6 - Hancurnya Sebuah Janji

526 100 118
                                    


Langit petang menjadi gelap, awan mendung menyeliputi suasana. Rintik hujan renyai perlahan lahan mula membasahi bumi. Guruh yang berdentum di dada langit sekali sekala memeranjatkannya.

Hilmi dalam perjalanan untuk pulang ke rumah, menyelusuri lorong sempit kawasan setinggan ini. Sangat sempit, hinggakan motosikal pun belum tentu boleh melalui jalan ini.

Laila sudah selamat dia hantar pulang kerumahnya tadi. Setelah kejadian tadi, buatkan Hilmi makin bersemangat untuk tetap menjadi kuat. Supaya dia dapat menjaga ketiga tiga wanita kesayangannya.

Mak yang kelihatan makin sihat.

Aunty Wong yang sudah beberapa hari tidak kelihatan kelibatnya. Pasti dia masih sibuk dengan 'urusan' besarnya.

Laila yang menjadi mangsa tempias dosa ibunya.

Dan kerana janji janjinya kepada ketiga-tiga wanita ini, dia harus tetap kuat.

Hujan makin lebat, langkah kakinya dia lajukan supaya cepat sampai ke rumah. Dari jauh lagi dia dapat lihat pintu zink rumah usang mereka ternganga luas.

Langkah Hilmi terhenti.

"Siapa buka pintu? Aunty Wong ke? bukan ke Aunty Wong ada urusan jauh?"

Semakin dekat jaraknya dengan rumah, semakin jelas suara tangisan dan esakan Mak. Hilmi makin tidak karuan.

"Tapi Abang dah janji nak jaga Ida dengan Hilmi kan? kenapa Bang? kenapa boleh jadi macam ni?" raungan mak diselangi dengan batuk kuatnya.

"DIAM IDA! DIAM!" suara garau yang menjerkah Mak itu sangat dia kenal.

"AYAH!" Hilmi meluru ke arah lelaki itu. Tubuhnya dia tolak kuat dari terus mendekati mak.

Namun kudrat kanak kanak seumuran itu hanya mampu membuatkan ayahnya berganjak sedikit saja ke belakang.

Ayahnya memandang tajam kearah Hilmi dengan tatapan mata merahnya.

Makin berang dengan tindakan Hilmi menolak ayahnya. Si ayah meluru ke arah anaknya.

"Kau! sini kau!" ayah Hilmi bertindak kasar dengan mencengkam rambutnya. Badan kecil itu diheret mejauhi mak yang masih teresak.

"Ayah sakit!" kulit kepalanya serasa bagai hendak tercabut. Perit.

Tangan kasar ayah yang masih mencengkam kemas rambutnya Hilmi tepuk berkali-kali, dengan harapan Ayah bakal melepaskan cengkaman pada rambutnya.

"Kau! aku dah cakap banyak kali. Bawak Mak kau jauh dari sini! berambus keluar dari rumah ni!" Lelaki itu seperti orang hilang pedoman. Badan kecil anaknya terus menerus menjadi mangsa kekerasannya.

Langsung tiada rasa simpati tertinggal.

"Apa yang susah sangat kau nak faham Hilmi?! Bawa mak kau lari dari sini! susah ke sial?!" tengkingnya lagi.

"Ayah... mak tengah sakit. Mak tak larat. Hilmi nak pergi mana lagi? Hilmi tak tahu.." Dia mengongoi dalam tangisannya

"Argh! semua tak guna! Bodoh!" dan dengan itu tubuh Hilmi ditolak kuat ke sisi, sehingga bahunya terlanggar zink karat di situ.

Hilmi pejam mata rapat. Sakit di kulit kepalanya masih terasa. Dan kini tiba tiba dia rasa sakit dek tolakan ayahnya tadi.

Bahu... sakit.

Sisi bahu yang terkena zink Hilmi pegang kejap, terasa basah.

Matanya dicelikkan perlahan.

Darah.

Mak yanh panik melihat keadaan Hilmi, berusaha mendekati. Tapi malang bila tubuh lemah mak langsung tak dapat digerakkan lagi.

Seingat Hilmi pagi tadi Mak sudah beransur pulih, mak sudah mampu berjalan. Kenapa? Mak?

EMPTY  CANWhere stories live. Discover now