Vicious 15 | Fake kiss

3.8K 363 45
                                    


❝Maka sejarah baru tercipta
antara dua insan❞

 

➽───────────────❥

 

Sempat Vic meratah seraut wajah wanita yang baru bergelar isteri itu dengan deria pandangnya.

Kelok mata Rain terkatup rapat.

Alis mata lebat asli tanpa sebarang tambahan bulu mata palsu.

Hidung kecil namun terletak dan mancung.

Pipi yang bertulang tinggi dilitupi kulit tanpa cela lagi mulus.

Akhir sekali, bibir yang merekah semulajadi dan penuh.

Pakej sempurna yang jarang dimiliki semua wanita, benar-benar menggoda jiwa lelakinya. Godaan yang nyaris buat prinsip yang dipertahankan, hancur bertaburan.

Begitu sahaja?

Vic lebih pantas tersedar.

Impossible.

Mustahil semudah itu dia akan menyerah.

Berbanding bibir, ibu jari kanan dia terlebih dahulu melekap di atas bibir Rain. Tak semena-mena bibir sendiri turun untuk melunaskan permintaan pastor tadi.

Kiss.

Kucupan dihadiahkan, namun ibu jarinya yang tetap berada di tengah-tengah, jadi penghalang sentuhan langsung. Leher Rain dipaut, kepala disengetkan supaya sudut pandang mereka yang lain terhalang. Ditinggalkan bayangan dalam fikiran mereka yang hadir, ciuman yang dihadiahkan buat si isteri memang benar-benar terjadi.

A fake kiss.

Meskipun tidak bersentuhan secara langsung, dia tetap dapat menghidu aroma feminin yang kuat bercampur bauan coklat nan manis yang terpalit di bibir si isteri.

Dari terpejam, kelopak mata Rain automatik terbuka dan terpaku. Statik. Sebaik Vic menjarakkan kepala sekaligus meleraikan kucupan palsu antara mereka, bibir lelaki itu turun berlabuh di pipinya pula.

Kali ini bukan palsu seperti ciuman tadi.

Sekilas.

Sesaat cuma. Sungguhpun begitu, tetap terasa hangat meninggalkan bekas di hatinya.

Kening terbentuk wanita itu terkerut hairan. Anak matanya bergerak-gerak ke dalam anak mata lelaki itu, seakan cuba membaca apa maksud gerak-geri yang cuba ditunjukkan namun Vic lebih pantas menutup lembaran hati yang mahu diselami.

Rapat.

Tiada ruang dan peluang langsung untuk Rain menelaah apa yang bersarang di hatinya.

Dia memandang kedepan dan tersenyum nipis sambil memaut pinggang Rain yang jelas masih termanggu-manggu.

Usai upacara, pastor mengakhiri majlis itu dengan doa dan ucapan penutup yang ringkas sebelum mengarahkan untuk majlis bersurai.

Tamat upacara perkahwinan, maka sejarah baru bakal tercipta diantara dua insan.

 
 

"ISAAC. Isaac Abraham."

Menghulur tangan ke depan Rain, mulutnya terukir senyuman.

"Rain," tangan lelaki itu disambut dengan senang hati.

Mata Vic spontan mengecil. Masak benar dia dengan perangai Isaac namun dia tak sangka pula Rain boleh sama melayan. Dengan dia, jangan harap nak lihat senyuman sebegini dari wanita itu.

His Broken Vow | Ikrar Dusta | His Deceit Series #1Where stories live. Discover now