Escape Challenge

38 3 0
                                    

Ini merupakan kali pertama aku bertandang ke rumah Rina. Dia mengajak aku bermalam di rumahnya yang terletak di hujung simpang jalan taman perumahan ini. Rumahnya biasa-biasa sahaja, normal seperti kebanyakan rumah yang ada di sekitar kawasan.

Kami langsung masuk ke dalam bilik tidurnya di tingkat atas rumah. Tidak pula aku terserempak mana-mana ahli keluarganya ketika melangkah masuk. Barangkali mereka sudah masuk tidur saat ini. Bilik Rina sangat kemas dan comel dengan terletaknya sebuah katil yang dipenuhi bantal dan anak-anak patung pelbagai rupa dan bentuk.

Malam ini Rina mencabar aku untuk bermain satu permainan iaitu ‘Escape Challenge’. Bagi aku selama mana ianya tidak bertentangan dengan agama, aku baik-baik saja. Menjadi kebimbangan aku jika dia mencabar untuk melakukan hal yang tak diterima akal seperti ‘Spirit Of Coin’ ataupun Ouija. Memang tiada kompromi bagi aku jika diajak berbuat sedemikian.

Kami perlu mengundi, siapa dahulu perlu menyahut cabaran ini. Setelah 3 kali aku kalah dalam undian menerusi ‘Batu-Kertas-Gunting’, maka aku dahulu perlu diikat dan melepaskan diri dalam waktu yang ditetapkan. Rina membawa keluar sebuah beg kecil dari bawah katilnya dan membuka zipnya di atas katil. Aku sekadar melihatnya dengan rasa berdebar.

Satu persatu isi kandungan beg itu dikeluarkan dan disusun depan aku. Terdapat segulung duct tape, beberapa utas tali, bandana dan juga sepasang sarung kaki (stokin). Ada lagi isi dalam beg itu aku rasa tapi Rina pantas saja menutup kembali zip beg berkenaan dan meletakkannya di sisi katil.

Aku diminta duduk membelakangkannya. Cabaran bermula dengan diriku bakal diikat terlebih dahulu. Debarannya bertambah tatkala sehelai bandana diikat menutupi mataku. Kedua tanganku ditarik ke belakang. Dirapatkannya kedua tanganku lalu seutas tali dililitkan dengan kuat mengelilingi pergelangan tanganku. Sesekali ditariknya kedua-dua hujung tali berlawanan arah, mengetatkan ikatan. Aku mulai mengaduh dan memintanya agar tidak terlalu ketat.

Dia sepertinya tidak mengendahkan kata aku. Badanku ditarik merapat kepada Rina. Hidungku dipicit kuat menyebabkan aku terpaksa membuka mulut untuk bernafas. Malangnya mulutku disumbat sesuatu dengan kain kecil. Aku duga itu adalah stokin kaki. Mahu saja aku memuntahkannya kembali namun dihalang oleh telapak tangan Rina. Aku sedikit meronta kerana padaku ini sudah cukup kasar. Aku terasa mulutku dililitkan sesuatu sepertinya duct tape beberapa kali.

Kini tiada lagi perkataan yang keluar dari mulutku selain hanya sekadar menderam meminta simpati Rina. “Mmmmphh..mmpphh..”

Kedua kakiku dirapatkan dan dililitkan dengan seutas lagi tali berkali-kali sebelum hujung talinya disimpul mati. Aku ditolak terlentang di atas katil, meronta-ronta.

“Tiga minit bermula sekarang. Ingat, kita ada perjanjian. Jika gagal, akan ada hukuman menanti.” Aku terdengar bicara Rina begitu. Dengan hebat aku meronta mengharapkan ikatannya itu terlerai. Aku tidak tahu apa yang berlaku di sekitar disebabkan mataku telah ditutup. Aku mengerang kesakitan di sebalik kain yang disumbat dalam mulut.

“Baiklah, Qistina. Masa tamat. Kini waktunya hukuman.” Aku mengaduh manja di sebalik gumam mulutku. Fikirku hukumannya itu sekadar suka-suka. Aku mendiamkan diri agar Rina lekas melepaskan ikatanku. Namun ianya tidak seperti yang diharapkan.

“Jom dik, kita bawa dia ke bawah. Banyak kerja nak buat malam ni.” Terdengar seolah Rina bercakap dengan seseorang. Yang pastinya bukan dengan aku. Tubuh aku terasa diangkat dan dipikul seperti guni beras. Aku cuba meronta agar dilepaskan namun pegangannya terhadap tubuhku begitu kuat.

Aku terdengar bisikan suara lelaki parau, “Makanan..makanan..”.

Aku mulai rasa seriau. Fikiranku kacau. Hampir saja aku terkucil dek kerana ketakutan.

Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu yang ganjil di sini.

Aku baru teringat tentang kes kehilangan beberapa remaja perempuan yang dilaporkan dalam minggu ini. Dan janya hanya terjadi setelah Rina baru berpindah enam hari yang lepas.

Aku juga baru teringat bahawa rumah di hujung simpang ini tidak pernah wujud. Petang tadi aku lalu kawasan yang sama, tiada kewujudannya. Tapi malam ini ianya wujud.

“Makan malam?” Suara wanita tua kedengaran berbisik diiringi dengan hentakan pisau besar memotong sesuatu. Bau hanyir darah menerpa hidungku.

Ternyata malam ini aku tewas dalam ‘Escape Challenge’ !

TAMAT

31 Mei 2020 | 0208h | Teratak Sentosa

N.O.O.B - Nukilan Otak Orang BaruWhere stories live. Discover now