18 - Inferiority Complex

713 92 26
                                    

Tahun kedua Laila menuntut di IAF, hari harinya dia lalui dengan jadual dan rutin harian yang dia sengaja sibukkan. Jadual sebagai seorang penuntut di IAF yang memang sedia sibuk, masih belum cukup untuk Laila. Dia perlu lebihkan 'distraction' untuk menyahkan rasa melankolia didalam dirinya.

Dia tak mahu hanya kerana masalah lama yang pernah menimpanya, dia perlu terus terusan menjadi hamba kepada emosinya. Dan pengakhirnya hanya akan menambah kehinaan pada jiwanya.

Laila tak mahu. Laila benci. Dia benci dengan dirinya yang terlalu beremosi.

Oleh kerana itu, sebaiknya dia tetap saja begini. Tetap sembunyikan segalanya dengan sebaik mungkin . Emosinya adalah rahsia terbesarnya. Biarlah ia kekal menjadi rahsia diantara dia dan sang Khaliq.

Masalah ketika belajar? Huh?

Setiap pelajar ada kekangan dan masalah tersendiri. Tapi melihat pada keadaan Laila, dari pandangan mata kasar, gadis itu seolah langsung tidak punya sebarang bebanan yang dapat mengganggu dirinya sebagai seorang pelajar.

Laila yang pendiam,tapi cukup pesat dalam pembelajaran.

Sentiasa kelihatan tenang dalam apa jua keadaan. Gadis itu terlalu berbeza dengan kebiasaan gadis remaja lainnya.

Hinggakan ada beberapa kali dia dipanggil ke bilik pengetua hanya kerana laporan dari pelajar lain yang merasa terganggu dengan Laila. Mereka fikir Laila mempunyai depresi teruk ataupun gangguan dari makhluk halus.

Hanya kerana luarannya yang lain.

Sungguh Laila tidak faham. Keprihatinan yang ditunjukkan mereka, kadang membuatkan Laila rasa terpencil. Rasa makin terpencil dari kalangan mereka semua.

Rasa diri makin kerdil.

Namun setelah Laila menafikan segala tuduhan dan laporan tidak masuk akal tentang dirinya. Mereka dengan sebulat suara akhirnya, membuat kesimpulan bahawa Laila hanya gadis pasif yang punya masalah sukar berkomunikasi dengan orang lain.

Laila. Introvert.

Huh.. apa apa sajalah. Terpulang pada mereka, apa saja yang mereka ingin fikir tentang dirinya. Yang penting masalah seperti itu tidak lagi mengganggu perjalanan Laila menuju tujuan utamanya. Itu pun sudah memadai.

'Sedikit masa saja lagi. Inshaallah, lepas kau keluar dari sini.. kau kena cepat cepat cari ibu. Bawa ibu balik.'

.

.

.

Hujung minggu. Masa yang paling disukai oleh kebanyakan para pelajar, tapi tidak bagi Laila. Kerana hujung minggu bererti, masa terluang.. terbuang.. kosong tanpa jadual.

Tanpa membuang waktu, dihujung minggu seperti inilah Laila akan habiskan masanya ber'mastautin' di dalam musholla. Bertafakkur dan mentadabbur ayat ayat suci Al-Quran sebelum dia ulang baca beberapa kali ayat tadi, untuk dilancarkan menjadi hafalan baru. Dengan ini, lopong dan kosong yang terasa didada sebelumnya.. kini rasa terisi dan tenang.

Hati rasa tenteram. Dengan suasan sepi yang menyelubungi atmosfera musholla, benar benar membuatkan Laila terpejam mata, tenang menikmati detik indah ini.

Disaat seperti ini, mungkin pelajar lain menghabiskan masa menunggu giliran untuk membuat panggilan di telefon awam yang terdapat dibahagian kanan pintu masuk laman asrama. Ada juga yang menerima lawatan dari ahli keluarga di deretan gazebo  dibawah pondok yang tersedia tepat didepan pintu besar menuju bangunan utama IAF.

Seronok. Melihat tawa dan senyuman dibibir masing masing.

"Zay!" Laung satu suara dari tingkap musholla. Semerta mencelikkan kembali mata Zayan Delaila.

EMPTY  CANWhere stories live. Discover now