Pottt....
Seketul bola kertas terkena di belakang Puteri Adeliana. Dia tahu siapa yang baling bebola kertas tersebut. Dia berpaling kebelakang.Pandangan tajam diberikan kepada dua orang rakan kelasnya yang duduk dibarisan belakang. Dua orang rakanya iaitu Aiman dan Shaiful tidak pendulikan Pandangan tersebut
Begitulah mereka selalu buat lawak dan menganggu kawan lain yang ada dalam kelas. Cikgu Nadiah selalu naik berang dengan perangai mereka tetapi Cikgu Nadiah sayang juga dekat mereka. Mereka berdualah penyeri kelas 5P1.
Kelasnya kecil sahaja, barangkali boleh
memuatkan hanya lebih kurang 30 hingga 35 orang murid. Sedia lengkap dengan kerusi meja yang cukup selesa walaupun nampak lama tetap kuat dan sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.Meja guru di hadapan dan dihias dengan pasu bunga yang comel..............
Loceng berbunyi menandakkan waktu rehat kedua bagi murid Tingkatan tiga hingga lima telah tiba dan semua berlari berebut-rebut hendak mengisi perut yang minta diisi.
Adeliana dan kawan-kawan juga turun ke kantin untuk merasakan makanan yang dimasak oleh Mak cik Timah. Adeliana rindu sangat masakkan Mak cik Timah sejak cuti sekolah tahun lalu. Baru hari ini dia akan rasa ayam goreng Mak cik Timah.
Ketika mereka turun tangga. Sekumpulan murid lelaki setingkatan mereka turun tangga di depan mereka. Ada yang usik mereka tetapi Puteri Adeliana langsung tidak pendulikan mereka.
"Nonsense!!... Sombong sangat.. Berani usik orang pulak". Gerutu Adeliana dalam hati.
"Hoi... "Satu suara mengejutkan Puteri Adeliana. Dia memandang ke arah kumpulan murid lelaki. Tetapi dia gagal mengesan pemilik suara tersebut. Dia pasti siapa yang memanggilnya.
"Tak guna punya budak..". Adeliana mencebik.
Sebenarnya dia sendiri keliru kenapa dia begitu anti dengan khairul Ikhwan.Pantang bertemu pasti mereka bertekak. Dia pasti suara itu milik khairul Ikhwan dia segaja berbuat begitu."Tengok budak-budak tu... Pantang tengok perempuan... Mesti nak usik.. ". Dengus Agnes yang berang dengan kelakuan khairul.
"Jalan cepat sikit lahhh... Korang jalan macam kura-kura tau... Nanti habis ayam goreng Mak cik Timah.. Tak payah cakap pasal budak tu.. ". Ujar yanti dengan hati yang risau.
Begitulah perangai Si Yanti selalu cakap pasal makanan. Dalam bab-bab makan dia memang nombor satu tiada tandingan.
"Alah... You ni cakap aje... Tapi tengok kau sendiri jalan macam kura-kura... Ikut kamilah tu.. ". Adeliana sengaja mencabar Yanti.
"Yalah tu.. Aku tak ade kuasa hendak kau karang...! ". Ujarnya yang malas hendak malas bertekak dengan Puteri Adeliana. Begitulah mereka selalu gaduh tetapi mereka dan karib dari sekolah rendah.
"Aiyoo... Sikit- sikit... Bertekak pula dua ekor ni..!! ". Ujar Liza yang selalu menonton adegan ini bersuara. Lawak pula dengan perangai mereka macam budak tadika.
"Alah... Apa kurangnya kau... Adik oii!.. Sama macam kami "jawap Puteri Adeliana.
Ketika mereka tiba di sana, kantin itu telah dipenuh oleh ramai pelajar yang lain. Semuanya ingin mengisi perut yang kelaparan. Meja kosong juga tidak ada lagi, terpaksa menunggu giliran sehingga pelajar yang lain selesai makan.
YOU ARE READING
Dia Puteri Hatiku
Roman d'amourCerita ini mengisahkan tentang dua orang yang bernama Puteri Adeliana dan Khairul Ikhwan.mereka merupakan sahabat dan juga jiran di zaman kanak-kanak mereka. Keadaan itu berubah ketika Adeliana berpindah ke KL. Selepas 6 tahun mereka berjumpa lagi...