"Uncle Adam tak setuju, dan tak akan pernah setuju!" suara garau lelaki berusia itu bergema sehingga sampai ke pendengaran Hilmi.
Badan kecil Hilmi mengerekot dengan kedua lutut dia peluk rapat ke dadanya. Cahaya dari celahan pintu yang tidak tertutup kemas itu dia tenung tanpa reaksi. Kosong.
"Apa yang tak susahnya, Uncle? Nasr hanya minta tolong sikit saja. Uncle sendiri cakap kalau Nasr perlukan apa apa bantuan, Uncle sudi tolong. Nasr tak minta banyak pun, Uncle. Kali ni saja, please Uncle.. i'm begging you."
Itu suara rayuan Abang Nasr.
Dari tadi lagi dua orang lelaki itu bertegang urat semata mata membincangkan perihal diri Hilmi. Dirinya yang sudah hancur dan tak punya apa apa.
Untuk apa mereka berdua bertikam lidah hanya kerana Hilmi? Hilmi tidak pernah meminta untuk dirinya berada di sini. Apa yang mereka akan dapat? Hilmi sama sekali tidak berguna.
'Aku anak tak guna.'
Hilmi gagal melindungi mak. Dia gagal menunaikan janjinya pada mak. Dia hancur dengan takdir yang menghempas diri kecilnya di atas jalan hidup yang sadis ini.
Saat ini, dia hanya mampu berharap bahawa dia akan segera lenyap dari dunia ini.
"Kali ni Uncle betul betul tak dapat tolong Nasr. Memang Uncle layak untuk itu, tapi urusan untuk pengambilan anak angkat ini bukan perkara mudah, Nasr. Kita sekarang dalam negara yang ada undang undang!" jerkahan pakcik yang Hilmi langsung tidak kenal itu semakin lantang.
Sudahlah... Hilmi sudah muak mendengar pertelingkahan mereka.
Dan lebih membuatkannya semakin merasa ingin lenyap di dunia ini adalah kerana dialah yang menjadi punca utama mereka saling meninggikan suara seperti itu.
"Habis kalau benar undang undang itu wujud, kenapa undang undang tu tak ambil sebarang tindakan pada kes mak Hilmi? Pada semua keluarga setinggan yang hidup terumbang ambing di sana?! Mana perginya keadilan undang undang saat mak Hilmi jadi mangsa aniaya kejam tu Uncle? mana?!"
Nasrullah sudah benar benar hilang sabar kali ini. Tiada lagi pertuturan sopan darinya.
Cukuplah! Hilmi benci mendengar suara keras dan tengkingan lelaki. Dia benci! suara suara itu seakan mengingatkannya kembali dengan bayangan ayah yang selalu menyakiti maknya.
Hilmi benci kekerasan!
Telinga Hilmi tekup dengan kedua belah tangannya. Matanya dipejam rapat. Otaknya sakit. Dadanya sakit.
Segala jenis suara dan bayangan kejadiam itu seakan diputar kembali di sekelilingnya, seperti siaran televisyen yang menayangkan kembali aksi manusia yang pernah singgah di dalam hidup Hilmi.
Dia ingim menghapus semua kejadian yang dilaluinya selama ini, supaya jauh menghilang dari hidupnya.
Dia tidak sanggup lagi.
Semuanya sekali, Hilmi mahu melupakan semuanya. Dia tak kira. Tidak peduli yang baik mahupun yang buruk.
Dan ketika ini, baru Hilmi sedar rasa sakit dan peritnya layanan dari semua manusia jahat itu.
Argh!
"Nasr, you are the one who brought him here. Apa motif Nasr kutip budak tu? and now you try to force me to adopt him as my son? Kenapa Nasr tak serahkan je budak tu pada JKM? tak pun serahkan saja budak tu pada rumah anak yatim piatu. Simple."
Lelaki awal umur empat puluhan itu mula menenangkan dirinya. Nada suara yang digunakan juga lebih tenang berbanding tadi, mungkin dia sedar jika mereka berdua terus sama meninggi suara, perkara ini tidak akan pernah selesai.
YOU ARE READING
EMPTY CAN
Fiksi Remaja▪ Dalam tempoh pengeditan. Maaf kalau ada yang keliru di tengah pembacaan.▪ Re-edit Empty Can. Di dalam dunia ini terlalu banyak perkara yang mengelirukan. Dan tiada penjelasan untuknya. Kadang ketika kau tersenyum, terasa lebih perit dibanding ket...