BAB 32

13.3K 669 91
                                    

3 bulan kemudian

"Ha kamu Karl tak pergi ambik results ke???" Soal puan Jasrina

"Nak pergi lah ni.. Karl tunggu Aira kejap"

Walaupun sudah 3 bulan diorang berkahwin. Tiada apa pun yang berubah. Diorang masih sama macam dulu. Aira akui yang Karl melayannya lain tidak seperti dahulu. Dahulu Karl tidak mengambil peduli sangat halnya tetapi sekarang Karl sudah berubah.

"Dah.. jom awak nanti kita lambat"

"Dia yang bersiap lambat lepastu kita pulak yang salah"

"Saya ada cakap awak salah ke???" Soal Aira

Karl mengangkat bahunya, dia terus keluar dari rumah. Kalau dia tidak keluar cepat-cepat mesti bergaduh. Sekarang Karl cuba membukakan hatinya pada Aira.

"Suka sangat tinggal aku sorang-sorang" kata Aira dalam hati. Dia terus masuk dlm kereta. Harini hari yang mendebarkan baginya.

Aira memandang Karl yang memandu kereta. Dia tak nervous ke??? Muka Karl nampak macam tak nervous langsung. Siap bersiul-siul lagi dalam kereta. Sah memang dia tidak nervous langsung.

"Awak tak nervous ke???" Soal Aira lepas lama mendiamkan diri

"Buat apa nak nervous.. aku dapat rasa yang aku akan lulus tau.. ini Karl Zafran lah"

Aira membuat muka menyampah. Riak nak mampus, results belum tahu lagi tapi dah riak. Nasib baik suami aku. Eh suami?? Aku sudah menerima Karl sepenuhnya.

Karl memarkir keretanya.

"Dah jom turun.. aku nak pergi jumpa kawan-kawan aku" kata Karl

"Okay.. saya pun nak pergi jumpa kawan-kawan saya jugak"

Diorang berdua keluar dari kereta. Agak-agak macam mana reaction Rania bila dia nampak kitorang jalan berdua-duaan macam ni?? Maybe dia marah. Dah lupakan pasal dia. Entah-entah dia tak datang.

"Awak.. saya nak pergi dekat reena dgn risha tau"

"Reena??? Risha??? Siapa tu?? Aku tak pernah dengar nama diorang tu.. kau ada kawan selain Qaireena dgn Darisha ke???"

Aira menahan gelak.

"Qaireena lah reena tuh.. itu nama ringkasannya.. risha tu Darisha"

"Ouh.. i see"

Aira senyum, dia pergi ke arah kawan-kawannya. Qaireena sudah balik ke Malaysia. Dia mahu melepas rindu dgn kawan-kawannya.

"Hai korang"

Qaireena dgn Darisha terus memandang ke arah suara itu.

"Wahhhh.. beb!!!! It's you???" Soal Qaireena pada Aira

"Tu lah kau pergi LA lama sangat.. tengok kawan kita nih makin cantik tau" Darisha bersuara

"Alah.. sorry lah aku pergi sana bukan lama sangat pun"

"Dah ii.. jangan gaduh" Aira terus duduk ditengah-tengah antara Qaireena dgn Darisha. Kalau tak memang tak habis diorang ni berperang mulut.

MR. BAD BOY ✓ Where stories live. Discover now