SPECIAL CHAPTER ✨

10K 439 24
                                    

Harini hari pertama Firaz bekerja di syarikat Karl. Fariz??? Katanya mahu enjoy dulu sebelum bermula bekerja jadi hanya Firaz sahaja yang baru kerja dengan Karl.

Karl mahu Firaz bermula dari bawah terlebih dahulu sebelum mengambil alih syarikat ini sepenuhnya.

"Okay semua.. harini saya panggil sebab saya nak bagitahu yang mulai hari ini anak saya akan bekerja di sini.. Firaz introduce yourself" Kata karl

Firaz berdehem sedikit

"Nama aku Firaz Danial.. umur aku 18 tahun, i know i still young tapi itu tak menghalang untuk aku bekerja kan.. you guys can call me Firaz or Danial or up to you lah aku tak halang"

Semua yang berada di situ sudah bermula berbisik. Dari segi penampilan jelas Firaz ini seorang yang tegas dan seorang yang dingin. Dengar sahaja suara dia pun boleh membuat orang di situ takut.

"So anyone do you have a question???" soal karl sambil memandang pekerjanya satu-satu

"Anak tuan tu dah berpunya ke???" soal salah satu pekerja disitu

"Itu soal peribadi.. soalan itu tidak akan dijawab so apa lagi pergi sambung kerja korang.. jangan asyik membawang sahaja kerja tu" geram Karl dengan pekerjanya itu, suka sangat membawang masa bekerja ikutkan hati mahu sahaja dipecat

Semua berpusu-pusu keluar dari bilik mesyuarat itu.

"So Raz.. you can start your work right now" kata Karl sambil menepuk bahu anak lelakinya itu.

Firaz mengangguk kepala lalu keluar dari bilik mesyuarat itu. Harini hari pertama dia kerja jadi dia mahu meneroka satu syarikat ni ehek. Kisah apa dia.. dia pun nak kenal jugak seluruh syarikat ni.

Ada satu yang pelik dekat syarikat ni. Syarikat ni ramai pekerja lelaki dari perempuan. Nak kata papanya tak suka perempuan tak pulak. Tapi bagus jugak sebab tak ada lah perempuan yang gedik-gedik.

Lepas melihat semua tempat di tingkat 3. Firaz masuk dlm lift untuk pergi ke tingkat 5. Di situ lah biliknya berada.

Ting!!

Pintu lift terbuka

Firaz keluar dari lift. Dekat atas ni tidak ramai pekerja hanya ada 15 orang sahaja.

Dia berjalan pergi ke biliknya, semua mata memandang ke arahnya mungkin tidak kenal siapa dia.

Sampai di depan bilik itu. Tergantung papan tanda nama seseorang.

Firaz Danial bin Karl Zafran

Yeah itu namanya

Tanpa membuang masa dia terus masuk ke dalam bilik pejabatnya. Puas hatinya bila melihat bilik itu memenuhi cita rasanya. Bilik pejabat Firaz itu semua berwarna hitam.

Papanya tahu cita rasanya bagaimana. Dia suka warna hitam. Kereta Audi dia pun berwarna hitam dan di dalamnya jugak turut berwarna hitam.

Nasib dirinya itu putih HAHAHAHAHA kalau hitam dunno lah

Dia membuka laptop di depannya. Sekarang baru lah dia start membuat kerjanya.

~~~~~~~~~~~~~~~

Fariz menunggu Farisya di depan sekolah. Tepat pukul 1 tadi dia dah sampai. Adiknya itu tak boleh tunggu lama-lama sebab itu lah dia datang awal.

"Hai abang Riz.. sorry lambat sebab class habis lambat tadi" kata Farisya sebaik sahaja masuk dalam kereta

"Sokay.. ni nak pergi mana-mana ke dulu sebelum balik rumah???" Soal Fariz

MR. BAD BOY ✓ Where stories live. Discover now