BAB 25

13.5K 673 24
                                    

Di meja makan, Karl hanya senyap sahaja. Dia tak ada selera nak makan tapi dipaksakan diri juga. Puan Jasrina memandang anaknya.

"Kenapa Karl makan sikit je ni???" Soal Puan Jasrina

"Tak ada selera"

"Nanti kamu sakit pulak, makan lah banyak sikit"

"Tak apa lah mommy, kalau Karl lapar Karl makan"

"Iyalah"

Aira dari tadi lagi memandang ke arah Karl. Karl tahu yg Aira memandangnya, dia makan cepat-cepat. Taknak dia berlama-lama nanti mommy dia tanya pasal tu pulak.

Karl bangun lalu dia pergi ke singki untuk membasuh tangannya, siap sahaja basuh tangan dia pergi ruang tamu ambik kunci keretanya. Dia nak keluar jumpa dgn Emir dan Jayden. Diorang sudah berjanji mahu lepak malam ni.

"Kamu nak pergi mana??? Kan baru siap makan je kan" soal Encik Mokhtar

"Karl nak jumpa kawan jap"

Karl masuk dlm kereta. Encik Mokhtar menggeleng kepala, perangai Karl tidak berubah sama je macam dulu suka sangat keluar malam. Encik Mokhtar sudah banyak kali memberi nasihat tapi Karl bukannya dengar pun.

Encik Mokhtar memanggil puan Jasrina dgn Aira, dia hanya mahu tahu keputusan dari Aira. Puan Jasrina duduk disebelah encik Mokhtar.

"Kenapa panggil???"

"Aira mana???" Soal encik Mokhtar

"Kejap lagi datang lah tu"

Aira pergi dkt encik Mokhtar dgn Puan Jasrina, Aira berasa gementar. Dia takut mesti encik Mokhtar ingin tahu keputusannya. Masalahnya dia buntu sekarang nih.

"Duduk lah Aira, uncle nak cakap dgn kamu ni" Aira duduk di sofa, dia memandang encik Mokhtar

"Uncle nak tahu keputusan kamu je, lagipun SPM dah habis kan. So macam mana????"

"Ermm.. sebenarnya Aira pun tak tahu, kalau Aira setuju siapa nak walikan?? Takkan nak cari pakcik Aira.. Aira pun tak tahu dia dkt mana sekarang ni"

Encik Mokhtar terdiam seketika, betul jugak cakap Aira tapi boleh saja nak kahwinkan diorang nih.

"Macam ni lah, kita buat kecil-kecil je dulu.. buat yg penting ii je"

"Uncle tanya lah Karl.. Aira tak tahu dia terima ke tak"

"Nanti uncle tanya dia.. kiranya kamu setuju lah ni???"

Aira diam, kalau itulah takdirnya dia terima sahaja tapi tidakkah ini terlalu awal?? Dia muda lagi baru berumur 17 tahun.

"Ye Aira setuju tapi boleh tak Aira nak kerja dulu lepas umur Aira mencecah 18 baru Aira kahwin dgn Karl"

"Okay.. uncle tak kisah asalkan korang setuju" encik Mokhtar senyum

Puan Jasrina jugak tersenyum gembira tapi dia perlu memujuk anak lelakinya itu supaya setuju, Karl tu kekadang keras kepala juga.

"Aira naik dulu ye, uncle aunty"

"Iyalah"

Aira berlalu pergi ke bilik, dia mahu mesej Qaireena dgn Darisha adakah betul keputusannya ini. Aira mengambil telefonnya.

Me
Korang betulkah keputusan aku ni??
✓✓

Darisha
Keputusan apakahhh itu???
✓✓

Me
Aku setuju dgn keputusan tu
✓✓

Qaireena
Betul ke kau terima???
✓✓

MR. BAD BOY ✓ Where stories live. Discover now