Bab 1

14 3 0
                                    

2 Januari 2018

     Adeliana mempercepatkan langkah. Hari pertama dia melangkah tingkatan lima begitu sukar dan sungguh mencabar. Mula-mula terlewat bangun, kemudian berebut bilik  air dengan adik-beradik. Sungguh memenatkan.

Adeliana terpaksa mengalah dan menunggu 15  minit untuk mendapat giliran di bilik mandi. Tergesa-gesa bersiap. Mencapai beg sekolah dan berjalan ke perhentian bas. Ketika dia hendak melintas jalan. Bas yang perlu naiki telah pergi jauh dari pandangannya.Tinggallah Puteri Adeliana sahaja di situ menunggu bas kedua.

  Jam menunjukkan pukul 8:00 pagi ketika dia menurun bas. Mukanya merah padam menahan penat. Hatinya bimbang bukan kepalang dan risau kerana dimarah oleh guru waktu pertama.

  Selepas mengambil surat lewat dari pengawas bertugas di depan pintu masuk sekolah dan dapatkan tandatangan dari guru disipiln.

   Akhirnya,Adeliana melangkah ke dalam bilik darjahnya dengan hati yang berdebar. Dia mengetuk pintu masuk kelasnya.

   "Assalammualaikum.... Selamat pagi cikgu"ucapnya dengan hati yang risau.

   "Waalaikumussalam... Selamat pagi Adeliana...masuk dalam"ucap cikgu Nadiah dengan menghadiahkan sebuah senyuman yang manis buat anak muridnya.

"Kenapa lewat puteri"soalnya sambil tandatangan dalam surat lewat.cikgu Nadiah memerhati wajah Adeliana dan menunggu jawapan dari mulut gadis itu.

"Err... Tertinggal bas cikgu"jawapnya dengan hati yang berdebar.

"Lain kali bangun awal sikit... Pergi duduk di tempat kamu"arahanya.

"Nasib baik aku tak kena marah... Kalau kena marah... Habis aku.. "Ujarnya dalam hati.

Matanya liar mencari tempat duduk yang sesuai baginya untuk memulakan pelajaran.

"Pisst..hoi.. Anna"seseorang memanggilnya.

Puteri Adeliana menoleh.

Dia Puteri HatikuWhere stories live. Discover now