Keesokkan harinya seperti biasa Puteri Adeliana pergi ke sekolah. Selalu papanya naik berang dengan perangainya yang degil bukan tiada orang hendak hantar dia ke sekolah. Shafran juga pernah ajak adiknya. Adeliana menolak ajakkan alasannya hendak belajar berdikari.
Hari ini Puteri Adeliana sampai ke sekolah lebih awal dari biasa kerana dia ingin ke perpustakaan untuk meminjam buku rujukan. Dia selalu pinjam buku di perpustakaan kalau harap dia beli buku rujukan sendiri berpuluh -puluh tahun dia tidak akan beli alasannya jimat duit.
"Hmmm....pintu pun lock.... Tak ade cikgu pun.. ". ujar Adeliana bercakap sendiri. Selalunya cikgu bertugas di perpustakaan itu datang awal.
"Staf lain pun... Tak ade pula... Cam mana ni... "Puteri Adeliana mengaru kepala yang tidak gatal.
"Cikgu zainan pun tak sampai... Aduh "Adeliana teringat sesuatu dia menepuk dahinya dia menyesal kerana tidak maklum perkara ini kepada cikgu Zainan. Selalunya cikgu Zainan berpesan agar anak muridnya "kalau ada yang nak awal pagi ke perpustakaan jangan lupa whatsapp cikgu awal-awal tau". Pesan cikgu Zainan.dia terlupa whatsapp cikgu Zainan.
Cikgu Zainan merupakan guru bertugas di perpustakaan.selalu semasa Adeliana datang ke perpustakaan Cikgu Zainan mesti ada di kaunter pinjaman buku.
Nampaknya hari ini Adeliana tidak Dapat pinjam buku. Puteri Adeliana mengatur melangkah dari perpustakaan yang gelap dan sunyi. Dia hendak ke kantin untuk bersarapan. Dia nak beli roti bakar untuk mengisi perut yang dari tadi menyanyi diminta isi. Dia keluar rumah tanpa menjamah sebarang makanan semata-mata awal ke sekolah.
******************************
Harap korang tak merajuk....Chapter ini pendek sikit... Sebab tak dapat idea... Boleh dikatakan I tengah blurrr sekarang... Tapi adalah serba sikit... Jangan marah yaa.
YOU ARE READING
Dia Puteri Hatiku
RomanceCerita ini mengisahkan tentang dua orang yang bernama Puteri Adeliana dan Khairul Ikhwan.mereka merupakan sahabat dan juga jiran di zaman kanak-kanak mereka. Keadaan itu berubah ketika Adeliana berpindah ke KL. Selepas 6 tahun mereka berjumpa lagi...