11 - Hampir Lengkap

556 103 98
                                    




Budak lelaki yang masih kemas memakai seragam sekolah rendahnya, duduk bersendirian dibawah pohon redang dipinggir padang sekolah. Memerhati setiap gelagat anak anak kota yang galak bermain, sedangkan dia hanya bersendirian dibawah naungan pohon. Seakan tersisih.

Hari ini genap seminggu Eesa memulakan alam persekolahannya di sekolah biasa.Belajar seperti kanak kanak normal lainnya, berdepan dengan ramai orang. Satu pengalaman yang baru buat Eesa.

Kalau sebelum ini, Eesa hanya belajar dirumah saja dengan kaedah 'homeschool' tidak lagi kali ini. Dibawah jagaan Abang Nasr, Eesa perlu menjalani rutin hariannya seperti kebiasaan kanak lain.

Eesa teruja. Dia seronok. Tapi.. ada sesuatu yang mengganggunya.

Tangan Eesa mengusap perlahan parut disebelah wajahnya.

Parut itu seakan menjadi dinding penghadang diantara Eesa dan kawan kawannya yang lain. Mereka menjauhi Eesa kerana parut itu.

Hurmmm.

"Weh Is. Kenapa kau tak ikut main sekali?" Hilmi dengan wajah berpeluhnya, datang menegur Eesa.

.
.
.

-Hilmi POV-

Aku nampak semuanya. Aku lihat bagaimana Eesa disisihkan ketika rakan kami yang lain mula membahagikan kumpulan untuk bermain bola sepak dipadang tadi.

Aku dapat lihat dengan jelas raut muram Eesa yang duduk berseorangan termenung dibawah pohon. Lebih lebih lagi ketika Eesa mula mengusap parut diwajahnya. Aku tahu apa punca utama Eesa berubah menjadi mendung sebegitu.

"Weh Is. Kenapa kau tak ikut main sekali?" aku menyoal berpura pura tidak tahu apa apa.

Duduk aku labuhkan disebelah Eesa, bernaung dibawah bayangan redup pokok besar ini.

"Aku penat lah Mi. Tak biasa lagi kot." Eesa cuba berdalih dengan mencipta alasan.

Tak perlu bersusah payah menyoal, aku sudah tahu tabiat Eesa jika dia sedang berbohong. Dia akan bermain main dengan jari jemarinya dengan mata diliarkan memandang kearah lain.

Heh. Eesa.

Dari tempat duduk kami ini, dapat aku lihat dengan jelas. Gelak tawa seorang kanak kanak lelaki, yang masih terlalu baru memasuki sekolah kami.

"Kau tengok Irfani tu. Sekejap je dia dah boleh berkawan dengan semua orang." pandangan kami berdua masih terlekap pada kelibat Irfani ditengah padang.

Irfani yang kelakar dan cepat mesra dengan orang disekelilingnya, mungkin kerana Irfani sudah terbiasa membesar dirumah anak yatim. Melatih dia untuk senang berkomunikasi dan bercampur dengan orang ramai. Irfani kelihatan langsung tidak kekok. Malahan ramai kawan kawan mereka yang sangat menyenangi Irfani.

Jauh berbeza dengan keadaan Eesa,
Eesa menundukkan wajahnya kebawah. Dengan suara perlahan dia bersuara.

"Fani kelakar. Sebab tu ramai orang suka dia." ujar Eesa masih lagi menunduk.

"Aku tak kelakar, tapi ada je orang nak kawan dengan aku." kataku membidas kenyataan Eesa tadi.

Terdengar keluhan berat dari saudara yang paling rapat denganku dan juga sebaya umurku.

"Kau beza dengan aku Mi."

Dahiku berkerut tidak faham.

"Apa yang beza? kita sama Is. Umur kita pun sama."

Kali ini Eesa memandang tepat kearahku. Tidak lagi melarikan pandangan dari aku.

"Kau tak macam aku. Muka aku hodoh. Aku hodoh, kau faham tak kenapa diaorang tak nak kawan dengan aku? Aku hodoh. Buruk." Kata kata Eesa membuatkan suasana diantara kami menjadi sepi.

EMPTY  CANWhere stories live. Discover now