BAB 27

12.6K 651 40
                                    

Aira dgn kawan-kawannya jalan-jalan di mall. Maklumlah kebelakangan ni diorang jarang berjumpa. Sekarang diorang menunggu results SPM je untuk sambung belajar tapi si Aira tidak tahu mahu sambung ke tidak dia rasa Karl tak akan izinkan dia belajar.

"Weh.. jom beli coklat" Darisha sengih

"Kau ni asyik coklat je.. kan rosak gigi tu baru tahu" kata Qaireena, Aira menahan gelak

"Bukan selalu lah, aku nak buat stok hehehehe"

"Dah jom, aku pun nak beli coklat jugak ni" kata Aira

Darisha sudah tersengih-sengih, Qaireena membuat muka.. Aira pulak buat tidak tahu je, dia mengambil coklat.

Aira yg sedang sibuk memilih coklat tiba-tiba ada orang mencuitnya, Aira apa lagi terkejut lah nasib baik tak ada orang kat sini. Aira memandang orang itu.. mamat ni buat apa kat sini??

"Awak buat apa kat sini???"

"Jalan-jalan and cari makan" jawab Karl.. padahal dia ikut Aira dari tadi lagi, dia tidak datang keseorangan. Emir dgn Jayden tu ada sekali.

"Ouhhh.. okay"

"Banyak kau beli coklat, nak jual ke nak makan???"

"Biarlah, lagipun coklat ni boleh je simpan dlm peti"

Aira jalan pergi ke kaunter pembayaran, Karl mengeluarkan kad kreditnya lalu memberikan pada Aira. Aira pandang kad kredit Karl.

"Ambiklah.. ke taknak???"

"Tak apa.. saya boleh bayar sendiri"

Karl buat pekak, dia bagi kad kreditnya pada cashier tersebut. Aira hanya pandang sahaja, dia mencari kelibat kawan-kawannya yg entah ke mana.

"Kau tak payah cari kawan-kawan kau tuh, diorang ada dgn kawan aku. Diorang tunggu dkt restoran depan sana tu"

"Ouh.. patutlah diorang hilang pun huhuhu"

Karl jalan pergi ke restoran diikuti dengan Aira. Masuk sahaja dlm restoran terus dia mencari Emir dgn Jayden tapi batang hidung pun tak nampak sekarang ni. Jangan diorang culik anak dara orang sudah, aku hempuk nanti.

Aira pun mencari Qaireena dgn Darisha tapi dua-dua tak ada, Karl kata diorang tunggu dkt sini tapi empat-empat tak ada. Ke dia tipu?? Karl mana pernah menipu.

"Awak kata diorang tunggu dkt sini tapi tak ada pun"

"Bukan kau sorang je yg pelik, aku pun pelik jugak.. kalau aku hempuk diorang kau jangan tanya kenapa"

Aira menahan gelak, dia tahu sebenarnya Karl ni baik tapi sebab perangai dia kot yg membuatkan karl jadi macam tu.

Karl menelefon Emir tapi Emir tidak menjawab, Karl rasa dia mahu mencarut sahaja tapi dia tahan je. Tak apa ii tak jawab call aku siap korang nanti.

"Dah.. jom balik"

"Ermm.. kawan saya macam mana???"

"Diorang ada dgn budak 2 orang tuh"

"Ouh.. okay"

Karl jalan tinggalkan Aira sorang-sorang, Aira terkebil-kebil dia jalan laju-laju pergi dkt Karl.

Karl memakai helmet, Aira pandang motor Karl lama. Macam pernah tengok motor ni tapi dia lupa dah, Aira ni mudah sangat lupa so tak pelik lah kalau dia tak ingat apa-apa.

Karl menghulur helmet satu lagi pada Aira. Nasib baik dia ada bawak yg spare, Aira mengambil helmet itu dari karl lalu dia memakainya.

Orang disekeliling memandang ke arah diorang berdua. Aira memandang Karl, dia baru perasan yg baju diorang colour sama. Patutlah orang pandang.

"Cepat naik, dah lewat ni"

"Okay" Aira naik motor Karl

"Peluk aku, aku bawak laju bukan bawak biasa-biasa"

Aira hanya memegang baju Karl, gila ke nak peluk belum sah lagi. Karl ni pun satu ada ke patut suruh orang peluk dia.

Karl senyum sinis, dia pandu motornya dgn laju. Aira terkejut sampai terpeluk Karl. Taknak peluk aku konon last ii peluk jugak, karl terus memandu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Qaireena dgn Darisha senyap, diorang berdua tak tahu yg diorang berada dkt mana sekarang nih, ni semua salah Emir dgn Jayden, siap diorang nanti.

"Weh reena.. sebenarnya kan nama tempat ni apa eh???"

"Kau tanya aku macam lah aku tahu, kau tanya lah dkt alien dua ekor tuh"

"Aku nak balik lah, aku lapar. Kita tunggu dkt sini buat apa???

"Tengok tu tanya aku lagi.. mamat alien!!!" Qaireena memanggil Emir dgn Jayden tapi sepatah haram pun diorang tak jawab

"Tak ada pun reena.. entah-entah diorang tinggal kita dkt sini"

"Kau ni Risha takkan lah diorang tinggal kita.. diorang yg bawak kita ke sini kan"

"Tahu tapi kalau betul diorang berdua tu tinggal kita dkt sini macam mana???"

"Aku hempuk diorang nanti"

"Jomlah weh balik" ajak Darisha

"Okay"

Diorang berdua berjalan keluar dari gudang yg Emir dgn Jayden bawak mereka. Emir dgn Jayden ada je, diorang tengok je Qaireena dgn Darisha melalui kamera tersembunyi.

"Diorang berdua dah balik"

Emir mengangguk kepala.

"Jap apa motif kau bawak diorang ke sini??? Kan kantoi nanti"

"Tak kantoi pun kan, lagipun aku saja je bawak diorang kesini"

"Kalau kantoi"

"Mampus lah kita dgn Karl tu"

"Tahu tak apa, kalau kantoi bukan kau sorang je yg kena, aku pun kena jugak"























Nanti saya update lagi 😊

Selamat berpuasa

Puasa tinggal beberapa hari je lagi

MR. BAD BOY ✓ Where stories live. Discover now