Ae kepada Minghao sebelum masuk ke bilik.

"Sekarang ni dia yang ajar anak ajaran sesat. Aku pulak yang salah. Haih nasib sayang." Minghao hanya mampu pasrah.

🌟🌟🌟

Seungkwan bermandi peluh pada waktu senja sebegini. Penat memikirkan cara untuk menyiapkan homework Hyunki.

"Appa?" panggil Hyunki sambil memegang pipi Seungkwan agar memandang wajahnya.

"ye sayang kenapa?"

" Appa tak reti buat ke? Appa cakap appa terer english." Soal Hyunki ragu-ragu dengan kebolehan appanya.

perit . Itu yang dirasai oleh Seungkwan sekarang . jatuh maruah dia macam ni .

"ISH SIAPA KATA ? INI BOO SEUNGKWAN SEGALA JENIS BAHASA APPA RETI!" Seungkwan cuba riak sedangkan english tak pernah lulus.

"habistu macam mana nak eja buah epal dalam english?" Soal Hyunki lagi. Kalini dia bangun dan duduk di atas riba appanya pula .

"Senang ja anak appa oi A-P-E-L haa macam tu." kata Seungkwan dengan bangganya walaupun dia tahu jawapan yang diberikan itu salah .

"wahh pandai la appa Hyunki ni ! esok mesti cikgu puji Hyunki !"

"OPCHOS LA! dah sekarang Hyunki pergi la main tiktok ke apa biar appa yang siapkan homework Hyunki ."

"WAHHH SAYANG APPA !" Hyunki memeluk Seungkwan erat dan berlari menaiki anak tangga menuju ke biliknya .

Neulhyun yang mendengar segala perbualan antara suaminya dan anaknya itu hanya mampu menggelengkan kepala.

" Kesian Hyunki dapat appa penipu!"

"hey mana ada saya tipu! Hyunki tu yang percaya! bukan salah saya."

"Lain kali mengaku jelah tak reti ni tak. Dulu dekat uni banyak main sangat kan sekarang dah malu dengan soalan budak darjah satu pun tak boleh jawab." balas Neulhyun pula.

" mana ada saya kira cukup baik la ni nak call Vernon suruh jawab soalan ni ." balas Seungkwan dengan muncung dimulutnya.

COMEL!

"patut saya kahwin dengan Vernon du-"

" APA DIA AWAK CAKAP?!"

"hehehe tak ada apa"

Neulhyun terus beredar ke ruang tamu sambil menyumbat popcorn di dalam mulut. Acah tengok movie gitu.






T O   B E   C O N T I N U E 💎



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 12, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[SLOW UPDATE] SEVENTEEN JUNIORWhere stories live. Discover now