Kelas-kelas bagi murid-murid darjah dua sangat bising. Mereka gembira melihat rakan-rakan yang pernah sekelas dengan mereka dahulu menjadi rakan sekelas lagi pada tahun ini.
Chae Yeon yang berasa sungguh gembira apabila dapat sekelas dengan Xiyeon terus berpelukan dengan rakannya itu.
" baiklah semua murid-murid yang disayangi, minta bertenang kalau taknak cikgu tendang. "
Semua murid-murid di dalam kelas itu terus diam dan kembali ke tempat duduk masing-masing kerana tidak mahu ditendang oleh guru kelas mereka yang baharu itu.
" baiklah sekarang ni kita nak buat sesi perkenalan dulu ye. "
Guru lelaki itu berpaling tubuh dan mula menulis sesuatu di papan putih kelas.
" Kami dah ken-"
" BIARLAH SAYA TAK KENAL LAGI KORANG HALAMAK! "
Guru lelaki itu tiba-tiba menaikkan suaranya apabila Minjun menyatakan bahawa mereka telah kenal antara satu sama lain.
" Okay semua nampak tak apa yang cikgu tulis dekat white board ni? " Soal guru itu sambil menunjukkan papan putih .
" TAK" serentak semua pelajar di dalam kelas itu menjawab.
" Tulisan pun kecil, pikir orang belakang boleh nampak la tu." Kata Aera sambil memandang gurunya itu.
"Awak! " Panggil guru lelaki tadi.
"Apa nama? "
"Saya Yujin. Lee Yujin. Kenapa? " Soal Yujin kembali. Garang betul anak muridnya yang sorang ni, tak padan dengan kecil.
" Tolong saya tulis dekat depan. Tulis macam apa yang ada dalam kertas yang saya letak atas meja." Arah guru itu sambil menghulurkan marker.
" Baiklah nama saya Ahn Dae Hyun. Boleh panggil saya cikgu Ahn atau lebih mesra cikgu kacak." Kata guru lelaki itu sambil mengenyitkan matanya.
Namun, sesi perkenalan yang dimulakan oleh Cikgu Ahn tidak mendapat sambutan oleh murid-muridnya.
" Hei support lah cikgu! "
Tidak mahu kelas menjadi lebih janggal maka cikgu Ahn menyuruh pelajar yang duduk di bahagian paling hadapan kelas untuk memperkenalkan diri.
" HAI KAWAN KAWAN! Nama saya Kwon Chae Yeon! Boleh panggil Chae takpun Yeon takpun Chae Yeon takpun Kwon Chae Yeon takpun-"
" Baiklah Chae Yeon boleh duduk."
Cepat-cepat cikgu Ahn menyuruh anak muridnya itu duduk. Kalau tidak sampai esok tak habis dengan nama panggilan .
Xiyeon yang duduk di sebelah Chae Yeon terus berdiri di sebelah cikgu Ahn secara tiba-tiba.
" Kamu boleh perkenalkan diri dari tempat duduk kamu je . Tak payah datang depan pun."
" Saya nak datang depan. Nanti diorang tak nampak saya. Saya perlukan attention kejap ."
" Hai! Nama saya Xu Xiyeon boleh panggil Xiyeon! Saya tak suka barbie doll sebab tak jauh beza pun nama dengan binatang perasan cantik tu. Lagi satu saya pandai break dance. "
Bergema satu kelas dengan tepukan. Mereka semua ingin melihat Xiyeon membuat break dance tetapi cuba dihalang oleh gurunya dan Chae Yeon sendiri.
" MUSIC ON!" kata Xiyeon.
Tiba-tiba Minghao dari luar kelas yang belum pulang setelah diarahkan pulang sebentar tadi membuka lagu untuk anaknya .
Xiyeon memulakan tarian break dancenya itu. Chae Yeon sedaya upaya menarik tangan rakannnya itu supaya berhenti.
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE] SEVENTEEN JUNIOR
Fanfiction"hai nama saya Boo Hyun Ki. Saya paling hensem dan popular dalam sekolah ni. lagi satu jangan lupa follow appa saya @pledis_boos. terima kasih." "hai nama saya Moon Dal Nim. Boleh panggil saya jelita." "kenapa kau bawak pengepit baju ni? " "kau inga...