Hari ini masih sama seperti hari hari sebelumnya. Rutin Hilmi juga tetap sama.
Tapi hanya ada beberapa hal yang membuatkan harinya makin ceria, kerana kehadiran Laila sebagai temannya.
Sejak Hilmi berkawan dengan Laila, dia dapat melihat dunia dari sudut pandangan lain. Bukan lagi dunia yang hanya dipenuhi kesedihan dan keperitan.
Dia dapat lihat cahaya kegembiraan. Dunia kanak kanaknya yang selama ini kelam, terasa indah diwarnai dengan kehadiran gadis riang seperti Laila.
"Bahhhhh!" sergah satu suara kecil dari belakang.
Hilmi tarik nafas panjang. Agak terkejut dengan tindakan Laila menyergahnya dari belakang.
Haishh budak kecil ni.
"Apa Ila ni.. main sergah sergah." Hilmi menyuarakan ketidakpuasaan hatinya.
Muka dia keruhkan. Malas pandang Laila. Laila tak tahu ke dia tengah ralit berangan tadi. Mahu tak terkejut.
Dan Laila seperti biasa. Seperti tidak ada apa apa berlaku. Hanya ketawa galak, terhibur mungkin.
"Ila tak pergi sekolah ke? pagi pagi je dah ada kat sini."
Agak hairan sebenarnya, kerana hampir setiap hari Laila bermain di taman ini. Tidak kira hari cuti ataupun hari sekolah.
"Ila mana boleh pergi sekolah lagi, Ila kan kecil lagi." petah dia menjawab.
"Ila baru umur banyak ni.." Jari jemari kecilnya disuakan pada Hilmi. Mahu menunjukkan kelima lima jarinya.
'Ohh.. umur dia lima tahun baru.'
Hilmi mengangguk faham.
"Hilmi tu.. kenapa tak pergi sekolah? Hilmi dah besar, bukan kecil macam Ila." Laila menyoal sambil bermain buai.
Hilmi pula tidak tahu harus dijawab apa dengan soalan itu.
Jadinya dia hanya diam."Eh Ila.. Hilmi nak kena pergi dah ni, nak jual tin. Lepas ni nak cari tin dekat tepi bandar pula." Guni yang sudah penuh dengan tin kosong dia ikat.
"Yalah.. suka sangat tinggal Ila sorang sorang. Pergilah sana, Hilmi bukan nak main pun dengan Ila." suaranya seakan berjauh hati.
Hilmi tayang sengih saja. Tocang air pancut di kepala Laila sengaja dia tarik. Terjerit jerit Laila dengan perlakuan Hilmi.
"Ishhh.. apa ni? dah tak nak kawan dengan Ila tak payah la tarik tarik rambut Ila! dah tak cantik!" jeritanya penuh amarah. Masih dengan sisa rajuknya.
Hilmi ketawa lepas. Tak adalah kuat sangat dia tarik. Sajalah tu mengada.
'Sejak bila pulak lah tocang dekat tengah kepala dia tu cantik? Hahaha.'
"Dah lah tu merajuk. Pergi balik rumah. Tengah hari nanti lepas kutip tin, Hilmi datang sini balik."
Mata Laila bersinar sinar mendengar kata pujukan Hilmi.
"Betul ni?! tak tipu? Nanti kita main lagi?" soalnya dengan nada teruja.
Hilmi rasa di dalam kepala budak ini hanya fikir pasal main sahaja. Ila.. ila. Apalah yang Hilmi nak buat dengannya ini?
Nak layan. Tak terlayan.. Nak biarkan, tak sampai hati.Nasib baik sayang.
Eh?
"Janji tau. Nanti datang balik! Okay. Ila balik dulu, bai bai!" Laila berlari lari dengan gaya anak kambing.
Boleh bayang tak? Dia berlari sambil kakinya melompat lompat teruja. Macam anak kambing berlari.
Hilim perhati saja bagaimana tocang Laila yang bergerak gerak di tengah kepalanya. Bergeraknya juga seiring dengan rentak lariannya.
Comel.
Laila.
Hilmi sayangkan Laila.
Laila wanita ketiga yang Hilmi sayang setelah mak dan Aunty Wong.
Dan ketiga tiga mereka inilah yang ingin Hilmi jaga sampai bila bila.
.
.
.
.
.
.Tulisan besar yang terpampang pada papan iklan di seberang jalan, Hilmi tenung bagai hendak tembus.
Mulutnya terkumat kamit cuba mengeja tulisan besar itu.
"A.. i. urmmm r.. Air? Itu M, urmm.. i.. Mi..N..u? Mi..nu..M, a.. apa ni? N kan? Jadi, man. Air.. Mi..Nu..Man?"
"Air Minuman!" Hilmi bersorak seorang diri di pinggir jalan. Seronok dapat membaca ayat itu.
Orang ramai yang lalu lalang, sedikitpun tidak mempedulikannya.
Kerja Hilmi mengutip tin kosong di pinggiran bandaraya ini sudah selesai. Semua tong sampah di sekitar sini juga sudah habis dia geledah.
Mak ada pesan. Kalau nak cari tin pun, jangan sampai teraburkan sampah. Kasihan orang yang yang bertugas mengumpulkan sampah.
Jadi Hilmi perlu berhati hati ketika menyelongkar sampah. Kasihan orang lain nanti.
Semua wang kutipan tin dia kumpulkan. Dia perlu singgah ke kedai terlebih dahulu. Hendak membeli ubat dan beras. Beras di rumah sudah habis.
Selesai semua urusan, Hilmi bergerak pulang ke rumah.
Tanpa Hilmi sedar, dia lupa dengan janjinya kepada Laila untuk bertemu lagi di taman.
Dan Laila masih setia menanti kedatangan Hilminya.
YOU ARE READING
EMPTY CAN
Teen Fiction▪ Dalam tempoh pengeditan. Maaf kalau ada yang keliru di tengah pembacaan.▪ Re-edit Empty Can. Di dalam dunia ini terlalu banyak perkara yang mengelirukan. Dan tiada penjelasan untuknya. Kadang ketika kau tersenyum, terasa lebih perit dibanding ket...