"Hoi.. Apa sengeh-sengeh nii... Khai"Soal Iman. "Mengelamun lagi kau.."sambungnya.
"Elehh.. Angaulah tuu... "Perli Jay
"Merepek Kau... "Marah khairul
"Kepoklah budak nii. "dengus khairul dalam hati.
"Aku tengok kau Suka usik Si Anna tu.... "Tanya Iman lagi. "Sampai awek tu marah..oshh.. Muka dia merah padam bro... "Tambahnya."Saja... Aku suka tengok dia marah.. "Jawapnya sambil mengambil air untuk minum.
"It's sounds like... Something.. Something Khai. "Jay bersuara lagi suaranya sengaja menekan- nekankan perkataan 'Something' untuk melihat reaksi Khairul Ikhwan.
Padangan yang tajam diberikan kepada Jay supaya diam.
"Betul ke.. Bro"soal Iman.
"Diamlah... Kacau orang makan.. Diam". Marah Khairul sambil mengunyah makanan.
Dari sudut ruang tengah kantin. Adeliana dan kawan-kawan yang lain sedang berborak-borak sambil makan.Dari tadi Adeliana diam tanpa bersuara.
Dia seakan ingin tergelak bila Khairul menjelirkan lidah padanya.
"Gila!.. Budak ni memang otak mereng sikit. Elehh... Sikit pun tak takut dan heran dengan kau tu!... Saja nak cari gaduhlah budak ni."jerit Puteri Adeliana dalam hati sambil membalasnya dengan jelingan tajam. Dia segera memandang makanan yang masih penuh di dalam pinggannya.
"Hishh!... Si Anna nii pandang siapa nii.. Takutlah aku tengok.. "Bebel Liza yang dari tadi memerhati tindak-tanduk Puteri Adeliana menegurnya.
"Hey... Anna apa yang kau pandang tu... Macam kena rasuk pula... Minta jauhlah."tegur Liza
Puteri Adeliana merapati Liza yang duduk sebelahnya.
"Tak lah.. Liza Si Khairul tu cari pasal lah.. Geram aku."dengus Adeliana
"Alah.. Biarlah budak tu... "Ujar Liza selamba.
"Jelir lidah macam budak kecik.. Tak guna punya budak."jerit Puteri Adeliana.
"Korang berdua nii... Pantang bertemu pasti ada hal hendak gaduh... Tak kuasa aku jadi orang tengah lagi... Tak laratlah.. "Bebel Kencana.
"Aku pasti budak bongkah itu sengaja usik kau lah... "Sambung kencana.
"Yalah tu.. Rindu kot.. Dekat Anna.. Sebulan tak jumpa... First day dah gaduh". Perli kesuma.
"Anna mak aku selalu cakap... Gaduh-gaduh nanti... "Sebelum kesuma sambung Sempat Adeliana mencelah."Stop!.. Aku nak pergi tandas... Siapa nak ikut aku. "Celah Puteri Adeliana sambil bangun.
"Okey.. Jom.. Aku ikut."Liza ikut berdiri bersama Puteri Adeliana.
"Hoi.. Tunggulah.. Aku tengah makan ni... Korang buta ke!!.. Jerit Kesuma.
"Itulah pandai perli orang... Makan macam orang tak ade gigi... Kalahkan unta..."perli Puteri Adeliana.
"Duduklah kejap.. Ada masa lagi kan." Rayu kesuma.
Puas hati Puteri Adeliana dapat perli kesuma sebentar tadi.
"Kejap aje.. Tau.."balasnya
"Anna kau jaga-jaga sikit dekat... Budak tu..."kencana mula .
"Tak ade perkara lain ke dia orang nii..."Dengus Puteri Adeliana dalam hati
"Mula lah tu.."Bosan Adeliana dengan topik itu.
"Aku bagi amaran aje... Siapa tau kau kena lagi."Ujar kesuma.
Yanti dengan Liza mengeleng kepala. Mereka bosan dengan perangai Kesuma yang suka cakap.
"Alah!.. Korang ingat aku takut dengan budak bongkah tu.. Ini Puteri Adeliana lah. Siapa yang tak takut dengan aku. You all sendiri takut dengan aku kan!. Ujar Adeliana Dengan penuh sifat keberanian
Terlopong mulut semua Yang ada di situ.
Begitulah Puteri Adeliana berani dan tegas Loceng berbunyi menandakan waktu rehat mereka telah tamat tepat selepas mereka balik dari tandas.
YOU ARE READING
Dia Puteri Hatiku
RomanceCerita ini mengisahkan tentang dua orang yang bernama Puteri Adeliana dan Khairul Ikhwan.mereka merupakan sahabat dan juga jiran di zaman kanak-kanak mereka. Keadaan itu berubah ketika Adeliana berpindah ke KL. Selepas 6 tahun mereka berjumpa lagi...