BAB 36

12.9K 596 54
                                    

Aira tersedar, dia memandang sebelahnya karl masih tidur. Aira baru perasan sekarang sudah jam 8 pagi. Aira mengejutkan Karl untuk pergi ke kerja.

"Awak.. bangun lah!! Dah jam 8 dah ni"

Aira mengejutkan Karl lagi. Susah betul nak bangun dahlah dah lewat ni.

Karl merasa ada orang memanggil namanya, dia membuka mata. Kacau betul dia nak tidur.

"Hmm.. apa??? Kejap.. sekarang jam berapa???" Soal Karl sambil membetulkan rambutnya yang serabai

"Dah nak kul 8;15 dah.."

"What!!! Dah lewat.. harini dahlah ada meeting"

Karl cepat-cepat masuk dlm bilik air. Kul 9 dia kena ada di pejabat dah tapi sekarang dah nak kul 8:15, harap-harap sempat.

Aira mengambil baju Karl dlm almari, nasib baik baju tu tak berkedut jadi tak payahlah dia nak menggosok baju tu.

Aira pandang Karl keluar dari bilik air. Cepat betul mandi, mandi ke tak eh??? Tapi rambut basah. Aira mengalihkan pandangannya, kan kantoi nanti duk usha laki sendiri.

"Mana baju???"

Aira memberikan baju pada Karl.

"Awak sarapan tak nanti??? Ke terus pergi pejabat???"

"Berapa kali nak cakap panggil aku abang.."

"Ermm.. sorry tak biasa lagi"

"Cepat sebut abang" matanya tepat memandang mata Aira

"A-abang.."

"One more.. sebut biar lancar call me abang" Karl memakai tali lehernya, matanya tak lepas memandang Aira

"Abang.. okay dah lancar kan so pergi kerja.. tahu tak sekarang ni dah lewat.. dah kul 8:30 dah"

"Iyalah.. kalau ada apa-apa call je jangan tak call pulak and kalau ada orang tak dikenali datang jangan buka pintu atau call abang.. okay???"

Aira mengangguk kepala

Karl senyum dia mencium dahi Aira. Sekarang dia sudah bahagia tapi dia tidak pasti kebahagiaan itu bertahan berapa lama. Dia takut kehilangan orang yang dia sayang. Dia juga takut orang yang dia sayang curang dengannya. Dia harap Aira tidak macam itu.

Aira lambai tangan ke arah Karl. Sebaik sahaja kereta Karl keluar dari perkarangan rumahnya tiba-tiba ada sebuah kereta datang. Dia tidak pasti kereta siapa itu tapi dia ingat kata-kata Karl, kalau tak kenal jangan buka pintu tapi masalahnya sekarang dia depan pintu and pintu ni dah terbuka.

Aira memandang perempuan keluar dari kereta. Pakaian perempuan tu boleh dikatakan terlalu seksa.. ye seksa ye guys. Dia rasa dia pernah melihat perempuan tu tapi dia lupa.

"Hey, lama tak jumpa dgn you ni.. taknak jemput i masuk ke apa???"

"Ermm.. masuklah"

"You tak ingat i ke apa?? Takkan you tak ingat madu you sendiri" Bella tersenyum sinis

"Sorry.. kejap saya pergi buatkan air" baru sahaja dia ingin ke dapur tiba-tiba tangannya dipegang oleh Bella

"Tak payah sebab i tak minum air yg you buat.. entah-entah you letak something dlm air tuh.. tak pasal-pasal i masuk hospital"

Aira diam, dia taknak melawan percakapan Bella tu. Nanti teruk pulak jadi.

"Btw sian you ni.. Karl pergi pejabat mengorat pekerja dkt sana.. you pulak duduk rumah" Bella tersenyum sinis, dua mahu menyakitkan hati Aira

"Karl tak macam tu.. saya kenal dia, dia tak akan curang!!!" Tak pernah-pernah Aira meninggikan suara dia.

"Kau sepatutnya berterima kasih dkt aku sebab aku bagitahu kau hal sebenar!!" Bella menolak Aira sampai terjatuh

Aira menahan sakit di kakinya.

"Kau kena ingat.. Karl aku punya!!! Kau tu perampas tahu tak!!! Dasar perampas tak sedar diri!!!" Bella terus keluar dari rumah itu.

Aira terasa mahu menangis sahaja. Dia bukan perampas, tapi betulkah Karl curang dengannya??? Dia kenal Karl.. Karl tak akan curang dengannya. Karl selalu balik awal.


~~~~~~~~~~~~~~~~

Karl termenung memandang laptopnya. Dia terpaksa cancel meeting kerana ada masalah dgn syarikat.

"Boss.." PA Karl mengetuk meja, jauh betul bossnya termenung

Karl tersentak

"Ha ye??? Sorry ii tak perasan pulak.. ada apa-apa ke???

"Ni kopi yang boss mintak.. ni kenapa jauh termenung ni?? Ingat bini dkt rumah ke apa??"

"Mestilah teringat.. macam ada something wrong je.. entahlah"

Hanya dgn Aira dan makcik Zaleha sahaja Karl tidak dingin tapi dengan pekerja lain mesti dia akan tayang muka beku dia tuh.

"Jangan terlalu fikir sangat.. dah minum lah kopi tu"

Karl mengangguk kepala "kalau perempuan tu datang.. cakap saya busy" kata Karl

"Iyalah" Zaleha keluar dari bilik Karl. Masih banyak lagi kerja yang dia perlu buat.




















Next time saya update lagi ye.. saya nak cepat-cepat completed kan story ni.. sorry kalau pendek 😅

Ni kalau ada nampak typo ke apa ke mungkin saya tak perasan.. saya dah check satu-satu dah

MR. BAD BOY ✓ Where stories live. Discover now