BAB 40

13.3K 548 8
                                    

Bella menunggu seseorang di cafe. Dia mengacau airnya. Dekat sejam dia menunggu tetapi orang itu tak datang ii lagi. Dia tidak suka orang yang tidak menepati janji buang masa dia sahaja.

"Sorry i'm late"

Bella memandang orang yang duduk dihadapannya.

"Ingatkan tak datang dah.. dkt sejam aku tunggu tapi batang hidung kau pun tak nampak" Bella berpeluk tubuh

"Aku dah ada depan kau ni kan.. so benda apa yang kau nak cakap tuh??? Atau pasal lelaki yang kau tergila-gilakan tuh??? Kau nak tahu tak lelaki yang kau tergila-gilakan tuh musuh aku" lelaki itu tersenyum sinis

"Musuh???" Soal Bella

"Yeah.. musuh aku yang paling aku benci!!"

"Kau tahu kan dia dah kahwin???" Soal Bella

Lelaki itu mengangguk kepala

Bella tersenyum lebar, dia memberitahu semua rancangan jahatnya pada lelaki itu.

Lelaki itu dengar sahaja rancangan Bella itu tapi lagi bagus kalau dia bunuh dua-dua. Dia tersenyum sinis.

"Rancangan kau bagus tapi aku tak janji dgn hal yang satu tu ye btw you can call me Mike.. kalau ada apa-apa kau boleh datang dkt 'tempat' aku" lelaki yang bernama Mike itu terus berlalu pergi meninggalkan Bella sorang-sorang di cafe.

Bella mengambil handbag nya dia terus keluar dari cafe. Dia dah letak duit atas meja ye kan ingat dia tak bayar pulak hahaha. Nampaknya rancangan dia akan berjaya nanti. Karl akan jadi milik dia.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Harini Karl terpaksa pergi ke pejabat kerana ada kerja yang perlu dia selesaikan. Walaupun hari ini hari minggu tapi dia terpaksa pergi juga.

Nasib baik Qaireena dgn Darisha ada untuk menemani Aira di rumah. Qaireena dgn Darisha mengambil keputusan untuk stop belajar untuk sementara waktu atas permintaan family diorang. Tak pelik lah kalau diorang ada dgn Aira ye.

"Wehhh Aira.. tak ada makanan ringan ke??? Aku lapar lah" soal Darisha

"Ada.. kau ambik lah dkt dapur tuh" kata Aira

"Okay"

Darisha pergi ke dapur untuk mengambil makanan ringan. Padahal tadi dia dah melantak pizza 2 kotak. Tak payah pelik sebab dia memang makan banyak. Masalahnya dia makan banyak pun badan dia tak gemuk ii.

"Gila dohhh.. tadi dah makan pizza 2 kotak" Qaireena menggeleng kepala melihat Darisha keluar dari dapur

"Alah kau.. itu 40 minit yang lalu dan sekarang aku lapar balik" Darisha membuka plastik makanan ringan

Qaireena mengambil makanan ringan dari Darisha. Dia pun nak makan jugak.

"Dua-dua sama je.. makan banyak" kata Aira sambil matanya tak lepas memandang movie yang dipasangnya.

"Baru syokkk makan sambil layan movie" kata Darisha dgn mulut penuh dgn makanan

"Kalau iya pun telan lah dulu makanan tuh" Aira menghulur tisu pada Darisha

Darisha mengambil tisu itu sambil tersengih-sengih. Dia mengelap mulutnya.

"Budak makan pun tak macam kau.." kata Qaireena

"Kau pernah makan kaki tak??? Kalau tak pernah aku nak bagi nih.." Darisha menjeling Qaireena

"Dah ii jangan gaduh.." Aira menghentikan pergaduhan antara Qaireena dgn Darisha yang ala-ala gaduh kucing dgn anjing hahahaha.

Hanya kedengaran suara tv dgn kunyahan diorang sahaja. Darisha dgn selamba je mengambil makanan ringan Qaireena punya.

Qaireena tidak ingin bergaduh lagi jadi dia membiarkan sahaja. Kalau bergaduh pun bukan dia yang menang. Jadi dia mengalah sahaja dgn Darisha

"Kan bagus tak gaduh-gaduh.. aku tengok pun pening tau" kata Aira
























I'm back setelah sekian lama tidak update hahahah

Sorry ye kalau pendek 😅

Ni kalau ada typo ke boleh komen ye mungkin gue tak perasan.

Jangan lupa vote dgn komen ✌️

MR. BAD BOY ✓ Where stories live. Discover now