8 - Rawatan.

260 55 15
                                    

Maaf tiba-tiba muncul di tengah chapter. Sudah la lama terbengkalai. Saya masih dalam proses mengedit Empty Can ya. Maaf buat yang keliru. Saya cuba perkemaskan lagi plotnya.

Chapter ini tak pernah published sebelum ni, saya sorok. sebab tu tiba tiba je ada dekat pertengahan cerita. Maaf kengkawan 😢

.
..
...

"Abang Nasr.. tolong Hilmi ya?" Hilmi menatap tepat ke dalam anak mata Nasrullah.

Nasrullah yang sedang menutup pintu pagar automatik, setelah menghantar pemergian Dr. Aiman mula mengalihkan perhatiannya kepada Hilmi, jelas riak terkejut di wajahnya.

Setelah sekian lama masa berlalu, akhirnya dapat dia dengar lagi suara anak kecil itu.

Ya. Hampir setengah tahun berlalu, semenjak Nasr mengambil keputusan untuk menjaga Hilmi di bawah pengawasannya sendiri.

Setengah tahun Hilmi habiskan masanya dengan mendapat rawatan psikiatris dari Dr. Aiman.

Rawatan yang hanya lebih memfokuskan pada pengambilan ubat-ubatan dengan dos rendah untuk mengurangkan tekanan depresi yang Hilmi hadapi.

Sepanjang itu juga Dr. Aiman hanya memberikan ubat-ubatan untuk menstabilkan rasa tekanan yang Hilmi hadapi.

Tapi kesannya hanya mampu bertindak sekadar menjadi 'painkiller' pada Hilmi. Keadaan Hilmi masih tetap sama. Segala jenis ubat stabilizer yang diambil dengan dos yang paling rendah hanya berkesan menahan kadar depresi dan traumanya, seperti kesan ubat penenang dan bukan penyembuh.

Lagi pula Hilmi masih terlalu kecil untuk mengkonsumsi segala macam ubat-ubatan layaknya orang dewasa. Ada kekangan faktor usia dalam perawatannya.

Sedangkan Nasrullah mahu Hilmi sembuh sepenuhnya.

Jadi mengikut saranan dari Dr. Aiman, Hilmi memerlukan rawatan Psikologi Terapi. Rawatan psikiatri sahaja tidak akan membantu dalam proses pemulihan Hilmi. Hilmi lebih memerlukan terapi.

Kerana menerusi terapi psikologi, yang lebih kepada rawatan secara 'percakapan' di antara si perawat dan si pesakit.

Fungsinya adalah supaya si perawat lebih mengenali cara pemikiran pesakitnya, supaya dia boleh mengubah sedikit sebanyak pemikiran si pesakit supaya lebih kearah positive.

Terlebih lagi dengan usia Hilmi yang sangat muda. Jika masalah mentalnya ini tidak ditangani sebaik mungkin dari sekarang, takut akan menjejaskan fungsi hidupnya di kemudian hari. Hilmi masih perlu membesar normal seperti layaknya kanak kanak yang seumuran dengannya.

Itu yang Nasr harapkan dari segala macam ikhtiar rawatan ini.

Dan inshaallah dengan cara terapi psikologis ini, Hilmi sendiri mungkin akan lebih terbuka dan akan lebih mudah untuk dia tahu cara untuk dirinya sendiri mengatasi rasa depresi yang dialaminya selama ini.

Biar Hilmi lebih mengenali dirinya. Apa saja yang diperlukannya untuk sembuh dengan bantuan dan sokongan positive dari dalam dirinya.

Di saat begini, Nasr teringat akan janji temunya bersama Dr. Fikri besok.

Harapnya semoga yang baik-baik saja.

.

.

.

"Hilmi... dia sudah menunjukkan tanda positif untuk sembuh. Kerana sekarang, dia sendiri mahu dirinya untuk sembuh."

Dr. Fikri menyerahkan kertas laporan mengenai perkembangan Hilmi. Tanpa melihat pada laporan di tangannya, Nasrullah sudah tersenyum penuh kelegaan, sebaik mendengar butir kata dari Dr. Fikri.

EMPTY  CANWhere stories live. Discover now