BAB 26

12.4K 699 90
                                    

Encik Mokhtar memandang Karl lama, dia menunggu keputusan dari Karl. Kalau Karl tak setuju, dia pun tak boleh buat apa dah itu keputusan Karl dia terima sahaja.

"Karl...." Karl tergagap-gagap ingin memberitahu

"Apa???" Soal Encik Mokhtar

"Karl terima"

Encik Mokhtar tersenyum, sudah lama dia menunggu keputusan ini. Akhirnya Karl dgn Aira menerima keputusan itu.

Aira terdengar perbualan mereka, yang Aira tak sangka si Karl tu terima dia ingat Karl tak akan terima tapi lain pulak keputusannya.

"Tapi Karl tak janji Karl jaga dia betul-betul"

"Sebab???" Soal Encik Mokhtar

"Daddy patut tahu yg Karl........" Karl berasa serba salah nak bagitahu.

"Tapi dgn satu syarat mommy tak boleh tahu hal ni and belum masanya lagi Karl nak bagitahu mommy pasal ni"

"Okay.. apa yg daddy tak tahu???"

"Sebenarnya Karl......... Tak apa lah"

"Bagitahu Karl" suara encik Mokhtar tegas sedikit

Karl senyap, dia tak tahu nak bagitahu ke tak. Menyesal dia cakap tadi, mulut tak boleh jaga langsung.

"Masih taknak bagitahu???"

"Sebenarnya Karl gangster.. Karl dah lama buat kerja ni tapi Karl tidak buat kerja kotor"

"Daddy dah tahu"

Karl terkejut, dia pandang encik Mokhtar. Bagaimana daddy dia boleh tahu??? Rahsia ni hanya dia dgn Emir dan jayden je tahu, eh Aira pun tahu.

"Macam mana daddy tahu???"

"Setiap kali kamu keluar daddy selalu perhati dan daddy ada upah orang untuk perhatikan kamu"

"Patutlah Karl rasa macam ada orang ikut je"

"Walaupun kamu hanya anak tiri, daddy selalu ambik berat pasal kamu.. sebab daddy suruh kamu kahwin dgn Aira tu daddy nak kamu jaga dia, kamu sendiri tahu latar belakang dia"

Karl terdiam

"Daddy buat ni bersebab, kamu yg pilih untuk menjadi gangster dan kamu sendiri tahu apa akibatnya.. daddy juga tahu yg kamu ada ramai musuh itupun salah satu sebab daddy suruh kamu kahwin dgn Aira, jagalah dia betul-betul"

Encik Mokhtar menepuk bahu Karl perlahan, Karl diam.. dia dengar sahaja apa yg daddy dia cakap. Kali ni masuk telinga kanan masuk telinga kiri.

Karl memandang ke arah tangga, dia ternampak kaku seseorang kat situ. Dia berdehem.

"Tak payah nak curi-curi dengar"

Encik Mokhtar pandang. Aira menepuk dahinya, kenapa lah dia tak lari awal-awal tadi kan dah kantoi. Habislah aku nanti.

"Kamu dah dengar Aira???" Soal encik Mokhtar

"Dah"

"Seperti yg kamu janji kan, umur 18 baru kahwin dan kamu nak kerja dulu.. uncle hormat keputusan itu, macam mana dgn kamu Karl???"

"Kalau Karl nak mempercepatkan..."

"Uncle bukankah kita dah janji ke???"

"Uncle memang setuju tapi Karl tidak setuju"

"No.. Aira taknak"

"Aku bagi kau 2 pilihan" Karl senyum sinis

"Apa???" Soal Aira

"Pertama ikut cadangan aku.. kedua aku bawak lari kau pergi Thailand"

Aira ternganga dengar cadangan yg karl bagi, gila ke mamat ni. Aku taknak kahwin awal-awal, aku nak kerja dulu tapi cadangan yg kedua tuh, memang gila.

Encik Mokhtar pun tidak percaya dgn cadangan anak tirinya itu, dua-dua tak masuk akal. Nak bawak lari anak orang, encik Mokhtar menggeleng kepala.

"Apa ni???"

"Pilih cepat.. pertama or kedua???"

Aira rasa dia macam mahu sepak si Karl ni tapi bila dia tengok si Karl ni, dia mampu menyumpah dlm hati je. Karl buat dia makin buntu, kalau ikutkan hati dia taknak pilih dua-dua.

"Aku bagi kau masa 2 minit"

"Hah??? Bagilah masa sehari ke"

"Kalau aku bagi kau masa 1 hari.. nanti jadi seminggu"

"Seminit lagi"

Aira menjeling Karl.

"Kalau taknak pilih dua-dua"

"Bulan 11 kahwin"

"Apa ni!!!??? No.. Aira taknak cepat-cepat"

"Sebab tu aku suruh kau pilih.. pertama or kedua"

"Ermmm... Pertama"

"Good.. sekarang bulan 10 masih ada sebulan lagi kan"

"Hmm.."

"Kalau itu keputusan Karl uncle memang dah tak boleh halang dah Aira"

"Tak apa lah uncle"

"Terima dgn ikhlas ye.. jangan kerana terpaksa" encik Mokhtar senyum

Aira memijak kaki Karl, Karl jerit kesakitan. Aira mengejek, padan muka kau. Suka sangat buat keputusan melulu. Aira berlari masuk ke dalam biliknya.

"Tak guna kau budak!!!! Siap kau nanti"

Karl menggosok kakinya, kakinya sudah kemerahan. "Geram aku dgn budak tuh, kaki kecik je tapi berbisa."































Done

Sebenarnya nak update tadi tapi Wattpad buat hal, habis hilang story aku. Ni nasib baik ada balik, aku sudah gelabah dah. Kalau hilang takkan nak buat balik 😌😌

Dugaan betul

Thanks lah yg sudi membaca story ni

Nanti aku update lagi

MR. BAD BOY ✓ Where stories live. Discover now