"urm, Jackson...."
Soojin memandang wajah anaknya dengan muka serba salah.
"Mama bagi Jackson terkejut ke? Sorry sayang mama seronok tengah fangirling ni. Nampak tak tu Jackson? Lelaki yang pakai crop top tu ? YA AMPUNN KIM JONG IN KAU TELAN APA HENSEM SAMPAI MACAM TU?!"
Jackson hanya mampu facepalm dengan perangai mamanya dan kembali ke bilik untuk menukar pakaian yang terkena tumpahan susu tadi.
Joshua yang baru ingin keluar membeli barang dapur memandang anak lelakinya yang menuju ke bilik tanpa memandang wajah kacaknya.
"Dah kenapa anak aku muka macam kena tinggal dengan makwe?" Soal Joshua sendirian.
Baru sahaja Joshua ingin membuka pintu untuk memakai kasut, dia ditegur oleh Soojin.
"HAA NAK PI MANA TU?!"
Terkejut Joshua dibuatnya, terbaling kasut kena muka jiran sebelah. Nasib tak kena maki tadi.
Joshua segera mengambil kasutnya semula dan memandang wajah Soojin yang sedang memandangnya dengan pandangan yang tajam.
"I nak pergi beli barang dapur la sayang. Dalam fridge kita dah kosong dah tu. Takkan nak puasa pulak esok."
"aaaa cakaplah, haa pergilah pergi."
Soojin kembali menonton music show di kaca tv rumah mereka.
"eh taknak salam i ke? nanti jadi bini derhaka masuk ne-"
Joshua terus diam apabila Soojin terus menyalam dan mencium dahinya. Tersenyum Joshua sambil melihat Soojin yang sudah kembali semula ke ruang tamu.
"I pergi dulu." Kata Joshua dengan bibir yang mengukir senyuman.
"PERGILAHHHH"
🌻 🌻 🌻
"Aera, kamu masuklah dalam rumah dulu. Lambat lagi Yujin nak sampai tu."
Tegur Sohye sambil memandang anak kecil itu.
"Taknak tadi Yujin call Aera cakap dia dah pakai kasut nak naik kereta datang rumah kita."
"Lah iyeke? Kalau macam tu eomma teman Aera kat luar ni. Kita sama sama tenung jalan raya sampai Yujin datang."
Wonwoo yang memerhatikan tingkah laku dua beranak itu mula menggelengkan kepalanya.
"Dah kenapa jadi tunggul tepi jalan ni? Masuklah dulu. Rumah Yujin tu bukannya dekat. Dalam sejam jugak baru sampai sini."
"Alah biarlah saya nak tunggu Yujin dengan Aera dekat sini. Awak taknak join duduk diam diam. Cakap banyak pulak." Bidas Sohye lalu menjeling Wonwoo.
Wonwoo yang sudah penat melayan karenah Aera dan Sohye terus kembali meluru ke arah pintu utama rumah mereka.
Tanpa mereka sedari, sudah hampir 3 jam mereka menunggu Yujin dan keluarganya untuk datang.
"Ishh mana Yujin ni? Kenapa tak sampai lagi?"
"Entahnya mana kawan kamu ni? Penat eomma tunggu sini."
Aera dan Sohye terus masuk ke dalam rumah dengan wajah yang masam. Wonwoo pula sedang elok dibuai mimpi di atas sofa dengan televisyen yang ditinggalkan terbuka.
"Sudahlah, Aera nak mera-"
"TING TONG"
Bergema satu rumah dengan bunyi loceng rumah keluarga Jeon itu.
Seperti yang dijangkakan, wajah kanak kanak kecil yang bernama Lee Yujin itu pun terpampang sebaik sahaja membuka pintu.
"Ish Yujin kenapa lambat? Penat tau Aera tunggu hmph!"
"Alaa janganla marah, tadi papa kita tu laa tidur taknak bangun. Dah macam arwah. Penat tau nak kejutkan dia. Kita ingatkan dah jadi anak yatim tadi."
Woozi cepat-cepat meluru ke arah keretanya apabila dikutuk oleh anaknya sendiri di hadapan kanak-kanak lain. Jatuh maruah abe Woozi.
"Erm tak apalah macam tu. Sekarang ni kita nak main apa?" Soal Aera sambil meletakkan tangan di dagu menandakan dia sedang berfikir.
"Haa apa kata kita edit muka orang dalam group Seventeen Junior jadi buruk. Kita ambil gambar diorang dekat dp WhatsApp. Nak tak?" Cadang Yujin. Dia sebenarnya memang minat dalam mengedit gambar ni.
"Wahh nak nak! Tapi gambar dp Hyerin memang dah buruk sebab dia letak gambar uncle Dokyeom buat meme."
Kedua-dua anak kecil itu mula berfikir. Satu idea terlintas di kepala Yujin.
"Ermm kalau macam tu kita mintak dekat appa Aera mana tau dia ada gambar muka uncle Dokyeom yang normal?"
"Okay jom kita pergi tanya."
"Apppa!" Panggil Aera sambil memandang wajah Wonwoo yang sedang bertungkus lumus bermain game itu.
"Hah nak apa? Cakap cepat appa busy ni."
"Kitorang nak gambar hensem uncle Dokyeom boleh tak?"
"Nak buat apa pulak dengan gambar bapak budak tu?" Soal Wonwoo pelik.
"Kitorang nak edit gambar uncle Dokyeom jadi buruk! Uncle ada tak gambar uncle Dokyeom yang hensem."
Dengar sahaja rancangan dua anak kecil itu, Wonwoo terus bangun dan mengambil telefon pintarnya.
"Kejap uncle cari ehh. Kejap lagi uncle send dekat korang. Jangan lupa edit bagi buruk tau. Lepastu pergi send dekat uncle Dokyeom mesti dia bangga dengan hasil kerja korang berdua."
"OKAY!"
"Haa Aera dah siap edit tu jangan lupa send dekat appa sekali nanti boleh appa share kekreatifan korang berdua ni dekat uncle-uncle korang yang lain."
"Orite appa nanti dah siap Aera send." Kata anak kecil itu sebelum berlari bersama Yujin ke biliknya.
T O B E C O N T I N U E 💎
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE] SEVENTEEN JUNIOR
Fanfiction"hai nama saya Boo Hyun Ki. Saya paling hensem dan popular dalam sekolah ni. lagi satu jangan lupa follow appa saya @pledis_boos. terima kasih." "hai nama saya Moon Dal Nim. Boleh panggil saya jelita." "kenapa kau bawak pengepit baju ni? " "kau inga...