BAB 29

12.6K 660 48
                                    

Masuk dlm bilik je Aira terus baring atas katil. Harini dia betul-betul penat dgn seharian pakai baju pengantin. Aira memejam matanya, dia mahu tidur sekejap.

Karl masuk je dalam bilik terus dia pandang Aira terbaring atas katil dgn baju tidak salin lagi.

"Ish budak nih.. suka hati dia je tidur atas katil aku.. tak apa ii aku bagi kau tidur kejap je malam nanti kau tidur dkt sofa tuh"

Karl tersenyum jahat, dia meletakkan songkoknya dia atas meja. Dia ambil tuala lalu dia masuk ke dlm bilik air.

Skip

Sudah sahaja Karl membersihkan dirinya, dia kejutkan Aira.

"Wehh.. bangun tukar baju tu"

"Hmm.."

Aira terbangun, dia menggosok matanya. Dia pandang karl yg berdiri depannya.

"Kenapa???" Soal Aira

"Pergi mandi atau tukar baju"

Aira pandang dirinya masih pakai baju pengantin. Dia baru teringat yg dia masuk je dlm bilik dia terus baring and tidur.

"Dah jam berapa ni???"

"7:30 malam"

"Kenapa tak kejutkan awal-awal?? Nanti terlepas solat maghrib"

Aira cepat-cepat ambik bajunya dalam beg. Semua baju dia, dia tak kemas lagi. Setengah je dia bawak masuk dlm bilik Karl. Dia cepat-cepat masuk dlm bilik air.

Karl menggeleng kepala. Dia keluar dari bilik, dia pergi ruang tamu untuk bertemu sepupu-sepupunya, bukan selalu boleh jumpa.

"Wuuu pengantin baru" usik salah satu sepupu Karl

Karl membuat pekak sahaja, dia duduk di sofa sambil makan biskut. Dari tadi lagi dia tahan lapar, tunggu mommy dia masak lama benor.

"Mana wife kau???"

"Kat atas"

"Sanggup kau tinggal dia kat atas tu eh" sepupu Karl mengusik lagi

Karl memandang perempuan duduk di sebelahnya, siapa lagi kalau bukan sepupu perempuan dia tuh. Karl memang tak suka dgn sepupu dia yg perempuan nih kalau dgn yg lain dia okay je.

"Hai Karl, u tak cakap pun dah berpunya"

Karl tidak layan, dia bangun duduk di sofa lain. Sepupunya yg lain menahan gelak. Diorang pun tahu yg Karl tidak suka pada Bella tuh.

Bella menjeling tajam. Dia berpeluk tubuh.

Aira pergi ke ruang tamu, dia pandang Karl dan sepupu-sepupu Karl yg lain.

"Hai"

Aira senyum lalu dia pergi ke dapur.

"Uishhh.. tak sangka kalau dia tak makeup lagi cantik" kata Farhan sepupu Karl

"Cantik apa macam tuh" kata Bella yg tidak berpuas hati

"Dia tu natural beauty tak makeup tebal ii.. kau tu makeup tebal ii kalau bagi penampar confirm jerebu nanti"

Semua sepupu Karl gelak. Semua setuju dgn kata-kata Farhan, jangan main-main dgn Farhan ye. Kau cakap macam mana tu mesti dia balas balik.

"Hello everyone!!!"

Semua pandang ke arah pintu rumah.

"Kenapa pandang macam tu??? Lupa kah ini Kylie lah"

Karl buat muka tidak percaya, sudah lama adiknya tidak balik.. akhirnya adiknya berada di depan matanya.

"Seriously????"

"Ya.. Kylie"

Kylie senyum, dia peluk Karl. Sudah lama dia berada di LA dgn datuknya harini dia sudah balik.

"Dah besar dah.. aku lupa umur kau"

Kylie jeling Karl.. umur adik sendiri pun tak ingat kan kalau cakap nyanyuk nanti marah muda-muda dah nyanyuk.

"Ish dia nih.. next year i form 5 lah"

"Ha'ah lah so sekolah kat sini??? Atau balik LA??" soal Karl

"Of course lah sekolah kat sini btw mana mommy???"

"Kat dapur"

"Ouh btw Kylie dengar abang kahwin harini.. so mana kakak ipar Kylie???"

"Nak jumpa dia pergi dapur.. dia dgn mommy"

"Okay"

Kylie berlari pergi ke dapur, mahu melepas rindu.

"Mommy!!!"

Puan Jasrina terkejut, nasib baik ayam dlm pinggan yg dipegangnya itu tidak jatuh.

"Kylie????"

"Ye lah mommy.. grandpa bagi Kylie balik Malaysia tau"

"Lah.. kamu balik ni sorang je ke???"

"Ha'ah.. grandpa suruh berdikari katanya"

Aira yg tengah makan aiskrim terus pandang puan Jasrina dgn Kylie.

"Mommy lupa nak kenalkan kamu dkt someone"

"Siapa???" Soal Kylie

"Ni kakak ipar kamu" puan Jasrina kenalkan Kylie dgn Aira

"Ni ke kakak ipar Kylie???"

"Iyalah"

"Tak sangka kakak ipar Kylie cantik" Kylie sengih

"Aira harap kamu biasakan diri kamu dgn Kylie ye"

"Okay" Aira senyum

"Akak umur berapa???"

"Sama dgn Karl"

"Ouh.. sama dgn abang rupanya hehehehe, Kylie next year form 5"

Aira senyum. Dia berborak lagi dgn kylie, dia tidak sangka yg Kylie ni seorang yg peramah dan baik. Mula-mula dia segan tapi bila borak lama-lama dah terbiasa.

Puan Jasrina senyum sahaja memandang Aira dgn Kylie berborak. Lega hatinya bila Kylie boleh terima Aira.














SORRY LAMA TAK UPDATE

NANTI SAYA UPDATE LAGI

MR. BAD BOY ✓ Where stories live. Discover now