Back To Home

25 1 0
                                    


“Saya ingin merayu kepada saudara-saudari. Tolonglah. Duduklah diam-diam di rumah. Stay put where you are. Saya minta tolong untuk tempoh dua minggu ini sahaja..”.

*********************
Ruang tamu dari tadinya tersusun kini bersepah. Kusyen sofa di sana sini, meja terbalik, cawan menumpahkan isinya, begitulah sedikit gambaran bersepahnya ruang depan itu. Kedengaran bunyi pintu mangkuk berlaga sesama sendiri diselangi bunyi berderai.

Bunyi esakan orang menangis, resah juga kedengaran namun tidak jelas bunyi di sebalik ikatan yang ada pada mulutnya. Sekadar hanya deraman menyatakan tentangan terhadap perbuatan ke atas keluarga mereka. Pergerakan juga terbatas, dengan kaki dan tangan diikat. Kejadian yang menimpa mereka amatlah pantas. Sedar-sedar sudah dikumpulkan dalam keadaan terikat.

“Tuan, sudah dicari sekitar rumah ini. Tiada tanda-tanda yang kita cari.” Kata seorang lelaki, tidak jelas wajahnya di sebalik sut putih seperti orang yang mengelak bencana virus. Bukan hanya dia, malahan seluruh pasukan bersama dia seperti itu.

“Baik, selesaikan mereka seperti biasa..”.

‘SEPERTI BIASA’. Arahan itu jelas bagi mereka bersut putih tapi menimbulkan kegelisahan total terhadap keluarga yang menjadi tawanan itu. Mereka tidak faham, apakah sudah terjadi ?

Deraman semakin kuat, mereka meronta hebat minta dilepaskan. Seorang lelaki bersut putih maju ke depan, mengacukan sesuatu.

“Sabar ya. Tidak sakit. 1,2,3..”. Deraman tadinya hebat bunyinya ditelan oleh larutnya kesunyian malam.

*********************

Matahari seperti biasa, sinarnya sudah cukup mencipta bayang-bayang di sekitarnya. Rahim terus mengayuh basikalnya keliling kampung. Sesekali dia mengesat peluh pada dahinya dengan lengan baju. Matanya liar mencari teman untuk diajak bermain bersama.

Berkerut dahi Rahim, memikirkan mana perginya manusia di Kampung Batu hari ini. Takkanlah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, semua hanya berdiam dalam rumah. Sudah masuk hari ketujuh perintah ini berkuatkuasa di seluruh negara.

Kelihatannya Rahim perlu kembali ke rumahnya sebelum ibunya sedar akan ketiadaannya. Mahu dibebel jika kedapatan.

“Pasukan Khas Pembersihan Rumah..” gumam Rahim, tatkala berselisih dengan sebuah van putih laju memasuki halaman rumah Haji Tukiman. Malas mahu ambil pusing, teruskan perjalanan pulang ke rumah.

***********************

TV terpasang, menayangkan drama melayu, usah diceritakan tipikal ceritanya bagaimana. Sudah dapat diagak.

Rahim tetap pandangannya pada gadjet. Tidak langsung tertarik dengan drama yang ditayangkan di TV. Matanya terus mencari nama kenalan untuk dihubungi menerusi ‘Whatsapp’.

“Kamal..”. Lantas dia menyentuh nama tersebut dan terpampang kotak perbualannya bersama Kamal.

“Oii Kamal.. Kau kat mana??” Tak pishang ke duk umah. Jom keluar esok.”. Terus send, menantikan balasan Kamal di sana.

Telefonnya diletakkan di atas meja. Kedua-dua tangannya meraup wajahnya gelisah entah kenapa. Bosan !

Dia bangun dari duduknya menuju ke arah jendela rumahnya. Jendelanya sama seperti jendela kampung yang lain, dibuka selaknya di atas serta di tengah dan menolak perlahan. Sekadar untuk menjamu mata dan menikmati udara malam.

Khayal sejenak rasanya sebelum matanya tertarik pada halaman rumah Mak cik Siti, tauke kedai runcit Kampung Batu. Halamannya biasa-biasa saja, cuma menariknya adalah terdapat sebuah van putih persis seperti siang tadi dia terjumpa di rumah Haji Tukiman.

N.O.O.B - Nukilan Otak Orang BaruWhere stories live. Discover now