15 - Orang rumah

525 92 72
                                    

"Jadi saya mahu pelajar Banat IAF, supaya lebih berdisplin dan ada usaha untuk perbaiki diri masing masing. Rajinkan diri, kamu adalah generasi seterusnya yang bakal menjadi harapan IAF." Seisi dewan bergema dengan suara tegas warden wanita itu.

Dewan yang dipenuhi oleh pelajar Banat iaitu gelaran bagi pelajar wanita di IAF, hanya sepi tanpa sebarang suara pun yang berani untuk mencelah.

Kecuali..

"Percayalah cakap aku Zay, lepas ni mesti warden akan cakap macam ni.." suara bisikan keras ditepi cuping telinga Laila kedengaran.

"Contohilah pelajar Banin IAF. Visi dan misi mereka jelas. Disiplin terjaga. Rajin." Tepat seperti jangkaan Zehra, dialog yang dimimikkan olehnya adalah dialog yang sama yang diucapakan oleh warden mereka.

Hurmm.. dah lali sangat. Hingga terhafal. Zehra mencemikkan mukanya. Menyampah. Bukan niat hendak kurang adab, tapi siapa saja yang tahan jika setiap kali perhimpunan pasti akan naik juga nama 'pelajar Banin' iaitu gelaran bagi pelajar lelaki IAF. Selalu saja warden mereka membanding bandingkan mereka pelajar Banat IAF dengan pelajar Banin IAF.

Banin itu.. Banin ini.. Eii, menyampah! Ini boleh mencetuskan perang dunia ketiga diantara mereka!

Laila dengan wajah toyanya hanya membiarkan Zehra yang masih setia dengan demostrasi jiwanya. Macam dia tak kenal budak Zehra ni, spesis mak jemah sangat.

"Kau tau tak Zay? Adik aku yang sama belajar dekat Banin IAF tu pun cakap benda yang sama tau dengan aku. Dia kata, warden lelaki dekat sana pun selalu juga 'compare compare' kan pelajar Banat dan pelajar Banin. Katanya, pelajar Banat IAF baik. Rajin. Berdisiplin. Jaga ikhtilat, tak banyak main. Fokus dalam belajar." Mata sudah dijulingkan keatas.

Laila terkebil kebil cuba menghadam serangan 'bawang' dari Zehra.

"Hah. Nampak tak betapa scammernya para warden disitu? Warden Banat duk puji puji melambung pelajar Banin,warden Banin pula tak habis habis puji pelajar Banat depan pelajar Banin. Kesimpulan dia, para warden ni nak kasi kita sama sama insecure tau. So that kita akan rasa tercabar dan tergugat. Ending dia.. Persaingan diantara pelajar Banat IAF dan pelajar Banin IAF pun berpanjangan. Tiada happy ending macam cerita Mohabbatein. Awww sadis." Zehra sudah meraup kasar wajahnya.

Habis rosak awning tudung labuhnya, tapi Zehra peduli apa. Yang penting hatinya puas, hidupnya jalan.

"Baiklah itu saja sepatah dua kata dari saya. Harap cuti kali ini dapat kalian manfaatkan dengan sebaiknya. Inshaallah, tutup majlis dengan tasbih kifarah dan suratul Asr. Semua boleh bersurai." Mic ditutup, dan warden turun dari pentas.

Serentak semua pelajar Banat yang tadinya duduk menegak penuh disiplin, terkulai lemah diatas kerusi masing masing. Haihh.

"Gegadis sekalian! Jangan lupa ambil takwim cuti masing masing ya. Lepastu serahkan pada ibu bapa atau penjaga, okay? Selamat bercuti." Laung satu suara halus dengan ceria.

"Baik Kak Ketua Pelajar! Hahaha." Bersatu jiwa mereka serentak menjawab. Dan diakhiri dengan tawa mesra, terhibur mungkin dengan gelagat kakak ketua pelajar itu.

Ramah. Nakal. Satu hati. Bertimbang rasa.

Itulah antara sifat para pelajar di Institut Al-Furqan ini, yang Laila dapat tangkap. Dan dia cukup selesa dengan keadaan ini.

Beberapa bulan telah berlalu, semenjak Laila memulakan alam persekolahannya disini, jujur dia katakan. Hidupnya seakan berubah 360 darjah berbeza.

Lingkungan ini sangat mendamaikan, dikelilingi mereka yang juga membawa tujuan yang sama dalam menuntut ilmu, mereka yang datang dari pelbagai latar belakang dan negeri.

EMPTY  CANWhere stories live. Discover now