BAB 30

13.8K 662 89
                                    

Aira tersedar daripada tidur. Dia pandang Karl tidur atas katil. "Kejam betul mamat tuh.. ada ke patut dia suruh aku tidur dkt sofa. Kalau mamat tu suruh aku tidur atas katil and dia tidur dkt sofa kan bagus."

Aira kejutkan Karl

"Ermm.. Karl???" 

Aira memandang Karl yg tidak bergerak langsung walaupun dia sudah mengejutkan Karl banyak kali.

Aira sudah menggaru kepala, dia tidak tahu macam mana nak kejutkan Karl takkan nak jerit dkt tepi telinga karl pulak tak pasal-pasal kena tumbuk dgn Karl.

"Karl bangunlah.. dah subuh nih" Aira mengejutkan Karl lagi

Karl yg terasa ada orang memanggilnya terus membuka mata, Karl memandang Aira yg berdiri di tepinya.

"Kau nak apa?? Kejut aku pagi-pagi buta"

"Solat subuh" kata Aira sambil memandang lantai.. tak sanggup dia pandang muka karl yg kelihatan bengang tu.

Karl terdiam

"Tak apa lah.. sorry kacau awak tidur"

Aira yg baru ingin masuk ke dlm bilik air terus memandang karl memanggilnya.

"Tunggu aku"

Karl turun dari katil.. dia masuk ke dlm bilik air untuk mengambil wudhuk.

Karl keluar sahaja dari bilik air, Aira terus masuk. Karl mengambil songkoknya dan sejadah dlm almari. Dia duduk di katil dulu menunggu Aira.

Aira keluar dari bilik air. "Ermm.. awak tepi sikit saya nak ambik kain telekung."

Karl undur kebelakang sikit memberi ruang untuk Aira lalu mengambil kain telekung.

"Cepat sikit.. dah nak jam 7 dah ni" kata Karl lembut

"Kejap"

Aira memakai telekung. Karl memandang Aira pakai telekung, cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya.

"Cepatlah.. saya dah siap"

Karl bangun dia membetulkan sejadahnya. Diorang berdua pun menunai solat subuh untuk kali pertama bersama-sama.


Sudah sahaja solat tadi, Karl sambung tidur balik. Aira sudah melarang Karl tidur tapi Karl tetap berdegil juga.

Aira keluar sahaja dari bilik dia memandang Bella di depannya.

"Kenapa?? Cari karl ke???" Soal Aira

"Ha'ah.. aku cari future husband aku" kata Bella sambil tersenyum sinis

Aira diam.

"Dia tidur lagi" Aira malas mahu layan dia terus pergi

"Sombong betul kau ye perempuan.. mentang-mentang Karl kahwin dgn kau. Tak apa ii aku sanggup jadi yg kedua pun tak apa"

Bella tersenyum jahat, dia ada rancangan untuk menghancurkan hubungan Aira dgn karl tapi yg susahnya Karl tidak pernah layan dia seperti sepupunya yg lain.

"Selamat pagi kakak ipar" Kylie sengih

"Selamat pagi" Aira senyum dkt Kylie

"Abang Karl mana???"

"Dia tidur lagi.. lepas subuh tadi dia sambung tidur balik"

Kylie mengangguk kepala tanda faham. Dia kenal sangat dgn Karl tuh walaupun diorang berjauhan tapi dia masih kenal perangai Karl.

"Akak duduk lah kita makan sekali"

Aira duduk disebelah Kylie

"Akak mana parents akak???" Soal Kylie

"Kylie kan mommy dah cakap jangan tanya bukan-bukan" kata puan Jasrina

"Opss.. sorry Kylie lupa"

"Tak apa" Aira senyum sahaja, dia tidak kisah pun

"Good morning everyone" kata Farhan setibanya dia di dapur

"Karl mana Karl??? Pengantin baru mana?? Yg aye nampak bini dia je nih" kata Farhan lagi.. dia saja mahu mengusik

"Abang Karl tidur sambil berdengkur hahahahhahaahha" Kylie ketawa

"Pfft-"

Semua ketawa kecuali Bella

"Mengumpat pasal aku lah tu" semua memandang ke arah suara itu.

"Apa pandang-pandang??? Dah tak kenal aku ke apa???" Soal Karl bengang

"Alolololo pengantin baru marahlah" Farhan mengusik Karl

Karl menahan sabar. Kalau diikutkan hatinya dah lama dia sepak si Farhan nih.. nasib baik sepupu.

"Weh budak.. kau duduk sebelah sana" Karl menyuruh Kylie duduk di tepi Puan Jasrina

"Alah.. Kylie nak duduk dgn akak Aira lah.. abang Karl duduk lah tepi abang Farhan tuh"

"Aku taknak duduk dgn Farhan sewel tuh.. aku nak duduk tepi bini aku"

Kylie mengalah.. dia bangun lalu duduk di tepi Puan Jasrina. Puan Jasrina menggeleng kepala melihat Karl dia Kylie. Setiap kali jumpa pasti nak gaduh, dia sendiri pun tak faham dgn Karl nih, kejap baik kejap tak.

Karl terus duduk disebelah Aira. Dia perasan yg Bella memandangnya tapi dia membuat tidak nampak, serabut dia bila perempuan tu ada dkt rumah dia. Karl memeluk bahu Aira.

Aira yg membulatkan mata bila Karl memeluk bahunya. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba peluk orang. Aira hanya mendiamkan diri sahaja.

Bella berasa panas bila melihat Karl memeluk Aira. Dia ingin memijak kaki Aira tapi dia terpijak kaki Karl.

"Apa masalah kau perempuan!!!" Tengking Karl

Semua yg berada di dapur terkejut melihat Karl menengking Bella. Farhan yg tengah minum air pun boleh tersembur.

"Kenapa ni Karl??" Soal Puan Jasrina

"Perempuan ni lah.. suka-suka hati dia je pijak kaki orang"

"Tapi tak elok lah tengking macam tuh"

Karl bertambah bengang bila puan Jasrina back up si Bella. Dasar perempuan talam dua muka. Nak je aku bunuh kau perempuan.

"Dahlah.. tak ada selera aku nak makan.. baik aku makan dkt luar"

Karl menarik tangan Aira untuk mengikutinya, kalau dia ajak confirm Aira taknak katanya kesian mommy masak banyak-banyak. Dia pun tarik je lah Aira tak payah tanya pun tak apa.

"A-awak k-kita n-nak p-pergi mana??" Soal Aira tergagap-gagap

"Sejak bila kau gagap nih???"

"Ermm.. m-mana a-ada"

"Aku nak kau teman aku makan dkt luar.. tak ada selera aku nak makan dkt rumah nih"

Aira diam sahaja, dia taknak kawan cakap Karl. Kalau lawan pun bukan dia yg menang dan semestinya si karl ni. Mulut Karl kan pedas yg dengar pun boleh rasa panas.


























Done bab 30

Thanks for reading. Nanti ada masa saya update lagi ye 😆

Jangan lupa vote ye 😊

MR. BAD BOY ✓ Where stories live. Discover now