Korang yang nak baca novel saya.. Kalau ada kesilapan ke... Apa-apa bertolak ansur yaa... Sebab saya penulis baru...
************************
Hujan turun membasahi bumi. Puteri Adeliana duduk di tepi tingkap biliknya sambil membaca novel kegemarannya. Dia merenung cincin di jarinya. Dia teringatkan seseorang. Tiba-tiba telefonnya berdering. Adeliana memandang sepi kearah telefonnya. Dia malas hendak menjawab panggilan itu. Dia kenal pemilik nombor itu. Dia sengaja membiarkan telefonnya berdering.
Tiba-tiba mata mengenang air. Teringatkan jejaka itu dia menjadi lemah dan sebak. Teringatkan hinaan yang diberi oleh jejaka itu membuatkan hatinya sakit.
"Kau tak layak untuk akulah". Kata jejaka itu
"Aku tak ada perasaan langsung... untuk kau"
"Kau tu sedarlah diri sikit...kau tak layak untuk aku... "Kata jejaka itu lagi.
Ketika itu air mata jatuh membasahi pipinya. Hatinya hancur disebabkan jejaka di hadapannya.
"Aku betul-betul cinta kau... sampai hati kau..... lukakan.. Hati aku... ". Tersekat-sekat suaranya ketika itu.
Jejaka itu senyum sinis.
Hari itu merupakan hari yang terakhir mereka bertemu.
YOU ARE READING
Dia Puteri Hatiku
RomanceCerita ini mengisahkan tentang dua orang yang bernama Puteri Adeliana dan Khairul Ikhwan.mereka merupakan sahabat dan juga jiran di zaman kanak-kanak mereka. Keadaan itu berubah ketika Adeliana berpindah ke KL. Selepas 6 tahun mereka berjumpa lagi...